Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, July 26, 2014

DIY : Cat kereta raya sendiri

Kereta rayalah sangat kannn..hihi padahal dah lama siap cat

1. Kereta kancil
Warna pilihan: pink (special for putri addinies)
Keta pink..park kat pokok bunga pink juga..

Dari jauh dah nampak keta sendiri.. keta aku jer kaler pink kat opis ni..


Pandangan dari depan

2. Kereta wira suami
Kaler pilihan: oren menawan



Thanks kepada yang view diy cat kereta sendiri ni.. semoga sama-sama kita mendapat manfaat

Click sini untuk cerita DIY kereta sendiri:



Friday, July 25, 2014

Built in wardrobe raya - pink kaler

Kabinet ni dah lama buat.. saja tepek sini untuk ingatan puteri addinies kelak..

Tahun buat: 2010
Kaler : pink
Ukuran: 15` lebar






Cost: RM3,350

** mencatat untuk ingatan dan tatapan puteri addinies


Thursday, July 24, 2014

Langsir raya ala elyza

Kali ni semua tingkap bilik. Seme kain beli pada harga RM10/meter kat sarah hughes globe.. bapoklerr murah kan!!

Bilik 1

Bilik 2

Bilik 3

Bilik 4

Ada satu langsir blom pasang, takde rail lagi. Corak sama langsir 2, tapi bunga kaler pepel..




Wednesday, July 23, 2014

Menu berbuka puasa Day 13-23 Ramadhan

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. 
Teringat dulu-dulu.. suami buka pose sorang-sorang wekend sebab aku gi belajar shah alam every wekend..
camnilah aku senaraikan.. senang sket nak ingat

2009- belajar.. konon-konon sangat sibuk, tiap ari beli kut.. hubby pun kena buka pose sorang-sorang wekend dengan putri addinies 1&2 masa ni yang masih kecik lagi.. huuu sian dia
2010- pun masih belajar tapi tengah wat tesis kut.. jadi sempatlah jugak masak.. tapi biasanya beli kut
2011- Masa ni tengah sarat pregnant Durrah Khayla.. jadi ala-ala penat masak gitu-gitu je
2012- Durrah Khayla acap kali meragam tiap kali nak berbuka pose..masa ni dia masih baby .. jadi makan pun gitu-gitu jer
2013- Aku tengah pantang melahirkan Dhia Zaara. Jadi, lauk semuanya husband masak sendiri untuk dia berbuka.. macam-macam dia masak chopstiklah chicken cop laa itu ini la.. huuuu meleleh air liur aku cium bau.
2014- Dhia zaara pun dah besar, dah boleh jalan.. sebelum berbuka bagi dia makan siap-siap dengan durrah. Jadi biasanya kami dapat makan dengan selesa.. alhamdulillah..

Jadi, azam taun ni.. nak masak sendiri... Alhamdulillah.. 
Aku letak gambar ni pun hanyalah untuk tatapan diri sendiri .. moga esok-esok aku ingat... tahun ni alhamduliillah berbuka pose dengan air tangan sendiri (huuu lebih pada air tangan somi sebenarnya.. hehee)

Ok, ni menu seterusnya..Aku cuma tepek menu yang aku masak. Yang beli, tepek sket-sket jer.. errr sebab tak spesel di hati kut ecewahhhh

Day 13- Kerabu pucuk paku
Puding raja- hadiah attend workshop
Lauk lain- dapat free juga hadiah attend workshop

Day 14- Nasi Ayam 
Menu masa balik kampung..

Kuih mak aihh... rambang mata aku tengok kat pasar manir. tapi seb baik leh kontrol lagi

Day 15-Mihun istimewa bonda di hati
Wahhh kakak bertambah-bertambah makan

Day 16-Nasi Arab Kabsah (ready made rencah dalam kotak)
mmmm nasi arab kabsah ni macam rasa nasi tomato jer.. huuu lenkali nak try nasi arab mandy lak

Day 17- Menu bonda juga (tak sempat snap gambar)
otw balik kuantan, singgah berbuka rumah ku adam
Mihun, goreng daging, masak lemak sayur, telur dadar, popia ku liza

Day 19- Hari balas dendam day 18
Menu kotak & serawa durian

Day 18- Menu sadis
Kakak berbuka dengan wafle & egg tart jer.. huu sian.. sebab biasanya dia makan banyak masa berbuka
Plan asal nak berbuka spesel kat Pizza Hut Kuantan Parade, kol awal-awal tapi katanya tak boleh booking. Ok, sampai sana kul 6.30, dah penuh rupanya.. Terus ke food court, pun penuh..seb baik ada satu lagi meja kosong nak duduk. Nasi semua dah habis, cuma tinggal nasi kukus ayam berempah. Kakak tak makan nasi kukus, jadi dia kata nak makan egg tart n wafle jer.. huuu sian kan.

Day 20- menu tak ingat
tak snap gambar.. lauk apa eh?

Day 21- Menu main-main
Sup daging, ikan goreng cicap kicap, kek batik & sukun goreng cicah kicap

Day 22- Menu menjala
Mi goreng halus, daging goreng kunyit, roti jala dan kari daging

Bukti aku menjala.. hahaa (durrah khayla siap poww 2 ketul siap-siap..)

Day 23- Menu ringan
Ikan goreng, petola masak air my peberet, gulai kari lagi

Alhamdulillah... menu simple teramat. tapi puas hati.. 
arini kakak request mi hailam.. baik tuan puteri..insyaAllah

Tuesday, July 22, 2014

Deco impian bilik anak

Sumber : facebook

Dah lama teringin nak deco bilik addinies.. tetiba semalam ternampak kt fb..
Wahhhh cantiknya!!

1. Yang ni biasa tengok ada jual kt kedai..rege dlm 2k+ kut
Tema biru putih

2. Camni pun cantik. Tapi perlu bilik panjang


3. Yg ni ada jual kt kedai dlm 2k+


4. Yang ni praktikal. Ada tempat lepak lagi kat tepi katil


5. Tapi yang ni paling aku suka!!
Yuhuuuu !! Cukup untuk 4 lil Addinies!
Tapi juga perlukan bilik yang panjang  dan tempah khas


6. Haaaa.. yang ni rasenya lagi praktikal! Dan muat untuk bilik kecik sket ... pun kena custom made

Lawooo kann!!

Mmmmm kena kumpul duit n servey quotation.!
Brapelaa agaknya kan kalau pattern no 6 tu?

Pilihan anda yang mana?


Monday, July 21, 2014

LPT Fasa 2: Jabor - K.Trg, Selamat ke guna balik raya?

Beberapa bulan lepas, banyak dapat info pasal LPT yang separuh (rasanya dua paruh, bukannya separuh hehee) siap akan disiapkan lagi sebahagiannya dan boleh digunakan untuk raya.

Sebelum ni, LPT ini hanya boleh digunakan dari Bukit Besi terus ke Ajil, Telemung dan Kuala Terengganu. Tapi pengguna perlu melalui jalan Jabor hampir 100km+ sebelum sampai ke Bukit Besi ni. Dan melalui jalan jabor ni... MasyaAllah.. perlu berhati-hati...sebab:

1. Jalan seperti jalan felda atau jalan muadzam yang agak sempit terutama bahu jalan kecik. Agak bahaya bila nak mengelak ke bahu jalan jika ada lori dari jalan bertentangan.

2. Laluan ni ada banyak lori dan kenderaan berat. 

3. Jalan ni banyak korner dan agak sunyi.

4. Sepanjang perjalanan dari Jabor ke K. Trg ni, tak banyak kedai makan, hentian rehat mahu pun tandas. Pastikan minyak dah diisi penuh, perut dah diisi dan dibuang yang sepatutnya.

Mmmm.. bagi aku, agak bahaya jalan ni.. Aku tak pernah drive kut sini..(hubby jer la). Dan biasanya kami lebih rela lalu kut jalan pantai (kemaman, dungun, K. trg) selama 3.5 jam untuk balik kampung dari lalu kut jalan ni.. sebab rasa lebih selamat dan selesa. Jalan Jabor ni kadang-kadang je guna kalau ada emergency kena sampai cepat .

Jadi, bila highway ni katanya siap dua paruh lagi, kami pun cuba try lalu masa cuti nuzul quran baru ni..

Tarikh lalu : 12 Julai 2014

Ni peta yang katanya LPT fasa 2 


So, dari LPT Kuantan - Jabor-Cheneh. Tapi dari Cheneh tu.. akan lalu jalan Jabor yang agak ngeri macam aku cerita kat atas tu.. yang hampir 100km+ tu.. yang sunyi, yang banyak corner, yang banyak lori.. yang kena tahan kencing sebab terkucil takde petronas (ada tapi jauhhhhh lagi nak sampai)..
Huuu... aku ingatkan panjanglahhhh LPT fasa 2 ni, rupanya secoet jer ..alahai

Kesimpulanya.. 
LPT Fasa 2 ni, tak berapa membantu sangat pun kalau pengguna adalah dari Kuantan sebab tak berbaloi nak masuk tol Jabor-Cheneh. Dekat sangat perjalanan.
Tapi agak berbaloila untuk pengguna dari Kl-Gambang-Jabor.
Tapi... still agak berisiko dan kurang selamat perjalanan sebab perlu lalu jalan Jabor..

Mmmmmm
apa pun, pilihlah sendiri perjalanan anda..
Kalau dah biasa ikut jalan ni, no hal.. 
Berhati-hati di jalan raya.

Owhh... kalaulah LPT ni betul-betul siap, tiap-tiap minggu rasa nak balik kampung.

Opss dan berita baik LPT ni masih free tol. Pondok tol pun takde hahaaa!!



Thursday, July 17, 2014

Part time keje di bulan pose

Assalamualaikum.

Selamat berpose. Saya baby Dhia Zaara. Dah nak dekat raya kan..
Mmmmmmmmm... jadi, baru ni saya rasa nak try cari duit lebih untuk raya, nanti boleh belanja kak ana bff saya makan pizza.

So, one day... saya drive keta abah saya.. huyyyooo!! bestlah dapat bawak keta sendiri.
vrooommmmm!!

Saya nak walk in interview je kali ni. Ibu kata.. pegi je walk in, kalau ada rezki nanti dapatlah keje kat situ.
Jadi, mula-mula saya gi kedai kasut.

Opsss kedai ni banyak sangat kasut, susah saya nak amik dan susun kasut kat tempat tinggi. Terpaksa PA saya tolong angkat saya ..hehee toche PA saya.
Jadi, permohonan keje saya kat kedai kasut ni.. konpem kena reject.

Then, lets walk in kat kedai kasut lain pulak..kedai macam best sket..

Mula-mula saya cuba susun kasut kat lantai.. mmmm supaya bakal majikan tengok dan kata.."wahhh rajinnya awak keje! Esok boleh start keje terus!"

Tapi, 
Mmmmm... saya rasa macam banyak lagi kerja saya boleh tolong majikan saya kat sini.. Jom move on!

Kat sini pun banyaaakk kasut lawa!
Mmmmm.. saya tolong lap rak kasut dan susun skali.
Mmmm... try pakai skali lah

Ehhh... yang ni pun saya lapkan skali..

Tapi.. tapi kan..
bakal majikan saya kata.. 
"no nooo dear!, U can take your rest at home.

Wuaaaahaaa
kena reject lagi..
tak dapat nak banjerr bff saya makan pizza
huaaaa


Friday, July 11, 2014

Menu berbuka puasa day 9-12

Day 10
Spagheti aglio olio match dengan puding oreo aglio dan serawa durian 

Day 9

Masak lemak pucuk paku udang, udang masak lemak untuk hasya, sambal gesek & petai, telur dadar mayonis

Day 11
Menu buntu

Telur masak lemak hasya, fries & crab stik, cucur lemak manis, daging goreng kunyit, serawa durian lagi

Day 12
Menu free 

Dapat lauk free hadiah attend workshop.. 
Gulai nangka (gambar)
Ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, puding karamel & onde-onde (tiada gambar)

Masak ikan masak kicap je + ice blended milo + ice blended rock melon

Ni menu masa day 4 aritu
Sotong sumbat



Wednesday, July 9, 2014

please pray for Gaza!





Langsir Raya Eyelet ala Elyza 2014

Rayalah kunun.. hehee padahal punyalah lama beli sebab nak ganti langsir lama yang dah kusam teramat. hihii
Okeh kain langsir ni beli di Sarah Hughes Globe Kl. Klik sini untuk entry lepas ye.. ---> 

Biasanya aku tenyeh jait sendiri jer.. nak jimat kono-konon.. hahaa. Tapi kali ni surrender, tak daya nak jait dengan dhia lagi, durrah lagi.. rasanya mesti nanti diorang buat main khemah-khemah nanti.. hahaa

Jadi aku serahkan semuanya pada opismate.. Janji nak style eyelet.. hehee

Dan taarraaaaa!! Inilah hasilnya!


Jenis ring yang digunakan..ala-ala jed gitu.. owhh mula-mula tengok tu.. terus suka ... yelahh aku ni tak kisah pun jenis ring camne kaler or corak pun, skali dapat cam ni... terus meleret sengeh aku ni.. hehee toche-toche!

Dannn... inilah dia hasil dah gantung..!!
Ada ala-ala langsir Elyza tak..?

So.. ikatlah camni ker

Camni ker..
Janji happy kan.. Aku memang sengaja buat langsir cecah syiling. Eric Leong kata.. nampak gaya mewah cam hotel (walaun rumah kecik jer hehee)

Jom tengok keje di sebalik tabir..

Jom main kira-kira laks:
Direct cost (kain langsir) - 13.5 meter x RM10/meter = RM135
Direct labour - upah jait + ring cantik = RM150
Direct expenses = RM0
Overhead - kos pemasangan = RM0 (tq laling :)
Total Cost : RM285
(agak-agak kalau tempah dan beli kain kat Elyza berapa cost dia ekk)

Ok, jom tengok koleksi langsir aku dulu-dulu.

1. Ni langsir ke-2. Aku jait sendiri tauu... eyelet jugak.. tapi buruks laa sket homemade kan (hihiiii)


Close up sket.. see, aku pakai ring gold biasa jer..
Penat tau buat eyelet ni dan agak rumit jugak. Maklumlah bukan pro yang jait ihihii..

2. Ok, ni langsir pertama aku jait masa mula-mula pindah rumah ni. Gambar ni masa aku pasang semula sebelum tukar dengan langsir ke-2 kat atas. Tak suka langsir tu sebab kaler dia gelap. So, pakai langsir ni.. sampai kena banjir tak tukar juga.. huuu.. nampak tak kesan banjir kat kain tu..?
So.. now.. dah boleh sengih manjang time masuk rumah.. hahaa.. syok sendiri ler tuh!



Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini