Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, July 21, 2014

LPT Fasa 2: Jabor - K.Trg, Selamat ke guna balik raya?

Beberapa bulan lepas, banyak dapat info pasal LPT yang separuh (rasanya dua paruh, bukannya separuh hehee) siap akan disiapkan lagi sebahagiannya dan boleh digunakan untuk raya.

Sebelum ni, LPT ini hanya boleh digunakan dari Bukit Besi terus ke Ajil, Telemung dan Kuala Terengganu. Tapi pengguna perlu melalui jalan Jabor hampir 100km+ sebelum sampai ke Bukit Besi ni. Dan melalui jalan jabor ni... MasyaAllah.. perlu berhati-hati...sebab:

1. Jalan seperti jalan felda atau jalan muadzam yang agak sempit terutama bahu jalan kecik. Agak bahaya bila nak mengelak ke bahu jalan jika ada lori dari jalan bertentangan.

2. Laluan ni ada banyak lori dan kenderaan berat. 

3. Jalan ni banyak korner dan agak sunyi.

4. Sepanjang perjalanan dari Jabor ke K. Trg ni, tak banyak kedai makan, hentian rehat mahu pun tandas. Pastikan minyak dah diisi penuh, perut dah diisi dan dibuang yang sepatutnya.

Mmmm.. bagi aku, agak bahaya jalan ni.. Aku tak pernah drive kut sini..(hubby jer la). Dan biasanya kami lebih rela lalu kut jalan pantai (kemaman, dungun, K. trg) selama 3.5 jam untuk balik kampung dari lalu kut jalan ni.. sebab rasa lebih selamat dan selesa. Jalan Jabor ni kadang-kadang je guna kalau ada emergency kena sampai cepat .

Jadi, bila highway ni katanya siap dua paruh lagi, kami pun cuba try lalu masa cuti nuzul quran baru ni..

Tarikh lalu : 12 Julai 2014

Ni peta yang katanya LPT fasa 2 


So, dari LPT Kuantan - Jabor-Cheneh. Tapi dari Cheneh tu.. akan lalu jalan Jabor yang agak ngeri macam aku cerita kat atas tu.. yang hampir 100km+ tu.. yang sunyi, yang banyak corner, yang banyak lori.. yang kena tahan kencing sebab terkucil takde petronas (ada tapi jauhhhhh lagi nak sampai)..
Huuu... aku ingatkan panjanglahhhh LPT fasa 2 ni, rupanya secoet jer ..alahai

Kesimpulanya.. 
LPT Fasa 2 ni, tak berapa membantu sangat pun kalau pengguna adalah dari Kuantan sebab tak berbaloi nak masuk tol Jabor-Cheneh. Dekat sangat perjalanan.
Tapi agak berbaloila untuk pengguna dari Kl-Gambang-Jabor.
Tapi... still agak berisiko dan kurang selamat perjalanan sebab perlu lalu jalan Jabor..

Mmmmmm
apa pun, pilihlah sendiri perjalanan anda..
Kalau dah biasa ikut jalan ni, no hal.. 
Berhati-hati di jalan raya.

Owhh... kalaulah LPT ni betul-betul siap, tiap-tiap minggu rasa nak balik kampung.

Opss dan berita baik LPT ni masih free tol. Pondok tol pun takde hahaaa!!



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini