Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah CINTA!

Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke - 57!


Tiba masanya Addinies perlu didedahkan dengan erti Kemerdekaan dan erti cinta pada Malaysia..

Mmmmm... jom addini!

Saturday, August 30, 2014

Nasi Arab Al Edrus, Beserah Kuantan

Tarikh : 10 Ogos 2014

Mmmm.. dah lama nak try nasi arab kat sini.. kali ni baru berkesempatan. Biasa masak sendiri pakai dalam kotak tu. Ok, kali ni kita try kat kedai pulak..

Jom tengok gambar dulu

Nasi arab Mandy Lamb

Nasi arab mandy chicken

Makan dengan kuah dan sambal belacan

Kakak order air kelapa

View dari depan kedai

Ada pakej RM10 untuk student

View dalam kedai

Kami makan kat luar kedai jer.. nak ambik angin segar

Addinies seronok main kejar-kejar sebab takde orang masa ni

Ni beberapa pakej makan untuk berkumpulan

Pakej berkumpulan lagi

Mmmm.. nak kata sedap pun tak jugak, nak kata tak sedap pun tak jugak. Tapi agak pelik nasi arab ni makan dengan sambal belacan (mungkin nak sesuaikan dengan rakyat malaysia yang suka belacan kut) dan kuah yang cair yang amat. Mmmm mana pergi salad salsanya yer?

Masa kami pergi ni, order untuk berbuka puasa. Tapi, dah azan maghrib baru terropoh gapah hantar nasi.. ehh.. ehh dah mana airnya? Terpaksa berbuka dengan nasi dulu.. dah 5 minit pastu baru sampai nasi.. ishh..ishh.. sian hubby berbuka puasa 

Maybe next time nak try nasi arab dallah pulak kat bandar Kuantan.. 

Ohye.. ada wifi free kat sini.. tapi pasword kena mintaklaa ye

Total harga makan semua dalam RM50+.. oklaa

Ok, berapa bintang nak kasi?

Kebersihan:
4 bintang

Makanan:
3.5 bintang

Layanan:
3.5 bintang

Environment::
4 bintang

Friday, August 29, 2014

Mimpi..

10.5.2014..
Beliau telah dijemput oleh penciptanya.. dengan penuh mulia dan telah dipermudahkan segala urusan pengembaliannya ke 'sana'

Mimpi bertamu

Mimpi 1 : 09.05.14 (malam sebelum beliau dijemput Ilahi)
Melihatnya sedang tekun belajar program ijazahnya dalam kelas.. Beliau sememangya sedang belajar program degree semester 1 dan baru jer tamat semester 1 pengajian.
Sesungguhnya aku sangat  jarang bermimpikan kisah beliau.. entah kenapa malam tu dipenuhi kisah mimpi beliau di dunia sekolah barunya.

Mimpi 2:
Beliau berada di hospital.. aku pelawa keluar hospital dan balik rumah, arwah diam. Kerap kali aku bersungguh pelawa balik rumah, jumpa anak-anak. arwah tetap diam, hanya diam kelu memandangku. Kemudian aku beransur pulang dan terasa seperti arwah sangat jauh dariku.. jauh.. makin lama makin jauh..

Mimpi 3 & 4:
Tak ingat.. tapi memang arwah kerap muncul dalam mimpiku.. kekadang bersama arwah tok wang..

Mimpi 5: semalam 28.8.2014
Beliau memelukku.. sambil menangis. kemudian hilang..
Muncul adikku.. menemani arwah yang sedang nazak.. dan arwah menghembuskan nafas terakhirnya bersama adikku..
Adikku bercerita.. saat akhir arwah, beliau mengucapkan dua kalimah syahadah.. dan 'pergi' dengan aman dan mudah sekali..

Al Fatihah..
Mimpi kadang mainan syaitan..
atau mungkin sebab terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga terbawa-bawa dalam mimpi
atau mungkin juga ingatan kepada kita untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuknya
atau mungkin juga peringatan kepada kita

Sungguh ..
tak tipu
.. sungguh..
betapa rindu

terkadang tersasul nak telefon sebab nak tanya khabar .. tapi astaghfirullah.. hakikatnya ...
sungguh pahit untuk ditelan

Al fatihah
juga untuk arwah ayahanda, nenda sekalian..

Wednesday, August 20, 2014

Jamuan Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah.. tahun ni diberikan kesempatan dan rezeki untuk mengadakan jamuan ringkas serba sedikit untuk kawan-kawan sahabat handai dan jiran tetanga..

Sebelum tu.. 
tadaaaa gambar raya kami semasa open house tersebut..
peaceeeeeee!!

Smileee!

Alhamdulillah..
dah lama tak buat open house ni. last buat masa amna masih baby kut.. opss sebelum tu ada juga pernah buat open house jemput keluarga dan adik beradik semua datang dari terenganu.. wahhh seronok sangat masa ni.

so taun ni,, plan nak buat pun last minit.. nak buat ke tak.. last-last decide jomlah kita buat makan-makan.. untuk meraikan mereka-mereka yang sentiasa berada di sekeliling kita ketika susah dan senang..

 Mmmmm.. mereka-mereka ni lah yang sentiasa bersama kami .. masa ditimpa bencana banjir dulu, mereka lah yang banyak bagi moral support, bertanya khabar dan sebagainya.. plus bagi doa suruh aku amalkan masa malam bencana banjir tu ...ohhh... appreciate sangat masa tu..! Oh ye. jamuan ni bukan hanya untuk meraikan mereka yang tolong kami masa banjir aritu, tapi yang sentiasa bersama kamilah.. sama-sama pindah ofis hahaaa.. sama-sama kena audit, sama-sama basuh rumah kawan yang banjir juga (hubbyla ni), yang suka passing lauk-pauk (hehe jiran tetangga), sama-sama redah banjir dan semualah.. Pendek cite, untuk mengeratkan silaturrahim dan mengucapkan terima kasih atas tangan yang sentiasa dihulurkan untuk kami ni.. 

Opss yang tak dijemput bukan bermakna tak tolong kami, semua tolong tauuuu ... semua baik-baik dan sentiasa di hati kami, tapi yang ni buat kecil-kecilan je .. inshaAllah, ada rezeki ada kelapangan nanti kami buat lagi untuk semua yer..

Okeh ni gambar raya kami .. masa ni takde orang kejap, sempat bergambar, solat asar dan mandikan kids jap.. pastu datang lagi tetamu tak putus-putus.. alhamdulillah.. suka sangat!
 


Ok, disebalik tabir..

Aku.. jadi tukang masak
Hubby jadi hang kebun, hang bibik, hang driver, hang 5S, hang segala hang laa hehee
Addinies... behave.. tu jer pesan aku kat diorang..!


Addinies 1&3 sangat rajin dan volunteer nak koyok bawang.. haa terus aku asingkan bawang rendang, mihun dll.. Addinies 3 dah ngamuk-ngamuk nak koyok bawang lagi .. tapi bawang dah habis sudah.. (dah cukup untuk buat masak-masak) Huuuu... Tengok tangan daddy luka teruk kat jari tangan kanan sebab terkepit pintu.. hohoo sian daddy tapi tetap jadi hang kebun yang bagus hehee thanks sayang hihi.. tanpamu abislaa bermaharajalelalahh lalang kat rumah ahakss

So malam, aku prepare bahan untuk rendang dan mihun, dan masak puding dan agar.

Puding oreo... nah seperiuk besar aku masak sebab takde talam besar, jadi aku pun taruk dalam periuk besar.. hahaa licin masa open house.. alhamdulillah!

Ni agar-agar tak best.. asalnya tersalah beli agar .. nak beli agar yang jernih tapi terbeli yang hijau. Jadi, alang-alang dah ada tu, aku masak jer terus.. huuuu ni makanan yang paling tak laku.. huuuu..

Ni peneman setia.. sampai abis malam tu.. ini budak teman aku kat dapo. Daddy dah rehat sebab cedera jari luka tadi dan penat jadi hang kebun siang hari tadi.. hehe tq sayang

1.30 malam.. baru siap! Puding dalam periuk semua dah keras .. dah simpan dalam peti semua, bahan rendang semua dah blender, daging dah siap potong semua.. ok.. jom tido kakak! Sambung esok pulak.. zzzzzzzz

Paginya, 7.30 pagi baru start masak rendang.. seb baik kids sangat behave arini.. espc Addini 4... Main tau-tau je, pandai-pandai jer bawa diri main sendiri-sendiri hari ni.. hehee.. thanks sayang.. nanti kita main beskal lagi petang ni ye.. :).
Oh yee... multi task sungguh keje aku.. nak jimat masa kan.. terus masa masak rendang, aku goreng keropok terus.. hahaaa jap-jap ada keropok yang garing sket sowi yer tetamu hehee


Ini mainan Addini 4.. main susun-susun besen.. hahaa 10 kali aku lalu sini, 10 kali laa aku kena kemas .. huhuu takpe, janji behave kan..

Daddy & Addini lain sibuk kemas kat luar.. sapu sana sini, angkat kerusi meja dll.

Sofa pun semua letak luar.. senang tetamu nak makan.. makan kat dalam rumah boleh, kat luar pun boleh..

Kakak.. mmmm perasan tak gambar kakak kat sini kan semua tengah makan... makannn... makannn... oh my kakak comel

Tetamu vvip pertama kami dari kerteh.. tetamu paling awal datang.. kul 10+ dah sampai. 
Dis is my twin ye.. with his family

Tetamu pertama yang merasmikan jamuan raya kami.. terima kasih sudi datang.. lenkali datang lagi ye

Tetamu ke-2.. En Shamsir dan isteri.. kawan suami dari kemaman

K Nor dan family.. jiran depan rumah 

Addini lagi.. tengok.. kakak tengah buat apa tu ..hihii..makan lagi

Tetamu vvip juga.. pengasuh Kakak & Amna (baju hijau) dan miss Laura Azura (tudung coklat)

Anak-anak pengasuh dan kawan-kawan diorang

Buai.. patah sudah sebab kekenyangan kut.. hehee... takpe, letak tepi dulu.. Semalam hubby dah baiki dah.. tq daddy

Kak Leha dan kids

Kak Pamela dan lil Q yang comel sangat..

Bob the KJ 

En Keril n wife

Thanks semua sudi datang.. Farah n family, Kak Pamela & Laura..

Opss tu jer gambar.. hahaa.. gambar menu pun tak sempat ambik.. hohoooo

Ok... ni menunya
1. Nasi Minyak Aidilfitri
2. Rendang & Nasi Himpit Raya
3. Mihun Singapora
4. Satay Ayam & Daging
5. Puding Oreo
6. Agar hijau
7. Kek lapis Sarawak
8. Keropok
9. Air Oren
10. Kekacang
11. Biskut Raya
12. Duku
13. Timun cina

Majlis kami berakhir hampir pukul 7 petang.. jiran-jiran sebagai tetamu terakhir. Maaf atas segala kekurangan.. kalau ada rezeki insyAllah jemput datang lagi yer

Ibu: kakak... seronok tak ibu abah buat jamuan raya ni..?
Kakak: seronokkk... mestilah kakak sukaaa sangat!
Ibu: ohh bagusla gitu.. ingatkan kakak tak suka sebab penat. Tapi apa yang kakak seronok sangat tu?
Kakak: kakak seronoklaa.. sebab dapat makan-makan best!
Ibu: haah.. sebab makan jer?
Kakak: taklaa.. sebab kawan-kawan kakak datang...!! Mestilah kakak suka ibu..!!

Alhamdulillah kakak seronok.. tapi makan juga pilihan jawapan pertama dia.. hahaa nampak tak apa hobi dia sekarang? Yesss makan makan..makannn!!

Monday, August 11, 2014

Projek kabin : Relocate kabin

Tarikh : 28 Jun 2014

Kali ni aku tak pergi.. mintak big bos ambikkan gambar.. tapi.. huhu.. 4 keping ni jer yang diambikknya.. tu pun katenya banyak dah  4 keping tu.. huuuu
hanya blogger paham berapa keping gambar yang perlu ambik dok..? huuu

takpelah.. layan je la.. dari takde langsung kan

ok, kabin dah cantik alih dalam kedudukan sepatutnya

ok, masalah relocate cabin settle!

Next, kena buat tandas pulak kat tepi kabin ni..


bahagian belakang

Emmm bos.. doh mane gambar kren yang alih kabin?
Laaa... nak buat apa gambar kren tu... gambar kabin jer dah la.. 
Huaaaa.... (hanya blogger jer yang tau pentingnya setiap gambar kan...?)

Ok, next, is toilet..!


Sunday, August 10, 2014

Projek kabin: Penghantaran dan pemasangan rumah kabin

Lokasi : Bukit Kuang Kemaman Terengganu
Tarikh : 21 Jun 2014
Kos : Refer sini.. PROJEK KABIN

(saje tepek sini.. untuk tatapan big bos tuan penasihat ueb.. hihi)

Kabin dihantar guna kren..

Tapi, jalan agak sempit.. kren tak boleh korner masuk dalam pagar

Camne kren tu nak letak kabin kat tapak ? Masalah mula muncul

Bincang punya bincang.. kami decide, kabin diletakkan kan atas tanah setakat yang boleh. Tak pasti  sampai mana kabin boleh pusing sebab kren tak dapat masuk dalam pagar.

Kerja-kerja ikat kabel pun bermula.

PA abah sibuk buat plan apa ntah..


Big bos tengah perati kawasan

Batang kren mula pusing ke arah kabin

Tali kabel di sangkut pada penjuru kabin

See.. kabin dah diangkat sikit dari kren

angkat lagi..

Ha.. tu dia.. dah mula berpusing dah kabin 


ok.. move move..!!

lagi..

Now.. pusing kan pintu dia ke depan

Opss.. sangkut pagar

Ok.. cubaan pusing lagi

tu dia dah pusing.. tapi nak bagi dalam kedudukan 10' tegak x 20' lebar, bukan macam dalam gambar, 20' tegak, 10' lebar

tapi, opss masalah timbul.. tak boleh pusing lagi sebab kren tak boleh angkat kabin tinggi dah.. kabin pulak sangkut pagar

camni jer yang bleh.. dah camne tu?

Mmmm...?

Well.. akhirnya, kitorang decide kena sewa kren lain yang kecik sket untuk relocate kedudukan kabin tu.. ohhh ohooo incurred cost lagi.. huuu .. additional cost!

Ok, alas batu bata untuk sementara waktu


susun elok elok batu bata tau






ok, dah rasa stabil batu tu.. barulah kabel dibuang dari kabin




ni view dari depan rumah

lagi view untuk next tapak kabin

haa.. barulah tugas addinies bermula.. test power kabin hahaa!


ok.




ada 2 lampu, 2 plug, main switch, tu pintu tambahan untuk tandas 


ecewah siap main kejar kejar lagi diorang ni


kemasan kira okla..


ni untuk sementara..
















ok.. kira pass lah kabin ni. rege pun ok, furnishing pun ok.
Sesape nak contact no rumah kabin ni sila emel saya ye... memang murah dan puas hati insya Allah.

Next, relocate kabin

Update : 22 Mac 2016
Ramainya yang emel saya bertanyakan tentang kabin ni. Almost saya dah reply ye. Kalau terlepas pandang sorry.. please wasap saya semula ye

Untuk makluman, saya tak jual kabin ye. Saya beli dari pembekal kabin saja. 
Saya juga tak dapat apa-apa komisyen pun dari perkongsian ni. Even pembekal tu tak kenal pun saya. Semua urusan dilakukan oleh Encik Suami
Untuk yang nak contact number.. boleh wasap saya terus ye..
019-9620856
Insya Allah saya akan reply segera.

Terima kasih membaca. :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini