Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, August 5, 2014

Deco rumah : Kayu lapis sebagai hiasan dalaman

First.. ni bukan rumah aku.. ecewahhh kan mengaku rumah sendiri lak.. hehee
Second.. ni rumah sedara terdekat aku
Third .. beliau seorang tukang kayu hebat
Next... lokasi di kampungku tercinta..Kampung Manir Kuala Terengganu.
Lagi.. tiap kali datang rumah beliau.. mesti mata aku akan pandang ke atas jer.. sure anda pun sama lepas ni..

Ok.. jom tengok gambar dulu..

Hiasan dalaman rumah beliau penuh dengan kayu lapis. Lantai, dinding, syiling... semua dihias dengan papan yang dah divarnish. Cantik kan dinding rumah beliau.
Tapi cuba tengok syiling... wahhhh lagi cantik tauuuu!!


Cantik kan.hiasan syiling dia..! Kalah syiling kapur. Bombastic sangat!!
Ni kat depan tv

Ni syiling kat pintu utama

Syiling kat tv tadi

Haaa... yang ni lagi hebat!! Memang ternganga setiap kali aku datang rumah beliau.. Terpegun sungguh! Ni kat bahagian dining room

Kreatipkan susunan kayu dan corak yang terhasil dari kayu-kayu lapis tu!



Ni gambar yang sama dekat dining area. Cuma nak close up kat bahagian corner dinding.. soft jer furnishing dia.. takde bucu-bucu tajam dah.. Memang detail dan kemas sangat perinciannya..

Tiap kali gi rumah beliau.. mesti aku sibuk puji lawa rumah dia. Dah la lawa... buatan sendiri pulak tu.. Klasss gitu!! 

Hebat.. beliau memang seorang tukang kayu yang hebak dan kreatip!

Biasanya kayu lapis hanya diletak di lantai atau dinding rumah je..tapi, beliau letak di bahagian syiling.. dah la syiling.. bercorak bagai lagi.. fuuuhhhh  ko ader?

Ada...
Ni kat rumah bonda saya... Sory.. gambar dinding kayu ni jer yang ada dalam koleksi untuk nak tunjuk kayu lapis. 

Di belakang model-model lawa kat atas tu adalah deco dinding guna kayu lapis juga. (hooo mesti ada orang jeles gambar dia tak masuk blog). Kayu lapis ni dipasang oleh anak tukang kayu yang hebak juga..hebak bina rumah kayu untuk keluarga tercintanya...Arwah Ku Awang Ku Sop namanya

Rumah saya di Kuantan juga guna kayu lapis sebagai hiasan lantai menggantikan tile. Sejuk jer kaki pijak.. Kayu lapis tu dipasang oleh suami anak tukang kayu yang hebak juga iaitu anak arwah Ku Awang Ku Sop.

Mmmm..pendek kata..orang teganu ni memang hebak dalam pertukangan kayu..Tapi tukang kayu yang pertama di atas tu memang lagi hebak.. rasa macam nak order deco kat rumah Kuantan jer.. tapi jauhlah pulak..

Well.. berapa bintang untuk deco kayu lapis syiling kat atas tadi?
Saya bagi...

10 Bintang!!


Update: lagi gambar deco rumah guna kayu lapis di rumah bonda saya
Kayu lapis di rumah bonda saya dipasang menegak.. cantik kan..
Oh yee.. model sampin ikat bunga kat atas tu pun cantik ehh hebak juga kan... Mesti malam ni sengih-sengih gambar dia dapat masuk blog pemes acik ni hahaaa



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini