Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, August 20, 2014

Jamuan Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah.. tahun ni diberikan kesempatan dan rezeki untuk mengadakan jamuan ringkas serba sedikit untuk kawan-kawan sahabat handai dan jiran tetanga..

Sebelum tu.. 
tadaaaa gambar raya kami semasa open house tersebut..
peaceeeeeee!!

Smileee!

Alhamdulillah..
dah lama tak buat open house ni. last buat masa amna masih baby kut.. opss sebelum tu ada juga pernah buat open house jemput keluarga dan adik beradik semua datang dari terenganu.. wahhh seronok sangat masa ni.

so taun ni,, plan nak buat pun last minit.. nak buat ke tak.. last-last decide jomlah kita buat makan-makan.. untuk meraikan mereka-mereka yang sentiasa berada di sekeliling kita ketika susah dan senang..

 Mmmmm.. mereka-mereka ni lah yang sentiasa bersama kami .. masa ditimpa bencana banjir dulu, mereka lah yang banyak bagi moral support, bertanya khabar dan sebagainya.. plus bagi doa suruh aku amalkan masa malam bencana banjir tu ...ohhh... appreciate sangat masa tu..! Oh ye. jamuan ni bukan hanya untuk meraikan mereka yang tolong kami masa banjir aritu, tapi yang sentiasa bersama kamilah.. sama-sama pindah ofis hahaaa.. sama-sama kena audit, sama-sama basuh rumah kawan yang banjir juga (hubbyla ni), yang suka passing lauk-pauk (hehe jiran tetangga), sama-sama redah banjir dan semualah.. Pendek cite, untuk mengeratkan silaturrahim dan mengucapkan terima kasih atas tangan yang sentiasa dihulurkan untuk kami ni.. 

Opss yang tak dijemput bukan bermakna tak tolong kami, semua tolong tauuuu ... semua baik-baik dan sentiasa di hati kami, tapi yang ni buat kecil-kecilan je .. inshaAllah, ada rezeki ada kelapangan nanti kami buat lagi untuk semua yer..

Okeh ni gambar raya kami .. masa ni takde orang kejap, sempat bergambar, solat asar dan mandikan kids jap.. pastu datang lagi tetamu tak putus-putus.. alhamdulillah.. suka sangat!
 


Ok, disebalik tabir..

Aku.. jadi tukang masak
Hubby jadi hang kebun, hang bibik, hang driver, hang 5S, hang segala hang laa hehee
Addinies... behave.. tu jer pesan aku kat diorang..!


Addinies 1&3 sangat rajin dan volunteer nak koyok bawang.. haa terus aku asingkan bawang rendang, mihun dll.. Addinies 3 dah ngamuk-ngamuk nak koyok bawang lagi .. tapi bawang dah habis sudah.. (dah cukup untuk buat masak-masak) Huuuu... Tengok tangan daddy luka teruk kat jari tangan kanan sebab terkepit pintu.. hohoo sian daddy tapi tetap jadi hang kebun yang bagus hehee thanks sayang hihi.. tanpamu abislaa bermaharajalelalahh lalang kat rumah ahakss

So malam, aku prepare bahan untuk rendang dan mihun, dan masak puding dan agar.

Puding oreo... nah seperiuk besar aku masak sebab takde talam besar, jadi aku pun taruk dalam periuk besar.. hahaa licin masa open house.. alhamdulillah!

Ni agar-agar tak best.. asalnya tersalah beli agar .. nak beli agar yang jernih tapi terbeli yang hijau. Jadi, alang-alang dah ada tu, aku masak jer terus.. huuuu ni makanan yang paling tak laku.. huuuu..

Ni peneman setia.. sampai abis malam tu.. ini budak teman aku kat dapo. Daddy dah rehat sebab cedera jari luka tadi dan penat jadi hang kebun siang hari tadi.. hehe tq sayang

1.30 malam.. baru siap! Puding dalam periuk semua dah keras .. dah simpan dalam peti semua, bahan rendang semua dah blender, daging dah siap potong semua.. ok.. jom tido kakak! Sambung esok pulak.. zzzzzzzz

Paginya, 7.30 pagi baru start masak rendang.. seb baik kids sangat behave arini.. espc Addini 4... Main tau-tau je, pandai-pandai jer bawa diri main sendiri-sendiri hari ni.. hehee.. thanks sayang.. nanti kita main beskal lagi petang ni ye.. :).
Oh yee... multi task sungguh keje aku.. nak jimat masa kan.. terus masa masak rendang, aku goreng keropok terus.. hahaaa jap-jap ada keropok yang garing sket sowi yer tetamu hehee


Ini mainan Addini 4.. main susun-susun besen.. hahaa 10 kali aku lalu sini, 10 kali laa aku kena kemas .. huhuu takpe, janji behave kan..

Daddy & Addini lain sibuk kemas kat luar.. sapu sana sini, angkat kerusi meja dll.

Sofa pun semua letak luar.. senang tetamu nak makan.. makan kat dalam rumah boleh, kat luar pun boleh..

Kakak.. mmmm perasan tak gambar kakak kat sini kan semua tengah makan... makannn... makannn... oh my kakak comel

Tetamu vvip pertama kami dari kerteh.. tetamu paling awal datang.. kul 10+ dah sampai. 
Dis is my twin ye.. with his family

Tetamu pertama yang merasmikan jamuan raya kami.. terima kasih sudi datang.. lenkali datang lagi ye

Tetamu ke-2.. En Shamsir dan isteri.. kawan suami dari kemaman

K Nor dan family.. jiran depan rumah 

Addini lagi.. tengok.. kakak tengah buat apa tu ..hihii..makan lagi

Tetamu vvip juga.. pengasuh Kakak & Amna (baju hijau) dan miss Laura Azura (tudung coklat)

Anak-anak pengasuh dan kawan-kawan diorang

Buai.. patah sudah sebab kekenyangan kut.. hehee... takpe, letak tepi dulu.. Semalam hubby dah baiki dah.. tq daddy

Kak Leha dan kids

Kak Pamela dan lil Q yang comel sangat..

Bob the KJ 

En Keril n wife

Thanks semua sudi datang.. Farah n family, Kak Pamela & Laura..

Opss tu jer gambar.. hahaa.. gambar menu pun tak sempat ambik.. hohoooo

Ok... ni menunya
1. Nasi Minyak Aidilfitri
2. Rendang & Nasi Himpit Raya
3. Mihun Singapora
4. Satay Ayam & Daging
5. Puding Oreo
6. Agar hijau
7. Kek lapis Sarawak
8. Keropok
9. Air Oren
10. Kekacang
11. Biskut Raya
12. Duku
13. Timun cina

Majlis kami berakhir hampir pukul 7 petang.. jiran-jiran sebagai tetamu terakhir. Maaf atas segala kekurangan.. kalau ada rezeki insyAllah jemput datang lagi yer

Ibu: kakak... seronok tak ibu abah buat jamuan raya ni..?
Kakak: seronokkk... mestilah kakak sukaaa sangat!
Ibu: ohh bagusla gitu.. ingatkan kakak tak suka sebab penat. Tapi apa yang kakak seronok sangat tu?
Kakak: kakak seronoklaa.. sebab dapat makan-makan best!
Ibu: haah.. sebab makan jer?
Kakak: taklaa.. sebab kawan-kawan kakak datang...!! Mestilah kakak suka ibu..!!

Alhamdulillah kakak seronok.. tapi makan juga pilihan jawapan pertama dia.. hahaa nampak tak apa hobi dia sekarang? Yesss makan makan..makannn!!

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini