Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, August 29, 2014

Mimpi..

10.5.2014..
Beliau telah dijemput oleh penciptanya.. dengan penuh mulia dan telah dipermudahkan segala urusan pengembaliannya ke 'sana'

Mimpi bertamu

Mimpi 1 : 09.05.14 (malam sebelum beliau dijemput Ilahi)
Melihatnya sedang tekun belajar program ijazahnya dalam kelas.. Beliau sememangya sedang belajar program degree semester 1 dan baru jer tamat semester 1 pengajian.
Sesungguhnya aku sangat  jarang bermimpikan kisah beliau.. entah kenapa malam tu dipenuhi kisah mimpi beliau di dunia sekolah barunya.

Mimpi 2:
Beliau berada di hospital.. aku pelawa keluar hospital dan balik rumah, arwah diam. Kerap kali aku bersungguh pelawa balik rumah, jumpa anak-anak. arwah tetap diam, hanya diam kelu memandangku. Kemudian aku beransur pulang dan terasa seperti arwah sangat jauh dariku.. jauh.. makin lama makin jauh..

Mimpi 3 & 4:
Tak ingat.. tapi memang arwah kerap muncul dalam mimpiku.. kekadang bersama arwah tok wang..

Mimpi 5: semalam 28.8.2014
Beliau memelukku.. sambil menangis. kemudian hilang..
Muncul adikku.. menemani arwah yang sedang nazak.. dan arwah menghembuskan nafas terakhirnya bersama adikku..
Adikku bercerita.. saat akhir arwah, beliau mengucapkan dua kalimah syahadah.. dan 'pergi' dengan aman dan mudah sekali..

Al Fatihah..
Mimpi kadang mainan syaitan..
atau mungkin sebab terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga terbawa-bawa dalam mimpi
atau mungkin juga ingatan kepada kita untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuknya
atau mungkin juga peringatan kepada kita

Sungguh ..
tak tipu
.. sungguh..
betapa rindu

terkadang tersasul nak telefon sebab nak tanya khabar .. tapi astaghfirullah.. hakikatnya ...
sungguh pahit untuk ditelan

Al fatihah
juga untuk arwah ayahanda, nenda sekalian..

1 comment:

tengku afza engku yusof said...

Beruntungnye kak dpt mimpikan dia.. tp btoolla, kdg2 mimpi tu mainan tido.. huhu..

Jom sama2 sedekahkan al fatihah utknya dn nenda h ayahanda kite juge. Amin.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini