Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, August 1, 2014

Syawal 2014

Salam aidilfitri dari kami sekeluarga.. mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku samada secara sedar atau tidak. Moga aidilfitri kali ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita semua..

Mmmm apa yang special raya kali ni?
Haaa ni dia...

Tiap kali turn raya di rumah mertua di felda chemomoi, inilah masa yang sangat aku nantikan..
Takbir raya dari rumah ke rumah

Amalan bertakbir ni memang selalu dibuat di felda rasanya. Aku suka sangat time giliran mereka datang takbir kat rumah..
Masa mereka datang.. aku mesti akan mengelat.. err.. orang len akan sibuk duk prepare hidangan or siapkan apa-apa yang patut untuk diorang.. tapi aku.. heheee aku akan ngelat.

Aku akan duduk di satu sudut.. menghayati indahnya alunan takbir raya mereka..

Aku akan duduk.. bersama-sama mendengar dan sama-sama mengalunkan takbir raya pelan-pelan..

Ianya sangat indah...!
Dan raya kali ni.. takbir itu makin syahdu..
Sebab..
Dialunkan oleh bapa mertua yang makin uzur... dengan suara yang sangat uzur.. perlahan..tapi masih indah iramanya.

Moga masih ada kesempatan untuk melalui ramadhan tahun depan..amin


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini