Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, September 27, 2014

Tempat wajib bercuti ke Kota Melaka

Tarikh : 20-22 September 2014
Tempat : Melaka bandaraya bersejarah

1. Kota A FAMOSA

Mmmm... pergi Melaka tak sah kalau tak bergambar kat Kota A Famosa ni kan..

One snap from me and kids!

One snap for hubby with kids!

2. BECA Melaka
Dan tak sah juga kalau tak bergambar dengan bece. Kali ni tak naik beca.. mahal dan membazir rasenya. So, lets pic again!

Peaceeeee!

Kebanyakan beca kat sini kali ni semuanya bertemakan hello kitty! Masa pergi tahun lepas takde tema rasanya cuma semua beca akan dihias cantik ikut kreativiti masing-masing.. Kali ni majority adalah dengan tema hello kitty.. cantik sangat!!

3. Dataran Pahlawan Mall
Dan tak sah juga kalau tak window shoping di Dataran Pahlawan.

Cuba teka tangan sape tu... amboiii kemain tunjuk jam nampak..
eh.. mana lagi satu tangan? kan berenam?

Semua sibuk pilih jam kat dalam mall besar ni.. semua pada harga RM10 each..except daddy punye. Since aku baru dapat hadiah jam masa birthday aritu, jadi takdelah aku teringin nak jam baru lagi walaupun cantik-cantik jam kat kedai ni.. Dhia dalam stroller sebab dapat upah biskut dalam mulut hehee.. kalau tak mau diangkutnya jam-jam tu masuk stroller

Haa... baru complete 6 tangan.. sorang tu tak de jam sebab tak muat size..(padahal sengaja tak nak belikan...jimat ..hahaa)


Ok.. nanti ada kesempatan, aku share lagi tempat best dan free di Melaka..dah la best, free pulak tu... 

4. NORA in de house
Oh ye.. ke Melaka tempohari juga, sempat bertemu mata dengan kenalan Nora dan family..siap masak dinner istimeewa untuk kami.. memang istimewa sangat dari air tangan seorang rakan.. thanks Nora.. ada masa dan rezeki kita jumpa lagi ye.. (opsss ada orang jeles kah nanti ni nora.. hihii)

Friday, September 26, 2014

Bercanda di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson

Tarikh : 12-13 September 2014

Ini kali ke-2 kami dipelawa bercuti di sini. Pertama kali pergi masa preggy Durrah Khayla, 3rd princess, tahun 2011. Lepas hantar correction tesis siap bind hard cover bagai, terus merdeka kat sini.

Perasaan??
Wahhhh... masa first time sampai sini dulu........ terus jatuh cinta! Rasanya nilah tempat yang paling cantik dan best untuk bersantai bersama family. Nanti aku bagitau kenapa..

This is our happy faces..semua enjoy walaupun masa ni dah nak cekout. 

This is my family with four beautiful princess.. ehh lima lah.. hihi

and this is de pengajur acara, my twin with his four hensem guys!

Ni aku snap view dari depan resort.. ambik dari dalam kete jer

Kenapa aku suka sangat tempat ni?

Ohooooo 
First : View resort dia yangggg sangattttt cantik, sedap mata aku memandang... sentiasa segar dan bercahaya harapanku

See.. here is our room.,(yang kaler biru belah kiri)
Kami menginap di bilik bawah.. ada 2 bilik, dapur, bilik air, ruang tamu and balcony.
Rumah atas untuk visitor lain

Ni pulak view dari balcony resort. boleh nampak view rumah-rumah biru ala-ala obersea dan pool. 
Juga view pokok kelapa yang sangat-sangat mencantikkan view kat sini.
Gambar rumah kat atas ni ada beberapa jenis rasenya.
Rumah yang kami stay - 2 tingkat
Rumah kat atas belah kiri - 1.5 tingkat
Rumah kat tengah 2.5 tingkat (ni rumah kami duduk dulu. Bawah untuk visitor lain, kami duduk kat atas 1.5 tingkat)

Dari balcony rumah kami juga boleh nampak jambatan kayu cantik ni.. see.. my lil ajmal and bro adam sedang menikmati view di pagi hari.. Masa ni dalam pukul 7 pagi kut.. sangat fresh persekitarannya..

Lagi gambar.. dalam kolam tu, adalaa ikan.. tapi yang kurang gemarnya... terdapat juga spesis biawak yang sangat besarrrrrrrrr kat situ.. eee mencacatkan view .. tak tau apa motif haiwan tu , dipelihara or terpelihara.. Kalau dipelihara, rasanya better dinyahtoksinkan terus dari kolam tu.. eeeee geli kooo

Hubby sedang berehat bersama princess Dhia. kat belakang tu adalah resort kami.. dekat kan dengan kolam, senang nak monitor kids mandi dalam kolam tu

Kakak dan amna.. haaaa mandi kan mandi,kan mandi sakan

Princess Durrah pun mandi kolam sakan. Pagar tu penghalang pool untuk dewasa dan kanak-kanak

Ni antara kemudahan yang disediakan sekitar kolam .. tempat rehat

Bangku rehat

Ok, ni view untuk pool dewasa yang besar dan pool kanak-kanak (sebelah pagar). Sape-sape yang dapat rumah kat situ paling best sebab senang nak pergi mandi kolam.. tapi maybe akan kurang privacy 

Overall.. Sangat berpuas hati untuk view yang sangat indah di sini. Kami ke sini pun memang bercanda di resort semata. Plan nak tengok sunset dan bbq tak jadi sebab lebih seronok menikmati kecantikan pemandangan dalam resort ni.

Berapa ringgit semalam?
RM54/nigt untuk rumah bawah, 2 bilik beserta dapur.. 
OPSSSS tapi tu harga untuk staff yer.. kalau normal price boleh klick disini.. mahal jugaklah rasenya...tempat cantik kan

Berapa bintang nak bagi?

Environment
10 bintang

Kebersihan 
9 bintang

Keselamatan
7 bintang
(besi-besi keliling kolam banyak dah reput, tanggal dan karat. My lil Ajmal hampir luka tersadung besi sekitar kolam tu.. Needs improvement di sini)

Resort (interior dalam rumah)
9 bintang

Tapi.. agak kecewa dengan kebersihan bilik air yang... mmmm... boleh bagi 2 bintang je kut.. juga perlu banyak improvement kat sini.

Ohhhh... memang we are trully in love dengan resort ni.. maklumlah nak pergi obersea tak taulah bila kan.. jadi, dapat resort gini pun dah rasa best teramat.

Tqvm untuk penaja utama.. moga dimurahkan rezeki dan diberi peluang ke sana lagi bersama-sama ya aa auuuuuuu!!



Monday, September 22, 2014

Sape ada wifi?

Dulu.. aku pakai brodbend..tapi potong daa sebab slow sangat line kat rumah. Jangankan nak you tube, nak google keje skolah addinies pun lambat. . ishh..jadi aku pakai mana-mana tempat yg ada wifi free jer laa.. hehee

Tapi budak-budak kan terer lening.. pantang ada wifi, terus nak you tube doralaa, frozenlaa..
especially princess durrah.. ohh .. sape-sape yang ada wifi adalah bff dia yer.. hahaa

Alkisahnya... dia dah paham,,bila balik kampung tokma jer, mesti ada wifi. Waahhhh hebatnya rumah tokma kann!! Tapi dengan syarat, mesti ada AYOH TEH.. mmmm kenapa? sebab wifi tu ayoh yeh punye hahaaa

Jadi, sekarang ni, bila nak balik kampung jer, dia mesti cite..

Cite 1:
Kat rumah tokma ada you tube... ada dora, upin, frozen, mickey mouse,,....
tapi.. yoh teh ada dok ibu?
mmmmm ada kut..
yeaaaaa abbyyy suka kalau yoh teh ada!!

Cite 2:
Ehh... yoh teh ada balik laa
balik mana bu?
yoh teh balik rumah tokma laa
alaaa...abby nok ikut yoh teh bolehh? 
nok buat apa.. jauh laa rumah tokma.
sebab yoh teh ada wifi.. nanti boleh tengok you tube...
hahaaaaa

Cite 3..(ke PD baru ni... ayah de pun ada wifi)
B.. esok ayoh de tak ikut kita g melaka tau..
alaaaaa.. ayoh de nok g mana?
yoh de gi KL pulak
alaaaa... tak bestlaa.. ayoh de ada wifi.. nanti takde wifi ibu..

Mmm... perlu ke aku pasang streamyx kat rumah? Banyak pre & con kann

Pre:
1. Anak-anak akan celik it
2. Senang nak cari info keje sekolah addini
3. Aku tak tertinggal info keje.. sometimes, info keje disampaikan ikut wassap sebab majoriti semua orang ada line..
4.

Con:
1. Aku takut aku sibuk dengan media sosial dari bermain dengan anak-anak. Mesti aku giler nak update blog dari layang puteri addinies, less time untuk main masak-masak.. oh nooo
2. Addini pun mesti akan excited nak you tube bagai.. so kurang aktiviti bersosial di luar.. tak bagus gini kann
3. 2 hari cuti sabtu & ahad tak dapat diperuntukkan sepenuhnya masa cuti macam sekarang ni.. Now.heaven jer tanpa gangguan sosial hehee tapi sometimes mcm ketinggalan info pulak

Mmmm...

what do u think..? rasenya semua atas tangan sendiri kan..

Sunday, September 7, 2014

DIy : pinky bathroom


Apa kaler pam bilik air anda? Mesti putih, putih dan putih kan.. biasala tu..
Majoriti kat mana-mana tempat kaler putih. ..  tapi kat rumah bonda aku kaler biru.. pun cantik.

Dah lama aku merungut nak tukar pam putih ni.. tapi agak mahal kalau cari kat kedai.

Akhirnya.. tetiba balik keje (taun lepas dah ni), kakak terjerit panggil aku masuk bilik air.. ingatkan ada lipas ke apa kan.. rupanyaa wahhhh bilik air ku dah bertukar jadi bilik air princess... semua kaler pink!! Hohooo 

Suka tak?
Ohooo tak suka kaler pink
Tapi addini suka pink lalalaa
Baiklahh!! addini menang lagi.. pink pun pink laaa.. janji bukan putih

Tq laling..

Tips: spray jer guna cat spray dalam tin tu.. alas dinding dengan kertas. Mudah kan!

Friday, September 5, 2014

Amna dah naik quran

25 Ogos 2014, balik sekolah , Amna bagitau..

Ibu... amna dah tamat qiraati 3 arini
Iye ker? Jadi esok baca quran besar la kan.
A ahh.. ustazah kata gitulah
Alhamdulillah, tahniah sayang!

Wahhh terus peluk amna.. tak sangka cepat betul dia dah naik quran. Amna mengaji quran di sekolah KAFA Balai Polis Tok Sira Kuantan. Kat sini tak pakai buku Iqra' 1-5, tapi guna buku Qiraati 1-3. Buku dia macam lagi susah sebab padat compared dengan Iqra'. Iqra' ada dari Iqra'1 hingga Iqra 5. Tapi Qiraati ada 1 hingga 3 jer. Tu yang macam aku rasa lambat sket amna akan naik quran sebab susah. Masa tadika dulu dia baca Iqra', masuk KAFA baca Qiraati pulak. Selalu juga tanya, baca sampai mana mana kan.. memang cepat jugala tamat Qiraati 1 & 2 tu.. alhamdulillah.. 

So, esoknya terus ke kedai Hamid Bross cari Quran. Amna kata nak kaler pink.. haha.. kaler feveret kan. Tapi takde pulak. Beli yang kaler oren, sama macam kereta abah kataku. Harga RM20.


So, untuk ingatan dan kata semangat, aku suruh daddy tulis ucapan sket ..

Mmmm.. tak sangka pulak kakak jeles sebab aku tak tulis apa-apa ucapan pun dalam Quran dia dulu. Huuu sorry sayang.. terkadang terasa aku sangat bias pada kakak. Kalau untuk amna jer, mesti special aku buatkan.. ishh ishh tak boleh macam ni.. kena tukar lenkali.. baik!

Dan.. terasa macam baru lagi tipon bonda aritu bagitau perkara yang sama

Ma.. Hasya dan tamat quran kecik. Esok naik quran besar dah.
Ye ker.. alhamdulillah! Kalau dulu-dulu orang buat nasi kunyit, tanda syukur bagi kat tok guru.. tapi sekarang tak taulah camne..

heheee.. tu 2 tahun lepas masa kakakk darjah 1.
Baru ni pun telefon bagitau benda yang sama juga kat bonda.. cuma suruh amna bagitau sendiri kat tokma kali ni..

Mmmmm... alhamdulillah.. pandai anak ibu abah!

Thursday, September 4, 2014

Game baru di Taman Teruntum Kuantan

Pernah tengok tak game gedabak ni?

Haa bapak besoo kann.. aku pun tak tau ada game ni kat sini. Kebetulan bawa addinies ke sini lepas hantar kakak buat latihan Kalam Jamaie kat sekolah Assunta last week..

Biasanya kalau ke sini untuk main buaian  sebab buai dia rendah dan banyak .. tapi pergi kali ni, cuma ada 2 buai jer.. frustla jugak kan.


terpaksala gilir-gilir naik



Pastu main panjat-panjat kat sini


Pastu baru pergi semula tengok game yang pelik ni.  Tapak game ni dulu rasenya tempat orang main kuda. Now ganti dengan benda baru ni.. ok jugak



Masa ni takde orang lagi. Dalam pukul 9.30 pagi. Aku suh addinies main tolak pelampung tayar atas air tu.. wahhh seronok sangat diorang!!

Ada 3 tayar ni. Berlanggar-langgar kena tolak.. 

Pastu kat pukul 10 tuan kedai pun datang. Masa ni dah ada 2-3 family datang nak main. Terus tqnya bayaran..

RM6 ringgit seorang. 
Boleh main dari pagi hingga petang..
Murahnya kann!! 
Dulu pernah main bola besar atas air kat fraser..nanti citer semula yang tu, fees dalam RM15 untuk 15-20 minit kut..  tak ingat sangat.. tp best yang ni lagi rasenya

Pastu dia keluarkan sebiji pelampung tu ke luar.. ishh pelik aku masa ni.. kenapa pulak dahh nii


Dibawa ke padang rumput

Haa besarkann!! Rupanya 2biji pelampung di letak kat atas padang.. maybe untuk main kat sinila.

So tinggal sebiji je atas kolam. Elok juga tu.. baru luas nak golekkan pelampung atas air tu kan

Then..ada satu family dah masuk dalam ni.. bergolek-golek diorang main. Amna  & Durrah dah mula nak ajak main skali.. tapi manalaa aku boleh handle dengan Dhia lagi kan. Lagipun kolam tu agak dalam juga untuk diorang ni..

Terus pujuk..
Lenkali kita datang dengan abah baru boleh main. Arini abah keje


Ada budak-budak dalam pelampung tu..

Sian dia.. minggu ni kita datang main ngan kakak yer. 

Kedai Nasi Minyak Eda Yasin, Tanjung Api, Kuantan

Lokasi : Tanjung Api

Kedai ni dekat jer dengan opis..selalu lah lalu kat sini.. tengok orang penuh sokmo.. kadang tu siap beratur. Alahai.. malasnya nak masuk sebab ramai orang kan. Parking pun susah.
Tapi, walaupun orang ramai dan parking sentiasa penuh, orang tetap ramai. Tak pernah putus rasanya. Jadi, satu hari aku dan kekawan pakat gi serang kedai ni sekali.. tapi bukan waktu kemuncakla.. waktu dalam dah kul 10 lebih camtu.

Haa.. kawan aku sorang ni dapat parking kat depan kedai lagi.. specel betul..
Nampak signboard kedai Eda Yasin tu kan.. ha tu lah kedainya

Aku terai nasi dagang. RM3.50 jer. Wahhh memang sedap sangat!! Nasi banyak, ikan banyak dan kuah pekat gitu!! thumbs up betul!! Murah pulak tu


Antara menu lain..Laksa, laksam, mehun, nasi minyak, nasi kerabu


Senarai menu lain: nasi lemak kukus, solok lada, begedil ikan, sambal sotong


My fren try yang ni
Rojak Betik (t'ganu kite)

Makan dengan kuah dia.. sedap!!

Wahh rupanya JJCM TV3 pernah datang sini.. memang layak benarlah tu ..molek bebenor kata orang kan!! Sedap dan banyak pilihan

Ada juga menu telur ayam kampung separuh masak

Oh ye, aku makan nasi dagang kat sini rege RM3.50. Ok dan tersangat murah. Tapi milo ais RM2.50 pulak.. mmmm rasa cam mahal jer kan harga air compare dengan makanan kan kannn?

Kesimpulan : 
Memang sedap, sekali datang pasti datang berkali-kali lagi :)

Waktu operasi:
7.30 am - 1.00 pm (tutup Isnin)

Untuk tempahan:
call : 012-9002858
email : edanasiminyak@yahoo.com

Jom kasi bintang:

Makanan:
5++ bintang!!

Pilihan makanan:
Makan sampai puas.. banyak teramat!

Kebersihan:
4.5 bintang

Environment:
4.5 bintang
(biasala.. standard kedai kopi kat kampung kan.. sesuai dah tu)

Layanan:
Layanan kedai: 4.5 bintang
layanan telefon : 3.5 bintang 
(mmmmm... sebab si penjawab telefon tu kurang ramah mesra, salam pun tak bagi dan agak kasar bahasa masa aku tempah makanan... ala-ala cam nada sinis dan marah-marah gitu... Maybe kena tingkatkan layanan di telefon lain kali)

Recommended:
5 bintang.. !!



Wednesday, September 3, 2014

Tempat tempah satay sedap dan murah di Kuantan

Serai Satay, Bukit Setongkol

Kami buat tempahan satay 2 hari sebelum majlis. Kena booking awal sikitla,, takkan nak esok hari ni baru nak tempah kan. Kesian tukang masak nak cari bahan mentah lagi, pastu mestilah dia nak perap dulu kan..mmm jadi, kalau nak tempah, 2 hari sebelum kira boleh kut.

Harga satay: RM0.60 secucuk. 
Agak kecik saiznya compare dengan satay zul, tapi kira okla.. sebab dapat dalam kuantiti banyak. Barulah sesuai untuk dihidang pada tetamu ramai. Contohnya, bajet RM100 akan dapat 167 cucuk. Tapi kalau beli satay zul untuk bajet RM100 baru dapat 125 cucuk. Haa.. nanti tak cukup camne.. hehe.. Tapi, tak kisahla.. atas selera dan kemampuan masing-masing.

So, untuk tempahan, boleh ambil nombor telefon kat bawah. Aku mesej jer aritu, pun layanan istimewa diberikan. Mesej tengah malam beb, hehee pun dilayannya.. terima kasih ye tokey satay serai ni.

Sida : 013-9545527
Din : 019-9600189

Ni peta kedai.. 
Depan shell atau tunas manja bukit setongkol

Kelebihan tempah di sini:

1. Murah

2. Sedap yang amat

3. Dagingnya sangaaaaat lembut

4. Haaa ni sebab yang paling best sekali.. baca baik-baik ye..

Kat sini boleh tempah satay pada waktu pagi atau petang atau malam. Biasanya kalau ada majlis pagi, kita nak beli satay ni pada waktu pagi kan. Tapi mana ada kedai satay jual pada waktu pagi. Biasanya kedai satay akan start bakar satay pada waktu petang hingga malam. Jadi, terpaksalah kita beli satay pada malam sebelum majlis, simpan dalam peti ais kat rumah then panaskan semula keesokan paginya kan.. mmmm cam tak fresh jer nak bawa ke majlis kan..

Tapi, kat kedai ni.. kalau nak beli pagi.. bagitau awal-awal .. nanti dia akan bakar pagi dan kita datang ambik pada waktu yang kita nak tu.. haaa kan baru fresh satay tu.. panas dan lembut lagi.. best tak?
Oh ya.. ambik di rumah tokey kat belakang shell bukit setongkol tu jer

Haa.. jadi jangan lupa tempah kat sini kalau nak buat majlis tau

p/s...promote free jer ni hehee

Bintang..??

Satay:
5 bintang

Kuah:
5 bintang

Layanan:
5 bintang

(Aku janji kul 11 pagi nak datang, 10.50 dia dah kol bagitau peta rumah dia kat mana.. terbaikla.. Masa order waktu malam tu pun dilayannya padahal dah nak tengah malam masa tu.. Sian dia, mesti nak rehat malam-malam masa tu.. terima kasih ye tokey)

sorry, tak sempat ambik gambar satay aritu.. 

So.. apa lagi.. tempah sekarang! Makan kat kedai pun boleh

Tuesday, September 2, 2014

Nombor telefon Satay Zul Kuantan

Haa tajuk entry kemain lagi kan.. nombor telefon terus ekekeke
sebabbb
susah sangat nak cari nombor telefon ni kat gugel..

Kadang, ada tetamu nak datang, barulah aku teraba-raba cari nombor telefon satay zul ni. Senang tempah sini, call jer, bagitau nama, pukul berapa nak datang. Lagipun, satay zul ni dekat jer dengan rumah aku kat beserah ni, 10 minit jer dah sampai sini.

Ok jom tengok gambar dulu

Satay zul dah buka kaunter take away baru.. cantik dan bersih jer kan

Ni gambar kedai dari luar. 

Selain satay ada juga nasi lemak RM5.00, mee bakso RM5.00, nasi dagang RM5.00 dan lain-lain

Jom tengok tempat diorang bakar satay ni
Ada 3 orang pekerja yang jaga setiap tempat satay ni.





Antara menu :
satay ayam RM0.80/cucuk
satay daging : RM0.90/cucuk
satay kambing : RM1.20/cucuk
Satay rusa : RM1.80/cucuk
satay arnab: RM1.40/cucuk
satay perut : RM0.70/cucuk
satay hati : RM1.00/cucuk
satay ikan : RM0.40/cucuk
( harga sehingga Ogos 2014)

Untuk tempahan:
call:
09-5687859
012-9470111

Waktu operasi: 5.30 pm - 12.30 am

Bintang untuk satay zul famaous ni?

Satay:
5 bintang 
(sedap dan besar)

Kuah:
5 bintang
(pekat dan sedap)

Kebersihan :
4.5 bintang

Jommmmm makan di sini!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini