Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, September 5, 2014

Amna dah naik quran

25 Ogos 2014, balik sekolah , Amna bagitau..

Ibu... amna dah tamat qiraati 3 arini
Iye ker? Jadi esok baca quran besar la kan.
A ahh.. ustazah kata gitulah
Alhamdulillah, tahniah sayang!

Wahhh terus peluk amna.. tak sangka cepat betul dia dah naik quran. Amna mengaji quran di sekolah KAFA Balai Polis Tok Sira Kuantan. Kat sini tak pakai buku Iqra' 1-5, tapi guna buku Qiraati 1-3. Buku dia macam lagi susah sebab padat compared dengan Iqra'. Iqra' ada dari Iqra'1 hingga Iqra 5. Tapi Qiraati ada 1 hingga 3 jer. Tu yang macam aku rasa lambat sket amna akan naik quran sebab susah. Masa tadika dulu dia baca Iqra', masuk KAFA baca Qiraati pulak. Selalu juga tanya, baca sampai mana mana kan.. memang cepat jugala tamat Qiraati 1 & 2 tu.. alhamdulillah.. 

So, esoknya terus ke kedai Hamid Bross cari Quran. Amna kata nak kaler pink.. haha.. kaler feveret kan. Tapi takde pulak. Beli yang kaler oren, sama macam kereta abah kataku. Harga RM20.


So, untuk ingatan dan kata semangat, aku suruh daddy tulis ucapan sket ..

Mmmm.. tak sangka pulak kakak jeles sebab aku tak tulis apa-apa ucapan pun dalam Quran dia dulu. Huuu sorry sayang.. terkadang terasa aku sangat bias pada kakak. Kalau untuk amna jer, mesti special aku buatkan.. ishh ishh tak boleh macam ni.. kena tukar lenkali.. baik!

Dan.. terasa macam baru lagi tipon bonda aritu bagitau perkara yang sama

Ma.. Hasya dan tamat quran kecik. Esok naik quran besar dah.
Ye ker.. alhamdulillah! Kalau dulu-dulu orang buat nasi kunyit, tanda syukur bagi kat tok guru.. tapi sekarang tak taulah camne..

heheee.. tu 2 tahun lepas masa kakakk darjah 1.
Baru ni pun telefon bagitau benda yang sama juga kat bonda.. cuma suruh amna bagitau sendiri kat tokma kali ni..

Mmmmm... alhamdulillah.. pandai anak ibu abah!

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini