Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, September 26, 2014

Bercanda di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson

Tarikh : 12-13 September 2014

Ini kali ke-2 kami dipelawa bercuti di sini. Pertama kali pergi masa preggy Durrah Khayla, 3rd princess, tahun 2011. Lepas hantar correction tesis siap bind hard cover bagai, terus merdeka kat sini.

Perasaan??
Wahhhh... masa first time sampai sini dulu........ terus jatuh cinta! Rasanya nilah tempat yang paling cantik dan best untuk bersantai bersama family. Nanti aku bagitau kenapa..

This is our happy faces..semua enjoy walaupun masa ni dah nak cekout. 

This is my family with four beautiful princess.. ehh lima lah.. hihi

and this is de pengajur acara, my twin with his four hensem guys!

Ni aku snap view dari depan resort.. ambik dari dalam kete jer

Kenapa aku suka sangat tempat ni?

Ohooooo 
First : View resort dia yangggg sangattttt cantik, sedap mata aku memandang... sentiasa segar dan bercahaya harapanku

See.. here is our room.,(yang kaler biru belah kiri)
Kami menginap di bilik bawah.. ada 2 bilik, dapur, bilik air, ruang tamu and balcony.
Rumah atas untuk visitor lain

Ni pulak view dari balcony resort. boleh nampak view rumah-rumah biru ala-ala obersea dan pool. 
Juga view pokok kelapa yang sangat-sangat mencantikkan view kat sini.
Gambar rumah kat atas ni ada beberapa jenis rasenya.
Rumah yang kami stay - 2 tingkat
Rumah kat atas belah kiri - 1.5 tingkat
Rumah kat tengah 2.5 tingkat (ni rumah kami duduk dulu. Bawah untuk visitor lain, kami duduk kat atas 1.5 tingkat)

Dari balcony rumah kami juga boleh nampak jambatan kayu cantik ni.. see.. my lil ajmal and bro adam sedang menikmati view di pagi hari.. Masa ni dalam pukul 7 pagi kut.. sangat fresh persekitarannya..

Lagi gambar.. dalam kolam tu, adalaa ikan.. tapi yang kurang gemarnya... terdapat juga spesis biawak yang sangat besarrrrrrrrr kat situ.. eee mencacatkan view .. tak tau apa motif haiwan tu , dipelihara or terpelihara.. Kalau dipelihara, rasanya better dinyahtoksinkan terus dari kolam tu.. eeeee geli kooo

Hubby sedang berehat bersama princess Dhia. kat belakang tu adalah resort kami.. dekat kan dengan kolam, senang nak monitor kids mandi dalam kolam tu

Kakak dan amna.. haaaa mandi kan mandi,kan mandi sakan

Princess Durrah pun mandi kolam sakan. Pagar tu penghalang pool untuk dewasa dan kanak-kanak

Ni antara kemudahan yang disediakan sekitar kolam .. tempat rehat

Bangku rehat

Ok, ni view untuk pool dewasa yang besar dan pool kanak-kanak (sebelah pagar). Sape-sape yang dapat rumah kat situ paling best sebab senang nak pergi mandi kolam.. tapi maybe akan kurang privacy 

Overall.. Sangat berpuas hati untuk view yang sangat indah di sini. Kami ke sini pun memang bercanda di resort semata. Plan nak tengok sunset dan bbq tak jadi sebab lebih seronok menikmati kecantikan pemandangan dalam resort ni.

Berapa ringgit semalam?
RM54/nigt untuk rumah bawah, 2 bilik beserta dapur.. 
OPSSSS tapi tu harga untuk staff yer.. kalau normal price boleh klick disini.. mahal jugaklah rasenya...tempat cantik kan

Berapa bintang nak bagi?

Environment
10 bintang

Kebersihan 
9 bintang

Keselamatan
7 bintang
(besi-besi keliling kolam banyak dah reput, tanggal dan karat. My lil Ajmal hampir luka tersadung besi sekitar kolam tu.. Needs improvement di sini)

Resort (interior dalam rumah)
9 bintang

Tapi.. agak kecewa dengan kebersihan bilik air yang... mmmm... boleh bagi 2 bintang je kut.. juga perlu banyak improvement kat sini.

Ohhhh... memang we are trully in love dengan resort ni.. maklumlah nak pergi obersea tak taulah bila kan.. jadi, dapat resort gini pun dah rasa best teramat.

Tqvm untuk penaja utama.. moga dimurahkan rezeki dan diberi peluang ke sana lagi bersama-sama ya aa auuuuuuu!!



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini