Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, September 4, 2014

Game baru di Taman Teruntum Kuantan

Pernah tengok tak game gedabak ni?

Haa bapak besoo kann.. aku pun tak tau ada game ni kat sini. Kebetulan bawa addinies ke sini lepas hantar kakak buat latihan Kalam Jamaie kat sekolah Assunta last week..

Biasanya kalau ke sini untuk main buaian  sebab buai dia rendah dan banyak .. tapi pergi kali ni, cuma ada 2 buai jer.. frustla jugak kan.


terpaksala gilir-gilir naik



Pastu main panjat-panjat kat sini


Pastu baru pergi semula tengok game yang pelik ni.  Tapak game ni dulu rasenya tempat orang main kuda. Now ganti dengan benda baru ni.. ok jugak



Masa ni takde orang lagi. Dalam pukul 9.30 pagi. Aku suh addinies main tolak pelampung tayar atas air tu.. wahhh seronok sangat diorang!!

Ada 3 tayar ni. Berlanggar-langgar kena tolak.. 

Pastu kat pukul 10 tuan kedai pun datang. Masa ni dah ada 2-3 family datang nak main. Terus tqnya bayaran..

RM6 ringgit seorang. 
Boleh main dari pagi hingga petang..
Murahnya kann!! 
Dulu pernah main bola besar atas air kat fraser..nanti citer semula yang tu, fees dalam RM15 untuk 15-20 minit kut..  tak ingat sangat.. tp best yang ni lagi rasenya

Pastu dia keluarkan sebiji pelampung tu ke luar.. ishh pelik aku masa ni.. kenapa pulak dahh nii


Dibawa ke padang rumput

Haa besarkann!! Rupanya 2biji pelampung di letak kat atas padang.. maybe untuk main kat sinila.

So tinggal sebiji je atas kolam. Elok juga tu.. baru luas nak golekkan pelampung atas air tu kan

Then..ada satu family dah masuk dalam ni.. bergolek-golek diorang main. Amna  & Durrah dah mula nak ajak main skali.. tapi manalaa aku boleh handle dengan Dhia lagi kan. Lagipun kolam tu agak dalam juga untuk diorang ni..

Terus pujuk..
Lenkali kita datang dengan abah baru boleh main. Arini abah keje


Ada budak-budak dalam pelampung tu..

Sian dia.. minggu ni kita datang main ngan kakak yer. 

1 comment:

eynda said...

Menarik pelampung tu... jarang nampak..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini