Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, September 4, 2014

Kedai Nasi Minyak Eda Yasin, Tanjung Api, Kuantan

Lokasi : Tanjung Api

Kedai ni dekat jer dengan opis..selalu lah lalu kat sini.. tengok orang penuh sokmo.. kadang tu siap beratur. Alahai.. malasnya nak masuk sebab ramai orang kan. Parking pun susah.
Tapi, walaupun orang ramai dan parking sentiasa penuh, orang tetap ramai. Tak pernah putus rasanya. Jadi, satu hari aku dan kekawan pakat gi serang kedai ni sekali.. tapi bukan waktu kemuncakla.. waktu dalam dah kul 10 lebih camtu.

Haa.. kawan aku sorang ni dapat parking kat depan kedai lagi.. specel betul..
Nampak signboard kedai Eda Yasin tu kan.. ha tu lah kedainya

Aku terai nasi dagang. RM3.50 jer. Wahhh memang sedap sangat!! Nasi banyak, ikan banyak dan kuah pekat gitu!! thumbs up betul!! Murah pulak tu


Antara menu lain..Laksa, laksam, mehun, nasi minyak, nasi kerabu


Senarai menu lain: nasi lemak kukus, solok lada, begedil ikan, sambal sotong


My fren try yang ni
Rojak Betik (t'ganu kite)

Makan dengan kuah dia.. sedap!!

Wahh rupanya JJCM TV3 pernah datang sini.. memang layak benarlah tu ..molek bebenor kata orang kan!! Sedap dan banyak pilihan

Ada juga menu telur ayam kampung separuh masak

Oh ye, aku makan nasi dagang kat sini rege RM3.50. Ok dan tersangat murah. Tapi milo ais RM2.50 pulak.. mmmm rasa cam mahal jer kan harga air compare dengan makanan kan kannn?

Kesimpulan : 
Memang sedap, sekali datang pasti datang berkali-kali lagi :)

Waktu operasi:
7.30 am - 1.00 pm (tutup Isnin)

Untuk tempahan:
call : 012-9002858
email : edanasiminyak@yahoo.com

Jom kasi bintang:

Makanan:
5++ bintang!!

Pilihan makanan:
Makan sampai puas.. banyak teramat!

Kebersihan:
4.5 bintang

Environment:
4.5 bintang
(biasala.. standard kedai kopi kat kampung kan.. sesuai dah tu)

Layanan:
Layanan kedai: 4.5 bintang
layanan telefon : 3.5 bintang 
(mmmmm... sebab si penjawab telefon tu kurang ramah mesra, salam pun tak bagi dan agak kasar bahasa masa aku tempah makanan... ala-ala cam nada sinis dan marah-marah gitu... Maybe kena tingkatkan layanan di telefon lain kali)

Recommended:
5 bintang.. !!



2 comments:

HanS Einnim said...

Makcik,, mintak alamat bulehh???

Engku Artini said...

Hai Hans.. alamat penuh tak pasti tapi lokasi tau. Kt sebelah Kolej IKIP dekat taman Gelora
Silalah datang cuba

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini