Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, September 3, 2014

Tempat tempah satay sedap dan murah di Kuantan

Serai Satay, Bukit Setongkol

Kami buat tempahan satay 2 hari sebelum majlis. Kena booking awal sikitla,, takkan nak esok hari ni baru nak tempah kan. Kesian tukang masak nak cari bahan mentah lagi, pastu mestilah dia nak perap dulu kan..mmm jadi, kalau nak tempah, 2 hari sebelum kira boleh kut.

Harga satay: RM0.60 secucuk. 
Agak kecik saiznya compare dengan satay zul, tapi kira okla.. sebab dapat dalam kuantiti banyak. Barulah sesuai untuk dihidang pada tetamu ramai. Contohnya, bajet RM100 akan dapat 167 cucuk. Tapi kalau beli satay zul untuk bajet RM100 baru dapat 125 cucuk. Haa.. nanti tak cukup camne.. hehe.. Tapi, tak kisahla.. atas selera dan kemampuan masing-masing.

So, untuk tempahan, boleh ambil nombor telefon kat bawah. Aku mesej jer aritu, pun layanan istimewa diberikan. Mesej tengah malam beb, hehee pun dilayannya.. terima kasih ye tokey satay serai ni.

Sida : 013-9545527
Din : 019-9600189

Ni peta kedai.. 
Depan shell atau tunas manja bukit setongkol

Kelebihan tempah di sini:

1. Murah

2. Sedap yang amat

3. Dagingnya sangaaaaat lembut

4. Haaa ni sebab yang paling best sekali.. baca baik-baik ye..

Kat sini boleh tempah satay pada waktu pagi atau petang atau malam. Biasanya kalau ada majlis pagi, kita nak beli satay ni pada waktu pagi kan. Tapi mana ada kedai satay jual pada waktu pagi. Biasanya kedai satay akan start bakar satay pada waktu petang hingga malam. Jadi, terpaksalah kita beli satay pada malam sebelum majlis, simpan dalam peti ais kat rumah then panaskan semula keesokan paginya kan.. mmmm cam tak fresh jer nak bawa ke majlis kan..

Tapi, kat kedai ni.. kalau nak beli pagi.. bagitau awal-awal .. nanti dia akan bakar pagi dan kita datang ambik pada waktu yang kita nak tu.. haaa kan baru fresh satay tu.. panas dan lembut lagi.. best tak?
Oh ya.. ambik di rumah tokey kat belakang shell bukit setongkol tu jer

Haa.. jadi jangan lupa tempah kat sini kalau nak buat majlis tau

p/s...promote free jer ni hehee

Bintang..??

Satay:
5 bintang

Kuah:
5 bintang

Layanan:
5 bintang

(Aku janji kul 11 pagi nak datang, 10.50 dia dah kol bagitau peta rumah dia kat mana.. terbaikla.. Masa order waktu malam tu pun dilayannya padahal dah nak tengah malam masa tu.. Sian dia, mesti nak rehat malam-malam masa tu.. terima kasih ye tokey)

sorry, tak sempat ambik gambar satay aritu.. 

So.. apa lagi.. tempah sekarang! Makan kat kedai pun boleh

2 comments:

Dr Singa said...

kalau saya ke kuantan.. kita togeder-geder ya..
:)
makan sate

Engku Artini said...

Sure bleh! jom togeder2.. ajak dak kecik skali, leh join makan satay dgn dak besar saya hihi

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini