Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, October 28, 2014

Tangggungjawab sebagai Pensyarah

Pensyarah sama tugas seperti seorang guru. Jika guru menyambut Hari Guru, pensyarah tiada Hari Pensyarah.. Tak apa. bukan itu yang pensyarah harapkan. Ianya sekadar Hari Guru yang disambut besar-besaran dari peringkat sekolah ke peringkat kebangsaan untuk menghargai jasa guru. Betul.. tak dinafikan jasa guru sangat besar.. tak terbalas. Tapi, macam tadi..bukan penghargaan yang aku inginkan.

Aku bertugas sebagai pensyarah sejak tahun 2004.
(elehhh baru 10 tahun kut.. ada yang lagi lama dari tuh.. lagi hebat dari tu tau.)
Tapi bukan tu yang aku nak comparekan.
Ianya pasal harapan
pasal tanggungjawab yang terpaksa dipikul.

Hari ni keputusan periksa keluar
aku menjenguk .. jenguk ok sebab takut.!
Seriussss sangat takut !
Subjek?
Perakaunan Kewangan 2 FAR150
Bilangan student?
3 orang SAHAJA.
ellehhhh 3 JER ker?
yess 3 orang student repeaters hokey
salah seorang students tu telah repeat 2 kali.. yess 2 kali! Ok katakan namanya AABB
lagi 2 orang tu... haaa lagi hebat.. repeat untuk kali ke 3! Yer TIGA KALI! Yang ni aku bagi nama CCDD dan EEFF
so.. the masalah problemnya adalah...CCDD & EEFF repeat paper ni untuk kali ke-3.
MAKSUDNYA
kalau mereka fail juga paper ni untuk kali ke-3, mereka akan terus dikira TAMAT PENGAJIAN!
tak boleh repeat lagi.. tapi dikira DISMISS terus..
maksudnya kena say BYE BYE kat kolej terus walaupun dia score paper lain or dapat pointer 3+.

Nampak tak?
Tanggungjawab sape kat situ?
Apa aku nak jawab pada parents mereka..?
Macamana masa depan mereka?

Ianya bukan pasal KPI kau gagal dapat 100% pelajar lulus peperiksaan (Walaupun aku sangat kisah pasal tu?)

Takut berganda-ganda bila HOD ajak tengok result students bersama-sama..
Dup dapp dup dapp
Tiap malam aku doa tau
Tak perlu cemerlang.. cukuplah lulus untuk mereka..
Bantulah mereka.. Ya Allah.
Aku dah berusaha..

And..
dengan tabahnya aku intai result mereka.
HOD yang bacakan.
100 PERCENT LULUS Tini!

Wahhhhhhhh Alhamdulillah..Alhamdulillah
terlepas beban sudah.
Syukut mereka dapat meneruskan pengajian
Dapat meneruskan impian dan harapan keluarga mereka
Alhamdulillah!!

RESULT PENUH:
AABB : B-
CCDD : C
EEFF   : C

Nanti aku publish semula result diorang..


Monday, October 13, 2014

DIY : Buat buai gantung sendiri

Amacam.. ok tak buai buatan sendiri kami kat bawah ni..
tak kisah la apa pun.. yang penting jimat amat hohohoo!

Bahan:
Kayu.. guna lebihan kayu buat pondok aritu
Tali : yang dah ada kat rumah
Drill: dah ada (untuk tebuk lubang tali)
Cost: ZERO!! Lalaalaa :)


dah siap terus tak sabar nak main..

Ok ni caranya..
drill 4 lubang untuk masuk tali nanti pada kayu nanti. Kami tebuk 6 lubang sebab nak ikat tali kat tengah buai.. senang addini nak pegang buai


Masuk tali pada lubang tu..

then.. gantung jer pada pokok..


Taraa!! Dah boleh main hoyeyy!!

Peace...!!
Sengaja buat buai rendah supaya senang dhia & durrah naik. So far diorang naik sendiri jer. Kami.. tak naik buai.. tapi mmmmm

slurpppp makan coconut shake with aiskrim oreo homemade!! 

Duta aiskrim oreo..hahaa

Jemputlah datang main buai..
jom amin, amir, aqib, dhamirah, hakim lalaaaa

Opsssss dah dahh!!
jom siapkan ISO hahaaa... 

Friday, October 10, 2014

Cara buat aiskrim oreo sendiri

Semalam nampak resepi buat aiskrim ni kt fb.
Macam senang kan. Terus singgah TMG beli oreo, susu dan ovalette. 
Bahan lain dah ada kat rumah.

Kos (RM):
Susu full cream 5.99 (anggaran guna separuh je RM3.00)
Oreo 2.99
Ovalette 4.99 (guna 1 sudu je, anggaran kos 50 sen je)
Susu pekat setengah tin anggaran guna RM1.50

Total RM8.00

Ok.. campur semua bahan.. blend. Aku jadi mandur kali ni sebab princess sebuk nak buat aiskrem sendiri ..suka suka!

Bahan kat bawah ni dah siap blender dan oreo yang dah siap patah-patah

Pastu campur je bahan blender tu dalam bekas aiskrim isi oreo. Kacau sebati. Aku tabur choclate rice kat atas bagi lawa haha
Peacee tangan 2 orang pembantu aku hahaa

Pastu.. tak boleh makan terus. Kena bekukan dulu dalam peti ais.

Pagi ni... gigih semua orang pepagi makan aiskrem oreo,
Hurmmm... sedap! Princess Dhia pun berebut nak makan aiskrim walaupun sejuk. 
Cubalah.. senang sangat tau!

p/s... Kos RM8 dah boleh beli aiskrim ready made kat kedai.. ye betul! Kenapa perlu susah-susah beli bahan, blend, bekukan bagai kan.. Tapi, ianya takkan sama dengan your feeling makan aiskrim yang dibuat sendiri lagi-lagi kalau anak sendiri yang buat. Memang thumbs up!!  

Try & feel it your self  first ! :)



Thursday, October 9, 2014

Kesan kenaikan minyak 20 sen JER

Tarikh kenaikan minyak : 2 Oktober 2014
Berapa banyak naik? : 20 sen JERRR

Kesan kenaikan:

1. Harga makanan naik melonjak-lonjak. 

Tadi baru gi lunch kat warong depan opis. Tengok harga baru terus dia tulis dengan marker hitam.
Majoriti semua makanan naik harga 50 sen. Air belum naik. 
Mmmmmmmm.... minyak naik 20 sen JER, tapi kenapa makanan naik 50 sen?

2. Harga NGV set naik mencungap-cungap

Akibat kenaikan harga minyak sebelum ni, kami bercadang nak pasang NGV kat kereta wira. Senang dah save bajet minyak petrol sebab hubby berulang-alik dari Kemaman-Kuantan tiap hari. Jarak perjalanan 120 km pergi balik. Lagipun di Kemaman ada stesen NGV. Senang dan sangat jimat pikir kami. So, kami dah call pada bulan September. 
Harga : RM2,800
Jenis : NGV sequential (yang auto tukar gas-petrol kalau gas dah habis dalam tangki)

Tapi, plan tangguh jap sebab nak settle tukar enjin dekat geran dulu. Mmmm... tak tau pulak kerajaan tiba-tiba nak naik petrol kan, jadi kami decide nak tukar NGV lepas raya haji. Tapi, dah tup-tup kerajaan buat penjimatan terbaik untuk negara...billlion-billion jimat katanye (kononnnn), so kami call semula untuk cornfirm order NGV. Nak tau berapa harga baru?

Kedai di Kuantan:
Harga sebelum minyak naik : RM2,800
Harga selepas minyak naik 20 sen jer : RM3,800

Kedai di Kajang:
Sebelum : RM2,750
Selepas : RM4,000

Well, minyak naik 20 sen jer kan,,tapi,... kenapa naik sampai 1k+?

3. Kos perjalanan meningkat

Biasa balik dari Kuantan-K.Terengganu - Kuantan cuma perlu isi minyak dalam RM100 gitu jer. Tapi kali ni, cornfirm tak cukup . Perlu isi semula RM30 ringgit masa perjalanan balik.

Sebelum : RM100
Selepas : RM130

Kenapa?
Walaupun minyak naik 20 sen jer, tapi kita bukannya isi minyak untuk 1 liter jer. 

Well, itu yang terbaik untuk negara jer ker? Adakah ianya terbaik untuk rakyat juga?


Wednesday, October 8, 2014

Harga buai rotan gantung

Tarikh survey: 6 Oktober 2014
Lokasi kedai : Pulau Kerengga, Marang Terengganu

Ada 2 jenis buai.. ni gambar dari pakcik gugel.. tapi lebih kurang camnila..

Jenis A

Jenis B 

Harga tepek : RM350
Harga lepas diskaun : RM300

Mmmmm macam mahal ke murah eh..?? 

Keputusan senat: cancel !

p/s.. gantung buai tayar lagi best kannn amin

Friday, October 3, 2014

Update blog guna blogaway instead of chrome

Nice kan poto ni

Try update guna blogaway.. sbb tak boleh update guna google chrome (opreration time out)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini