Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, October 10, 2014

Cara buat aiskrim oreo sendiri

Semalam nampak resepi buat aiskrim ni kt fb.
Macam senang kan. Terus singgah TMG beli oreo, susu dan ovalette. 
Bahan lain dah ada kat rumah.

Kos (RM):
Susu full cream 5.99 (anggaran guna separuh je RM3.00)
Oreo 2.99
Ovalette 4.99 (guna 1 sudu je, anggaran kos 50 sen je)
Susu pekat setengah tin anggaran guna RM1.50

Total RM8.00

Ok.. campur semua bahan.. blend. Aku jadi mandur kali ni sebab princess sebuk nak buat aiskrem sendiri ..suka suka!

Bahan kat bawah ni dah siap blender dan oreo yang dah siap patah-patah

Pastu campur je bahan blender tu dalam bekas aiskrim isi oreo. Kacau sebati. Aku tabur choclate rice kat atas bagi lawa haha
Peacee tangan 2 orang pembantu aku hahaa

Pastu.. tak boleh makan terus. Kena bekukan dulu dalam peti ais.

Pagi ni... gigih semua orang pepagi makan aiskrem oreo,
Hurmmm... sedap! Princess Dhia pun berebut nak makan aiskrim walaupun sejuk. 
Cubalah.. senang sangat tau!

p/s... Kos RM8 dah boleh beli aiskrim ready made kat kedai.. ye betul! Kenapa perlu susah-susah beli bahan, blend, bekukan bagai kan.. Tapi, ianya takkan sama dengan your feeling makan aiskrim yang dibuat sendiri lagi-lagi kalau anak sendiri yang buat. Memang thumbs up!!  

Try & feel it your self  first ! :)



3 comments:

pamela said...

Kann... feeling buat sendiri tu yg syiokkk..
Wahh...nk terai jugak la.. mcm sng jek

Min Aina Ila Aina said...

sedapnyee...mujur tengah batuk.hehe

http://minaina-ilaaina.blogspot.com/

Engku Artini said...

K Pam.. teraila.. mesti afiq suka :)

min.. dah baik batuk nanti boleh try buat ye.. :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini