Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, October 9, 2014

Kesan kenaikan minyak 20 sen JER

Tarikh kenaikan minyak : 2 Oktober 2014
Berapa banyak naik? : 20 sen JERRR

Kesan kenaikan:

1. Harga makanan naik melonjak-lonjak. 

Tadi baru gi lunch kat warong depan opis. Tengok harga baru terus dia tulis dengan marker hitam.
Majoriti semua makanan naik harga 50 sen. Air belum naik. 
Mmmmmmmm.... minyak naik 20 sen JER, tapi kenapa makanan naik 50 sen?

2. Harga NGV set naik mencungap-cungap

Akibat kenaikan harga minyak sebelum ni, kami bercadang nak pasang NGV kat kereta wira. Senang dah save bajet minyak petrol sebab hubby berulang-alik dari Kemaman-Kuantan tiap hari. Jarak perjalanan 120 km pergi balik. Lagipun di Kemaman ada stesen NGV. Senang dan sangat jimat pikir kami. So, kami dah call pada bulan September. 
Harga : RM2,800
Jenis : NGV sequential (yang auto tukar gas-petrol kalau gas dah habis dalam tangki)

Tapi, plan tangguh jap sebab nak settle tukar enjin dekat geran dulu. Mmmm... tak tau pulak kerajaan tiba-tiba nak naik petrol kan, jadi kami decide nak tukar NGV lepas raya haji. Tapi, dah tup-tup kerajaan buat penjimatan terbaik untuk negara...billlion-billion jimat katanye (kononnnn), so kami call semula untuk cornfirm order NGV. Nak tau berapa harga baru?

Kedai di Kuantan:
Harga sebelum minyak naik : RM2,800
Harga selepas minyak naik 20 sen jer : RM3,800

Kedai di Kajang:
Sebelum : RM2,750
Selepas : RM4,000

Well, minyak naik 20 sen jer kan,,tapi,... kenapa naik sampai 1k+?

3. Kos perjalanan meningkat

Biasa balik dari Kuantan-K.Terengganu - Kuantan cuma perlu isi minyak dalam RM100 gitu jer. Tapi kali ni, cornfirm tak cukup . Perlu isi semula RM30 ringgit masa perjalanan balik.

Sebelum : RM100
Selepas : RM130

Kenapa?
Walaupun minyak naik 20 sen jer, tapi kita bukannya isi minyak untuk 1 liter jer. 

Well, itu yang terbaik untuk negara jer ker? Adakah ianya terbaik untuk rakyat juga?


2 comments:

Mohd Azhar Ahmad said...

as salam... bleh bgtau kt mne kedai pasang NGV dkt area Kuantan ni?

Engku Artini said...

sory lambat reply.
kedai tu area shell kt depan shahputra

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini