Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, November 29, 2014

Anugerah peperiksaan akhir tahun 2014

1. Sekolah KAFA Berek Polis Alor Akar Kuantan

Alhamdulillah.. my girsl Hasya Addini masih menyandang juara bertahan. No.1 dari darjah 1 hingga 3 sekarang. 

Hari anugerah baru ni, dapat 6 piala.. 
1 piala untuk dapat no.1
5 piala untuk 5 subjek terbaik

My Amna Addini juga alhamdulillah dapat no.1. 
Dapat 2 piala jer.. 
1 untuk no 1
1 lagi untuk subjek cemerlang

Opss saya ibu...?
:) InsyaAllah nanti baby Durrah pun belajar rajin-rajin nanti dapat hadiah macam kakak ye..

6 kali kakak naik pentas ambik hadiah. haha

Amna naik 2 kali

2. Sek Keb Assunta Convent, Kuantan

Amna dapat no.3 dan dapat hadiah galakan menabung dari Ambank



Kakak pun dapat no.3 dan terbaik mata pelajaran pendidikan Islam

Kakak buat persembahan Kalam Jamaie masa hari anugerah tu. Kakak berdiri kat belakang sekali, kiri sekali
Persembahan ni menang peringkat daerah Kuantan dan dapat hadiah saguhati semasa peringkat negeri Pahang. Ok lah tu.. 

Sempat selfie sekali.. haha.. Durrah dan Dhia tak datang. Durrah terkejut tengok gambar ni..
"Eh.. kenapa ibu abah tak ajah abby pergi sekolah kakak skali..?".. marah dia.. heheee

Ok.. ni result penuh diorang untuk ingatan kami kelak. Aku tepek dari darjah 1 untuk kakak untuk ingatan aku... yang dulu tak pernah save kat blog lagi rasenya

KAFA- Hasya Addini masa darjah 1

KAFA Hasya Addini masa darjah 2

KAFA Hasya Addini masa darjah 3

KAFA Amna Addini Darjah 1

Tahniah anak-anak ibu & abah. Teruskan berjaya dan menjadi anak yang berjaya dunia & Akhirat.. Amin

Friday, November 28, 2014

Design bantal sendiri (Pillow felt craft)

Tema bantal : Olaf

Birthday our twin princess kali ni, kami plan nak bagi bantal istimewa. Istimewa sebab nak design sendiri dan tempah dengan my ex-student aka ex-mentee .. Syikin

Ni dia bantal yang dah siap tu.. cantik tak si olaf ? hahaa

Sebenarnya aku tak design pun.. hihi.. mane reti kan.. tangan keras
Aku cuma bagitau jer ciri-ciri bantal yang aku nak

1. Tema :olaf
2. Ofkos tema kaler: pink
3. Tulisan : Durrah Khayla is 3! dan Amna Addini is 7!
4. Bentuk bantal: bentuk segi empat tepat
(yang ni aku request sebab biasanya aku tengok bantal yang orang tempah yang segiempat sama tu.. sesuai untuk buat hiasan jer. Jadi kalau boleh aku nak bantal yang saiz bantal tidur, bentuk segi empat tepat. Nanti senang diorang buat tidur depan tv terus.. baru berbaloi beli..hehee)

Aku start tanya-tanya pasal bantal ni masa bulan Julai. Padahal both birthday pada 20 Oktober (kembar tahun lain-lain hehe). Tapi rupenya, Syikin cakap bagusla tempah awal, senang dia nak design nak buat.. takdelah rushing sangat.). Aku pun ok kan jer lah.  terpulanglah camne dia nak design tu kan.. InshaAllah aku percaya kreativiti syikin ni memang bagus!

Awal September dah siap dah.. haha cepat kan. Aku nak 20 Oktober nanti. Jadinya, aku suruh dia hold dulu. Kang kalau dia pos awal-awal kut kantoi dengan addinies tak best la pulak hihi.. Awal Oktober baru aku suruh dia pos. Dan.. hasilnya.


Tadaaa... cantik kan! Puas hati sangat.. 

So,, apa lagi, tempah cepat-cepat..  Ni FB Syikin : Nur Asyiqin Dzulkifli

Antara contoh pillow felt yang syikin pernah buat..cantik kan!

Oh ye.. harga..? 
Untuk bantal segi empat sama : Harga RM25/piece
Kalau beli 2 dapat lagi murah ..

Bantal segi empat tepat yang aku tempah : RM50 untuk 2 bantal
Kalau beli 1 maybe harga mahal sket..


Thursday, November 27, 2014

Sayonara my Pinky Kancil..

Date : 22 November 2014

9 tahun bercinta.. akhirnya putus sudah kasih sayang kami

Tahun beli : 2006 warna putih

Happynyer puteri addinis main kancil yee

Kancil ni dah lama tersadai.. demam tak baik-baik, jadi terpaksalah hantar workshop naik kren
Upah kren dari rumah kami di Batu Hitam ke Balok RM50. Sebelum ni pernah juga naik kren dari Maybank Beserah ke Balok RM80, dan dari MRSM Kuantan ke Balok RM100.

Setelah dah siap makan ubat, cucuk sana sini.. alhamdulillah si kancil ni pun sihat walafiat. Rupanya enjin dah masuk air.. Penuh air dalam enjin.. dah karat sikit-sikit dah.. Setelah cuci karat, tukar piston, tukar entah apa-apa lagi.. maka sihat lah dia.. Melayang laa RM800..fuuuhhhh,,,berpeluh dahi kome. Pomen pulak tanya kut-kut nak jual sebab ada buyer cari kancil katanya. Kami pun.. setelah berbincang sana sini, pikir pro & con, yang penting taknak kena naik kren lagi dah pasni... dengan sedihnya decide..

Yesss.. ready for sale!

Mmmmm what to say.. life must go on.. Kereta ni jarang rosaknya. Ekon elok, tayar sport rim, enjin dah pernah overhaul .. tapi kadang-kadang bila datang sakitnya... haaa tu yang terus rasa cam nak jual..

Kat workshop. tunggu buyer datang.
 (Addinis pakai baju sekolah agama sebab baru balik dari Hari Anugerah kat sekolah)

Dengan kancil ni lah dulu aku ronda-ronda pergi kerja dengan Hasya.. masa tu panggil dia baby lagi. Then Amna joint the club, pastu Durrah si princess then last Dhia si comel kami. Hahaaa.. kadang-kadang kami enjoy jer naik kete kecik berenam pusing-pusing bandar... Best, sebab kecik... senang merempit dan off kosss senang parking! Tu yang aku suka sangat bawa kancil ni.. boleh selit parking kat mana-mana jer.. hehee

Dengan kancil ni lah juga aku pernah bawa gi kursus kat KL beberapa kali. Oh ye.. kancil ni juga pernah bawa aku gi interview Master kat Shah Alam tahun 2008 dengan Busu.. Lepas tu, pernah la bawa kancil ni 2-3 ke Shah Alam, hantar tesis, pergi kelas.. tapi ke Klang (rumah sewa arwah kakak tempat aku tumpang tinggal selama 2 semester PJJ belajar wekend) tak pernah la pulak sampai. Balik kampung Chemomoi pun pernah, ke Manir tak pernah rasenya.. tak ingat pulak

Yang penting, banyak nostalgia aku dengan kereta ni.. Dalam kereta ni lah dulu Baby (Hasya) cerita kat aku dulu yang dia ada 9 cita-cita..haahhh banyak kan.. hahaa. Masa tu ada banyak masa dengan Baby.. segala-galanya Hasya jer. So, banyaklah masa kami bercerita, menyanyi, berdiskusi (kononnn) kat sini... seronoknyer kalau ingat balik

Banyaknyer kenangan si pinky ni.huuuuu

Sementara tunggu buyer datang, kami bagi addinis main puas-puas. Berangan jadi driverlah.. asyik vrooommm vrommmm jer princess durrah hahaa

Dah puas main kat dalam, main kat luar pulak..

Then, tak lama kemudian.. datangla mereka.. yang akan memisahkan kasih sayang kami.. 
Sebelum ni pernah diskus dan pernah jumpa dah dekat bank untuk selesaikan hal kereta ni.
Pembeli ni sebenarnya adalah pelajar kolej aku..ohoohooo... mmmm takde rasa sedih sangat sebab akan satu kolej lagi dengan my Pinky ni.. hehee Cuma.. maybe tak akan selalu ke kolej sebab dia akan start dengan praktikal lepas ni. Takpe, think positif, dia tetap akan ke Kolej one fine day nanti... hahaaa (dengan harapan dapat tengok atap pun jadilah.. hahaaa macam orang bercinta kan kunun2)

Ohooo... will be miss u darling..!

Bye bye.. Sayonara..

Jom makan pizza.. (untuk hiburkan hati...la laa laaa)

Wednesday, November 19, 2014

Bersinarlah mentari!

Dah beberapa hari hujan non stop di Kuantan. Ramalan cuaca kata hujan berterusan minggu ni diikuti air pasang. Arghh..agak menakutkan bagi kami yang melalui bencana besar di Kuantan tahun lepas. Masih berbekas dan berframe lagi cerita ngeri tu tau.. errr

Walaupun kami mendapat tuntutan insurans banjir yang besar.. ,(memang lebat hingga kami dapat on kan projek kabin kami guna duit insurans), dapat sumbangan istimewa dari majikan yang juga agak lebat nilainya...Alhamdulillah, harapnya setakat tu je lah rezki banjir yang kami dapat.

Ehh.. kalau banjir lagi nanti dapat durian runtuh lagi tau....

Ohooooo ... no noo.. ianya bukan durian yang istimewa. Bukan durian macam tu yang kami nakkan.. begitu juga seluruh mangsa banjir tahun lepas. Bukan itu yang merek nak..

Kami lebih rela tak dapat apa-apa dari menukarkannya kepada bencaa musibah banjir yang perit dan ngeri tu. Tak perlulah durian runtuh lagi. Cukuplah sekadar rezeki yang sedia ada ini kini.. moga peningkatannya sekata.. selari dengan peningkatan kerja dan usaha yang dilakukan. Itu jer lebih dari bersyukur untuk kami..

Kami mendoakan agar kami dijauhkan dari bala bencana banjir dan perkara yang tidak diingini. Lindungilah kami semua..

Alhamdulillah..hari ni.. hujan dah berhenti. Mentari perlahan-lahan menunjukkan sinarnya.. berseri... seperti hatiku yang berseri -seri menerima kunjungannya..

Teruslah bersinar mentari! Kami menantikan kehadiranmu...

Wednesday, November 5, 2014

Singgah di Air Terjun Berbisik Cameron Highland

Tarikh : 25 oktober 2014

Masa on the way naik Cameron, (tk sempat cerita kisah naik, terus kisah turun hihi ) kami terlepas tempat ni. Sign board tak berapa jelas dan hanya ada 1 sign board sebelum sampai sini. Jadi masa otw turun, kami terus singgah. 

Kalau dari Raub, air terjun ni terletak kat corner belah kanan, sebelum pit stop tea bharat. 

Apa yang menarik..?
Mestilah air terjunnya.. pernah baca review pasal air terjun ni. Katanya macam berbisik jer bunyinyer.. ye ker eh? Jom kita tengok.

Belakang kids tu laah air terjunnya.. tak lebat sangat.. slow motion jer airnyee

tempat ni macam tengah nak renovate kut. Penuh dengan tiang besi cacak sana sini. Bahaya untuk kids. Pagar safety pun takde. Harapnyer ada penambahbaikan lepas ni.

Eh.. betul ke bunyi berbisik air terjun?
Mmmm betullll... macam orang berbisik jer tau. Dahla sejuk kat sini. Kalau ada tempat lepak mau aku santai pejam mata jap hehee.. tapi  nan ada..huu

kat belakang tu adalah hutan. Dalam kolam belakang tu banyak juga ikan koi.. 

Selain air terjun, ada sarang burung merpati dan merak juga. Masih baru rasenyer


Kat luar sebelum sampai air terjun, ada banyak pokok2 bunga di tanam. Aku geram tengok pokok capsicum ni.

yang merah tu capsicum. Untuk dijual

Overall: 
3.5 bintang

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini