Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, November 5, 2014

Singgah di Air Terjun Berbisik Cameron Highland

Tarikh : 25 oktober 2014

Masa on the way naik Cameron, (tk sempat cerita kisah naik, terus kisah turun hihi ) kami terlepas tempat ni. Sign board tak berapa jelas dan hanya ada 1 sign board sebelum sampai sini. Jadi masa otw turun, kami terus singgah. 

Kalau dari Raub, air terjun ni terletak kat corner belah kanan, sebelum pit stop tea bharat. 

Apa yang menarik..?
Mestilah air terjunnya.. pernah baca review pasal air terjun ni. Katanya macam berbisik jer bunyinyer.. ye ker eh? Jom kita tengok.

Belakang kids tu laah air terjunnya.. tak lebat sangat.. slow motion jer airnyee

tempat ni macam tengah nak renovate kut. Penuh dengan tiang besi cacak sana sini. Bahaya untuk kids. Pagar safety pun takde. Harapnyer ada penambahbaikan lepas ni.

Eh.. betul ke bunyi berbisik air terjun?
Mmmm betullll... macam orang berbisik jer tau. Dahla sejuk kat sini. Kalau ada tempat lepak mau aku santai pejam mata jap hehee.. tapi  nan ada..huu

kat belakang tu adalah hutan. Dalam kolam belakang tu banyak juga ikan koi.. 

Selain air terjun, ada sarang burung merpati dan merak juga. Masih baru rasenyer


Kat luar sebelum sampai air terjun, ada banyak pokok2 bunga di tanam. Aku geram tengok pokok capsicum ni.

yang merah tu capsicum. Untuk dijual

Overall: 
3.5 bintang

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini