Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, January 27, 2015

Betulke anak perempuan lebih manja pada si ayah?

~Moment tidur dalam dakapan si kecil adalah satu detik yang paling indah dalam kehidupan singkat ini~

Ianya berlaku beberapa kali dalam bulan ni.. bukan beberapa tapi acap kali berlaku.

Kisah Puteri Dhia Zaara

Biasanya tidur malamnya mesti bersama aku. Nyanyi-nyanyi sket, tepuk-tepuk, gosok belakang.. nanti tidolah dia..

Pastu dah makin besar.. penat main, dia minta susu.. baring depan tv, pastu sedar-sedar dia dah tertidur sendiri.. tak sempat nak dodoikan.. Masa ni dah mula rasa rindu nak tidur sama-sama dalam pelukan Dhia..

Lately ni, lain pula cara dia nak mengulit mimpi...yang buatkan aku mula tak lena tidur sebab cemburu.
Nak tidur mesti cari abah, mesti baring atas badan abah atau bawah ketiak abah. Abah tak perlu dodoikan, nyanyikan atau buat apa-apa. Abah cuma perlu jadi tilam empuk untuk Dhia. Ibu..? Dhia dah pandai tempis tangan ibu, tolak tangan ibu yang nak rasa pelukan Dhia.. sedihkan. Terasa macam kacang lupakan kulit huu

Tapi, Durrah Khayla pun begitu satu ketika dulu.. hingga kini pun camtulah. Abahlah tilam abahla golek . Samalah macam kisah Dhia Zaara ni.
Sampaikan kekadang aku selalu kata mereka ni dulu duduk dalam perut abah, bukan dalam perut ibu sambil tunjuk muncung itik sedepa atau dua depa panjangmya (kalau boleh)

Tapi kisah yang paling sedih adalah semalam. Biasanya Durrah Khayla juga akan tidur bawah ketiak wangi abah. Mesti. Kalau dia terjaga tengah malam mesti cari abah. Nak tidur mesti abah di sebelah. Ibu .. tak nak.. huuu sedihkan.

Semalam, abah tertidur awal kat sofa. Dhia dah mula book spot menarik kat sofa dengan abah. Durrah Khayla .. aku mula perasan, kiri kanan pusing.. gelisah jer.. kemudian terkelip-kelip mata dia pandang abah. Nak panggil abah dah tidur. Nak abah dodoikan, dah ada orang baru sebelah abah.. Sian aku tengok. Aku ajak dia tidur sama.. tak nak katanya..
Oh anak.. sanggupnya kan..

Tiap malam aku buat perjanjian dengan Dhia dan Durrah untuk tidur sama-sama.. Memang mereka berjanji.. tapi tak berkesampaian lagi.

Ibu akan terus berusaha nak.. ibu akan ubah persepsi kat atas..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini