Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, January 30, 2015

Faktor yang di ambil kira dalam tuntutan insuran banjir untuk rumah

December tahun lepas, aku ada tulis serba sedikit pasal cara buat tuntutan insurans banjir untuk rumah. (Klik sini). Maka, adala 2 orang yang menuntut janji-janji manis aku dalam entry tu pasal faktor yang di ambilkira masa claim insurans tu.. ampun maaf.. lambat reply, lambat respon. Tangan aku ni sebenarnya macam alergik keybord .. tengok blog boleh tapi time nak taip jer.. cam berat jer.. hihi.. ampunn...  ni aku sambung cite eh
 

Ok, first.. ni komen dari mereka yang bertanya.. terima kasih bertanya.. saya akan cuba tolong cerita setakat yang saya tau ye.

Jawapan soalan 2 dulu yek.. sebab senang
Jawapannya : In my case :Ya. 
Penilai yang datang nilai tu akan terus kira dalam borang dan dia akan tunjukkan anggaran tuntutan tersebut sebelum kita sign.
In my fren case.. dia tak bagi tau cuma suruh sign borang je. maybe faktor masa sebab nak pergi buat penilaian kat rumah lain pulak or maybe faktor lain saya tak tau ye.

Jawapan soalan 1 saya ringkaskan kat bawah ye..

Sebelum tu diingatkan beberapa perkara:
1. Ini adalah insurans bangunan rumah dan bukan insurans khas banjir. Lain ye..
2. Insurans ini cuma cover kerosakan ke atas bangunan rumah sahaja dan tidak termasuk kesosakan harta benda seperti perabut, pakaian, barang eletrik, kenderaan dan seangkatannya di rumah.
3. Pastikan cover note insurans anda ada menyatakan kerosakan yang akan ditanggung oleh pihak insurans termasuklah BANJIR.. (dalam cover note aku memang ada tulis ni)

Ok, ini faktor-faktor yang di ambilkira :

1. Ada tak plug di dinding yang rosak akibat banjir?
Rumah aku dulu banjir setakat sekaki je. Plug semua tinggi jadi takde lah yang rosak. So, takdelah penilaian yang dibuat ke atas plug ni.
Kalau ada, so dia akan kira dan masuk dalam borang. Yang ni aku tak sure berapa kadar dia untuk satu plug rosak ye.

2. Kos cuci rumah
Yang ni automatik dia akan bagi around RM200+ dalam borang. Rasenya tak kiralah rumah tu besar mane ke kecik mane ke, 2-3 tingkat ke, kos cuci rumah ni adalah fixed.

3. Ada tak laminate floor / lantai marble dalam rumah ni?

Ini gambar laminate floor rumah aku. Ni masa kerja mencuci akibat banjir.

Ni bukan lantai marble. Ni macam tikar getah tapi yang sekeping-sekeping saiz 1x1 kaki dan gam mati kat lantai. Lantai ni tak dikira dalam tuntutan ye. Tikar getah lagilah tidak dikira sebab tak melekat pada bangunan.

Ni lantai tile biasa. juga tak di kira dalam tuntutan tak kiralah sekotor dan setebal mane pun selut tu. Ikut pahaman akulah kan.. tile tu tak kan rosak sebab banjir walaupun dia dikira melekat pada bangunan rumah. Lainlah laminate floor memang akan kembang dan rosak sebab tenggelam dalam banjir.

Ok, ini contoh tile marble. Tile ni akan diambilkira sebab tile ni lain dari tile biasa kut dan juga akan rosak sebab banjir. (sumber gambar : google)

Ok.. dah paham kan jenis lantai yang di ambilkira untuk claim insurans kan. Now, jom kira:
Rumah aku ada 3 bilik yang laminate floor ni. Contoh gini:
Bilik 1 : 12 x 12 = 144
Bilik 2 : 12 x 10 = 120
Bilik 3 = 14 x 17 = 238
Total luas bilik = 502 kaki persegi

Setiap 1 kaki persegi ni ada nilai dia.. aku tak ingat berapa. tapi, around RM10 lebih kut sebab untuk lantai ni jer rumah aku dapat dalam RM5,000 lebih. Jadi kalau rate dia RM10 sekaki, claim aku dapat RM5,020 untuk lantai je. Hari tu pun dia kira luas bilik aku lebih besar dari ukuran sebenar..Lagipun takdelah beria dia kira guna pita ukur pun.. Janji lebih besar dari ukuran sebenar..aku kira ok kan je lah sambil senyum dalam hati hehee

Untuk lantai marble aku tak tau rate dia ye.,sebab rumah aku takde lantai ni

3. Ada tak sebarang perabut pasang siap yang melekap pada dinding bangunan rumah?

Maksudnya, built-in cabinet atau built-in kitchen cabinet.

Ni almari baju pasang siap. Untuk built-in cabinet ni, claim dikira ikut pintu. 
Pintu almari aku ni yang kena banjir 4 pintu. Gambar kat bawah ni ada 3 pintu.

Kat hujung tu ada lagi satu pintu. So total ada 4 pintu. 

Untuk kitchen cabinet pun sama. Ikut pintu. Gambar lama kabinet aku ni ada 5 pintu dengan L-shape design.. 
(hihi.. comel hasya masa ni.. amna pun masih baby lagi masa ni)

Lepas renovate dapur hari tu, kami dah tak jadikan dia L cabinet lagi tapi jadikan dia straight je. Jadi, ada satu ruang kat tengah tu belum buat pintu baru lagi. (sorry gambar lama masa KC tak siap lagi. Gambar KC dah siap dalam kamera pulak)
Jadi, boleh kira tak berapa pintu untuk KC aku ni?.... yeee betul 5 pintu saje. yang takde pintu tu memang kira takde pintu la.. hehee tak payah tipulah kata rosak banjir dan sebagainya kan. 

So, total semua 5 + 5 = 10 pintu. Jadi, aku tak sure jugak 1 pintu tu rate dia berapa. Cuma nak bagitau, dia tak kira ikut berapa dalam banjir, berapa lebar cabinet dan sebagainya. Lagi banyak pintu lagi untung

4. Ada tak pintu rosak?

Pintu aku ada 2 yang rosak dan kena ketam sikit sebab dah kembang. Yang lain ok. So, pintu rosak ni pun dia kira ye.

Mmmm.. seingat aku tu je lah faktor penting yang dia kira. Sebelum dia bagi borang suruh sign, dia explain dulu semua kiraan yang dia buat. Aku ni sekadar angguk-angguk je lah sebab tak pernah claim kan. Dia bagitaulah rate lantai berapa, rate cabinet berapa, pintu tu semua. Lepas tu barulah aku sain.

Ok.. tara.. Harap dapat membantu mereka yang bertanya ye. Kalau salah info harap dapat betulkan..




No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini