Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, March 27, 2015

Pengalaman mengandung kali ke-7

Mmmmm
Alhamdulillah
Allahuakbar
Subhanallah

Alhamdulillah.. masih diberi peluang, rezeki dan kekuatan untuk merasakan hikmah terindah kali ke-7 ni. Tendangan pertamanya adalah perkara paling indah .. Makluman dan pengesahan dari doktor adalah perkara paling mengejutkan kali ni..

Mengandung kali ni agak pelik..dan mengejutkan.. jadi, aku tuliskan disini untuk ingatanku dan bacaan my dear 7 kelak inshaAllah..

Sebelum tu.. kenapa 7? 4 puteri comel + 2 anakanda yang tak sempat merasa kasih sayang sepenuhnya dari kami.. miscarriage @ 2-3 months pregnancy..  So, jadilah kandungan kali ni yang ke 7. macam.. wahh banyaknya anak dia.. alhamdulillah.. semunya pemberian dariNya.. perancangan terbaik dariNya.. kami terima dan bersyukur seadanya.

1

Aku tak menghebahkan pada sesape kenalan berkenaan kehamilan kali ni. (kecuali seorang je.. ye awak.. :) ) Kebanyakannya mengetahuinya bila kandungan dah cecah 5 bulan kut... dah nampak perut kan.. hehe.. Ada yang terkejut.. ada yang "ehhh pregnant ke", "ehh kenapa tak bagitau awal-awal", "eh ada lagi ke", "eh aritu tak tau pregnant""laaa..sampai hati tak bagitau..", dan macam-macam eh lagilah..

Mmmm.. bukanlah niat di hati nak merahsiakan. Ahli keluarga terdekat pun aku maklumkan bila keadaan dah stabil .. nanti aku cite ye..

Untuk kenalan ni.. aku sengaja tak nak menghebah-hebahkan. Biarlah mereka tau sendiri.. Sebab?

Sebab utama adalah.. aku dikelilingi rakan-rakan yang mempunyai pelbagai latar belakang.:

Satu - Mereka yang belum diberi peluang dan rezeki untuk menimang cahaya mata walau dah bertahun berumah tangga. Aku sangat simpati pada mereka. Berita kehamilah mungkin seperti khabar indah atau sedih bagi mereka. Aku tak tau.. aku tak dapat menyelami perasaan mereka-mereka ni. Jadi. rasanya lebih elok aku berdiam diri dari bersukaria menghebahkan kehamilan indah ini

Dua - Aku juga dikelilingi mereka yang .. Ya Allah.. mereka diberi ujian yang amat hebat.. pregnancy complication.. means.. kesukaran untuk hamil lagi disebabkan masalah sakit puan . Bagiku..ianya adalah ujian yang aku tak mampu untuk harunginya. MasyaAllah .. maha hebat kekuasanNya. Aku.. hanya mampu mendoakan.. sentiasa mendokan untuk mereka ini.. agar diberi KEAJAIBAN dariNya. Ye.. Ya Allah.. tunjukkanlah kehebatan kuasamu itu.. Permudahkanlah dan murahkanlah mereka-mereka ini dengan rezeki zuriat yang sangat dinantikan mereka..

Cukuplah dua sebab utama kat atas.. 2 sebab tu menyebabkan aku rasa.. duk dendiam je lah.. nanti biarlah keadaah dan masa yang memaklumkan sendiri kepada semua kenalan lain.. boleh eh gitu..

2
Aku mengandung sedangkan aku mengalami kitaran haid seperti biasa.
Pelik kan. Ye.. aku pun pelik. Gini ceritanya

Semasa bulan pertama pregnant (masa ni belum tahu lagi pregnant) aku melalui kitaran haid seperti biasa..

Masa bulan ke-2 pulak,(masa ni pun belum tau lagi pregnant), aku kedatangan haid selama sehari je. Lepas sehari.. dah takde dah.. Masa tu aku juga mula rasa selalu loya.. mulut terasa mual dan macam nak muntah..Ianya kerap berlaku dan mula rasa pelik. eh.. takkan pregnant kut sebab period kan. Dan seperti kehamilan biasa sebelum ni, aku amat alah pada bau minyak. Bau minyak masa goreng ikan ke, goreng karipap ke, goreng telur ke.. semua aku rasa macam busukkk teramat.. itu perkara biasa yang aku alami kalau tiap kali preggy. Tapi macam tadilah.. dah period kan, takkanlah tu tanda pregnant lagi kan.
Ok, jadi lepas hari ke-3 period, aku ke klinik sebab agak pelik dengan keadaan macam tu. Doktor cuma kata..
"Ada dua kemungkinan je. satu, perkara biasa sebab perubahan hormon atau dua, maybe pregnant"
mmm.. doctor suh balik je sebab takde masalah katanya atau nak buat UPT. Oklah.. sebagai langkah berjaga-jaga.. aku setuju buat buat UPT .

Masa buat UPT tu.. teringat lagi moment indah tu.. (sebab tak sangka kan..hihi)
Doc.."takde pun ni ha.." 2 saat lepas tu doc sambung cakap "eh.. ada lahh.. ni haa dua lines ni.."
Opss masa tu.. tak tau nak bayangkan perasaan aku. Daripada takde perasaan apa-apa, tetiba jadi perkara paling indah skali.Wah..Eh.. betulke.. Alhamdulillah.. sambil senyum lebar dah masa tu..(sape tak suka kan walaupun sebelom tu rasa macam suspen dan berdebar jugak . Teringat Princess Dhia yang masih kecik masa tu). Tapi.. ibu mana tak gembira kan.. perkara lain tolak tepi haha.

Balik dari klinik.. selalu cakap kat Dhia..ibu akan tetap sayang dhia macam baby ibu walau nanti kita akan ada baby baru tau..

3
Sebulan selepas buat UPT test tadi.. kami decide untuk buat details scan & checkup kat Klinik Al-Farabi. Ikutkan pengiraan EDD dari tarikh period di atas, kami jangkaan kandungan baru berusia dua bulan . Tapi... haha.. yang ni lagilah buatkan aku terpanjat..
"baby u dah besar ni. dah 3 bulan... nampak ni kaki tangan kepala jantung dia.."
SubhanaAllah.. nampak jelas tangan kaki my dear 7 bergerak-gerak, melambai-lambai.. jantung dia berkelip-kelip.. Indah.. sungguh indah . Alhamdulillah. Bayangkan.. biasanya scan masa bulan kedua kehamilah ,janin masih tak terbentuk jelas, Aku bayangkan cuma nanti akan tau details EDD dan perkembangan kandungan.. tapi lebih dari tu.. rupanya aku dapat tengok janin yang dah hampir cukup sifat .. Hebatnya perancangan Allah..

p/s Means, masa pregnat aku period macam biasa.. mmm pelik bin confuse tapi doctor kata memang ada orang yang alami perkara sama macam aku lalui ni.. oooo...

4
Seperti pengalaman dua kali miscariage sebelum ni, aku amat berhat-hati untuk memaklumkan cerita pregnant hingga betul-betul aku rasa selamat dan tak berisiko. Biasanya gitulah aku. Bukanlah tak nak mereka mendokan keselamatan dan kesejahteraan kami ..tetapi aku rasa lebih tenang dan selesa begitu. Since aku period sehari masa buat UPT tu, maybe ia adalah petanda risiko perkara sama akan berulang. Jadi, bila dah betul-betul 3 bulan masa scan pertama tu, barulah aku hebohkan pada ahli keluarga..

5
Mengidam.
Pertama teringin nak makan bubur jagung. Puasla cari jagung, akhirnya jumpalah ipar tolong carikan jagung kat Pasar Payang.. tu pun jagung tua.. hahaa.. tua pun tua lah.. janji jadi bubur jagung..memang suka sangat dapat jagung tu.. thanks darls
Kedua nak makan pizza. Singgah PHD Beserah nak beli pizza tapi stok pizza dah habis. Aku tak boleh terima alasan stok pizza dah habis sebab baru pukul 6 masa tu. Sebek nangis dalam kereta sambil mesej hubby pizza dah habis.Tak nak call sebab nanti dengar pulak suara nangis..Hantar mesej je.. Hahaa.. lawak sungguh masa tu..beria-beria nangis.. abih teehh kata orang.. sebab pizza je pun.. esok-esok boleh beli lagi.. Hihi.. hubby pun berialah terus ke Mega Mall cari pizza.. seb baik ada..haha
Tiga.. nangis sebab kak Hasya tak bagi rasa eskrem dia. Haha.. lucu kan. Tapi tak taulah nape. Bila Hasya usik kata tak boleh rasa eskrem dia.. terus nangis. Rasa macam... alaaa... nak jugak nak jugak.. haha.. apa-apa je lah
Now rasenya dah boleh control peel camtu

6
Malas mandi
Erkk... malu jap. tapi nak share jugak supaya dear 7 tau.. memang peel tu menjadi-jadi masa awal-awal pregnant. Tak pernah lagi rasanya aku rasa gitu. Perasaaan macam.. wah bestnya kalau tak payah mandi. Masa tu musim sejuk jadi takdelah rasa peluh sangat kan. Ada satu ketika tu pernah salin baju tidur sorok-sorok je padahal tak mandi.. ekekeke.. rase bestnyerrr!! Ada satu ketika tu hubby gi surau.. ingatkan dia balik lambat jadi lepak-lepak dulu sebab nanti nak sorok-sorok tukar baju tidur jer.. tapi sekali dia balik awal.. errrrr rase macam nak marah jerk sebab aku belum tukar baju tidur dan terpaksalah gi bersiram sebab takut kantoi hahaa.. apa punya peel daaa..
Tapi now aku tak buat peel macam tu dah ye.. Hari-hari bersiram wangi-wangi tau.. haha

7
Tendangan pertama
Masa tengok perlawanan takraw kebangsaan dengan hubby. Ni first time aku tengok ..rupenya syok jugak tengok takraw ni..dan masa tu lah dia berdetup-detap kat dalam. Wahh.. indahnya. masa tu baru 3 bulan lebih

8
25 weeks
Alhamdulillah.. lagi 15 weeks. Moga terus membesar jadi anak yang soleh dan sihat walafiat. Masih boleh tidur dengan gaya bebas, berjalan masih laju walau dah terasa aura si pingu hihi

9
Jantina
Bersyukur atas segala kurniaan dan perancanganNya. Kami akan terima dan menyayanginya sama rata seperti puteri-puteri lain.

10
Alhamdulillah..



2 comments:

Unknown said...

sekarang period lagi tak ....kemungkinan awak berhubungan selepas period bulan pertama ....yang period bulan kedua tu adalah implantation bleeding ....iaitu darah penempelan zarah bayi....darah tu tak bnyak dan berlangsung selama sehari ....ianya berbeza dgn haid kitaran hari haids adalah 3-7 hari .....semoga mendapat zuriat yang sihatt...

Awang Iskandar said...

sekarang period lagi tak ....kemungkinan awak berhubungan selepas period bulan pertama ....yang period bulan kedua tu adalah implantation bleeding ....iaitu darah penempelan zarah bayi....darah tu tak bnyak dan berlangsung selama sehari ....ianya berbeza dgn haid kitaran hari haids adalah 3-7 hari .....semoga mendapat zuriat yang sihatt...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini