Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, May 26, 2015

Untuk anakku..

Assalamualaikum anakku Fatin Hanissa bt Muhammad Johary

Tika ini makcikmu yang kerdil ini sedang menghadiri sesi perjumpaan pertama kalinya antara pelajar baru dan pensyarah. Pelbagai kata semangat dan lagu dimainkan bagi membakar semangat mereka meneruskan perjuangan mereka di sini..

Semalam makcikmu ini bersama-sama pelajar baru tersebut membuat sesi pendaftaran di kampus. Pelbagai ragam disaksikan. Ada yang hadir bersama seluruh ahli keluarga, bersama ibu sahaja dan ada juga yang hadir bersama si ayah sahaja. Semua gembira meneruskan kehidupan baru disini. Ada yang datang dari jauh, tak kurang yang tinggal berhampiran Kuantan ni sahaja.

Makcikmu ini tau.. situasimu adalah jauh berbeza dengan mereka. Kuala Terengganu dan Petaling Jaya bukanlah satu jarak yang dekat. Tapi begitula juga makcikmu ini dulu.. merantau dari Terengganu ke Seremban.

Tapi ingatlah anakku.. UIAM adalah satu universiti yang sangat gah. Bukan calang orang yang layak dan diberi peluang menuntut ilmu di sini. Pelajar disini adalah pelajar yang sangat hebat dimata acik. Janganlah jadikan alasan jarak dan adik-adik mematahkan semangatmu di sana. Teruskanlah perjuangan..

Kami akan sentiasa mendoakan kejayaanmu disana. InshaAllah semoga semua urusan dipermudahkan sepanjang perjalanan menuntut ilmu nanti.

Kami sentiasa bersamamu walau dari kejauhan cuma.

Ingatlah hasrat dan cita-cita ayahmu dan arwah ibumu. Hasrat mereka sama sepertiku.. untuk melihat kejayaan dan kebahagianmu dunia dan akhirat. Balas budi baik mereka dengan berjasa kepada mereka dan adik-adik kecilmu..

Jaga diri dan maruah.. kekalkan budi bahasa indahmu hasil didikan mereka yang tersayang..berdisiplin seperti selalu .. sentiasa hormati rakan sekeliling dan pensyarah.. jaga solat seperti selalu..mengaji dan sentiasalah hadiahkan Al-fatihah untuk ayah dan arwah ibumu.. doakan kesejahteraan mereka selalu.

Imgat anakku.. perjalananmu masih jauh. Fokuslah dan berjanjilah..
Dirimu akan menjadi yang terbaik untuk keluargamu.. inshaAllah

All the best Nissa!

...doh siap packing ke tu...

Cerita Nissa.. click sini dan sini

Thursday, May 21, 2015

Kerinduan ..





Aku rindu pada setiap detik aku boleh bernafas dengan tenang..
Rindu pada detik aku boleh menghirup udara segar itu
Rindu pada saat melihat mereka bergembira berpegangan tangan
Rindu pada setiap detik ketika mereka sentiasa berada dalam kotak fikiranku

Kemanakah menghilang detik indah itu semua?
Kembalilah...
 Pulanglah wahai masa yang tak pernah henti kunjung tiba
Datanglah ..bersama keindahan yang dinantikan semua

Aku kelu menanti detik itu kembali




Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini