Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, June 24, 2015

Appointment doktor pakar di Hospital MUIP @ 37 weeks

Alhamdulillah dah 38 minggu.

Sabtu lepas kami jumpa doktor pakar di Hospital Muip. Dah set appointment beberapa minggu lepas. Kalau nak bersalin kat sini, at least kena buat checkup sekali dengan pakar. Checkup lain tak kisah buat kat mane pun ye.

Ok waktu appointment dari pukuk 10-12 tghr. Ikut turn first come first serve. Jadi, kami decide datang awal sebab nak dapat no 1..haha. Pukul 8.30 dah sampai klinik. Buat urine test, timbang berat (wuhuuu dah naik 10kg huu), cek bp..then setle. Ambik nombor terus keluar. Next , kami shoping barang dapur kat pasar besar Kuantan. Suami mengidam nak makan rendang daging  haha..

Ok 9.40 kami dah ada semula di hospital muip. Tepat pukul 10, nama aku dipanggil. Yesss... sukanya tak perlu tunggu lama.

Doc pun cerita gitu gini.. pastu scan.
Haaa ni mata dia, ni mulut, hidung.. wahh excited kami tengok. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban cukup, berat around 2.8-3 kg.

Rasenya around minggu depan ni bersalin.. kata doc. Aku ooo kan je lah.tak kisahla bila-bila. Cepat lambat ke seme dah dirancangNya.

Ni soklan cepu mas aku kat doc.
Dulu saya bersalin dengan doc juga. Masa tu tak perlu jahit. Camne kalau nak tak nak kena jahit macam aritu juga eh doc?
InshaAllah ..nanti saya akan guide masa nak bersalin nanti. Saya kena ada kat sana tiap masa nak bersalin nanti. Kalau bersalin anak dah ramai ni biasanya senang nak ajar supaya nanti tak kena jait. InshaAllah nanti bersalin macam yang aritu juga ni..

Wahh.. seronok beronok ronok aku dengar. Moment berpantang tanpa kena jait tu memang best..Rasenya memang aku masih ingat masa bbersalin aritu ada doc dan misi suh betulkan kedudukan masa nak bersalin. Mmmm... nantilah aku cite semula

Ok.. brape bil? Total RM150. Bagi aku oklah. Consultation 80. Yang lain rege biasa je. Scan pun 40 je. Berpadananlah. Tapi.. 150 tu hanya untuk 20 minit meeting je.. haha..

ni details bil. Aku mintak kat kaunter hihi..

Dan inilah aku.. selfie ngan baby kat depan spital muip

Doakan kami semua selamat, dipermudahkan semua urusan melahirkan dan semuanya.

opss selamat berpuasa juga. Alhamdulillah aku masih diberikan kekuatan berpuasa hingga ke hari ni.

Thursday, June 11, 2015

Persiapan @ 36 weeks

Mmmm... untuk sekian lamanya.. arini datang keje dengan zero

Zero bebanan
Zero stress
Zero hard feeling

Feel free today..

Tapi sebenarnya tipu.
Masih ada berbaki beberapa percent untuk perasaan-perasaan yang tak pernah henti kunjung tiba lately ni

Untuk tempoh less 24 hours, aku bebas seketika. Esok perasaan itu akan muncul semula.. hahaa.. layan je lah.. adat bekerja gitulah kan..

@ 35 weeks.. baru terhegeh- hegeh heret husband shopping barang baby & baju raya kids. Haru kan.

@ 25 -32 weeks.. brape kali kena bebel dengan misi sebab lambat checkup baby. Sampai kan misi datang cari kat rumah bebel-bebel lagi. Owh..kalaulah kamu-kamu ( sebab misi datang 2 orang) ada di kerusi aku, taulah nape aku tak gi sana. Barulah tak sampai hati nak marah aku.. huu..  betapa aku takde masa untuk move on dari work station, betapa aku gigih study macam aku yang nak exam, betapa aku redah jer dengan work load keje yang diberi, betapa aku bertahan dengan bebanan kerja, dengan aku yang bertabah dengan dugaan & cabaran melayan kerenah students  yang pelbagai, dengan aku yang masih bekerja walaupun hadapi masalah buasir yang sangat sakit tu & demam & batuk yang sangat memeritkan hingga menyesakkan nafas & letih teramat mengharung 20 jam teaching hours. Itulah cabaran bekerja.

Hooooo bukanlah aku hebak. Bukanlah aku nak jaja dan minta simpati ..kesian mak buyung keje. Masih ramai yqng workloadnya.. fuhhh lagi hebak. Outstation, meting sana sini, 24 hours kena stanby, urgent report dan sebagainya. Semuanya di uji demgan pelbagai dugaan.

Untuk kejayaan organisasi, kami sama-sama bertungkus lumus membantu.
Cuma cerita aku kat atas tu adalah untuk bagitau kat misi-misi tu.. be professional kalu nak bebel .. jangan main tibai je.

So now.. aku dah say bye-bye kat misi. Lagipun memang biasanya gini rutin aku. Hujung-hujung pregnancy ni terus checkup kat al-farabi sebab nak bersalin kat situ kan.  Cepat pun cepat .. yang penting aku boleh checkup kat sini waktu cuti atau malam. Tak  kacau waktu keje yang perlukan komitmen yang tinggi.

Haip... lari topik lagi

Sebenarnya nak cite... Im feel free today sebab semua student dah habis kelas semalam. Semalam last day class. Arini last day paper exam. Fuhh.. lega kan. Setelah seluruh keringat dicurahkan, terpulanglah pada usaha mereka pula untuk lukis corak di kertas jawapan masing-masing. Tapi.. esok dah bermula semula semester baru. Berjumpa semula anak bangsa yang pelbagai peel tu. Berperang semula dengan mereka.  Hahaaa...so how long is ur holiday rtny..? Yess..less than 24 hours . Takpelah.. itu kan amanah . Teruskanlah menyumbang bakti selagi terdaya untuk membantu mereka.

Okeh.. cerita persiapan tu sambung semula keh. Ini cerita holiday saya hari ni..
Packing lagi.. pindah lagi..

ni terapi best saya malam tadi. Ajak suami dan addinies shopping barang baby lagi @ 36 weeks sudah..
haiyoo... weekend ni baru boleh basuh dan kemas semua barang baby..
moga baby sabar ye 


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini