Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, June 24, 2015

Appointment doktor pakar di Hospital MUIP @ 37 weeks

Alhamdulillah dah 38 minggu.

Sabtu lepas kami jumpa doktor pakar di Hospital Muip. Dah set appointment beberapa minggu lepas. Kalau nak bersalin kat sini, at least kena buat checkup sekali dengan pakar. Checkup lain tak kisah buat kat mane pun ye.

Ok waktu appointment dari pukuk 10-12 tghr. Ikut turn first come first serve. Jadi, kami decide datang awal sebab nak dapat no 1..haha. Pukul 8.30 dah sampai klinik. Buat urine test, timbang berat (wuhuuu dah naik 10kg huu), cek bp..then setle. Ambik nombor terus keluar. Next , kami shoping barang dapur kat pasar besar Kuantan. Suami mengidam nak makan rendang daging  haha..

Ok 9.40 kami dah ada semula di hospital muip. Tepat pukul 10, nama aku dipanggil. Yesss... sukanya tak perlu tunggu lama.

Doc pun cerita gitu gini.. pastu scan.
Haaa ni mata dia, ni mulut, hidung.. wahh excited kami tengok. Alhamdulillah semua ok. Air ketuban cukup, berat around 2.8-3 kg.

Rasenya around minggu depan ni bersalin.. kata doc. Aku ooo kan je lah.tak kisahla bila-bila. Cepat lambat ke seme dah dirancangNya.

Ni soklan cepu mas aku kat doc.
Dulu saya bersalin dengan doc juga. Masa tu tak perlu jahit. Camne kalau nak tak nak kena jahit macam aritu juga eh doc?
InshaAllah ..nanti saya akan guide masa nak bersalin nanti. Saya kena ada kat sana tiap masa nak bersalin nanti. Kalau bersalin anak dah ramai ni biasanya senang nak ajar supaya nanti tak kena jait. InshaAllah nanti bersalin macam yang aritu juga ni..

Wahh.. seronok beronok ronok aku dengar. Moment berpantang tanpa kena jait tu memang best..Rasenya memang aku masih ingat masa bbersalin aritu ada doc dan misi suh betulkan kedudukan masa nak bersalin. Mmmm... nantilah aku cite semula

Ok.. brape bil? Total RM150. Bagi aku oklah. Consultation 80. Yang lain rege biasa je. Scan pun 40 je. Berpadananlah. Tapi.. 150 tu hanya untuk 20 minit meeting je.. haha..

ni details bil. Aku mintak kat kaunter hihi..

Dan inilah aku.. selfie ngan baby kat depan spital muip

Doakan kami semua selamat, dipermudahkan semua urusan melahirkan dan semuanya.

opss selamat berpuasa juga. Alhamdulillah aku masih diberikan kekuatan berpuasa hingga ke hari ni.

7 comments:

Laura Azura Zainal said...

Aaminn. Semoga dipermudah kakak bersalin

Engku Artini said...

Amin.. tq zura

Hakimah Aziz said...

Salam..boleh tau ape nama pakr gynae tu?..ok tak?

Engku Artini said...

Wlam Hakimah. sory baru perasan ur message
Pakar ada 2 orang je. Doc Ayu & Aziana. Saya pilih Doc Aziana..sebab masa bersalin sebelum ni pun dengan dia. Alhamdulillah ok, selesa, sangat membantu hinggakan saya dapat bersalin biasa je tanpa jait..

Good luck

chemistry nara said...

Salam.. nk tnya brpe charge utk skali jmpa pakar kt Muip? Sy prgnt bru 3bln. Smlm repeat scan n doc suh sy refer pakar sbb dia was2 sy ada fibroid@x. Esk sy appointment ngn pakar nma doc Ayu.

Engku Artini said...

wlam. sory late reply nara. Baru perasan your comment.
Dah jumpa pakar ke? Camne..hopefully semua ok ye
Saya jumpa pakar Dr Aziana. Pernah juga dengan Dr Ayu. Both are fine
Charge masa scan aritu, consultation RM80, scan dll RM70. Total RM150.

faisal edrus said...
This comment has been removed by the author.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini