Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 24, 2015

Cerita pendek : Pengalaman melahirkan anak ke-5

Hihi pengalaman la sangat..
Sebelum aku lupa perasaan masa melahirkan si awang dondang putera addin comei ni.. jadi meh aku taip dulu.. nanti kalau dah berkubur perasaan tu feel dia akan jadi lain .. kurang umph hihihi..

Perasaan ni adalah perasaan yang aku tak pernah rase sepanjang 4 kali aku melahirkan puteri addinies sebelum ni.. haha.. paham eh ayat tu..

Ok..

Perasaan 1
Masa dalam labour room tu, aku rase macam nak bangun dan turun dari katil..pahtu keluar bilik balik rumah.  Haaa serious tau berapa kali aku nak bagitau kat husband masa tu..
"Abang.. nak turun, nak balik rumah"
Hahaa.. entah apa punye perasaan tak waras masa tu.. seb baik tak sempat nak bagitau suami masa tu dan sempat lagi berfikir secara logik semula.
Aku sempat fikir semula masa tu tau..
"Eh kalau aku turun katil ni, tak sempat keluar bilik ..  sakit semula camne.. eh nape tak bijak aku kali ni".. hahaaaa serious tau tu lah perasaan aku masa tu

Perasaan 2
Nak turun katil.. nak gi makan. At least nak makan kurma

Ok ni pun serious tau..
Aku puasa pagi tu. Sempat makan nasi goreng dan milo je sebelum admit. Jadi aku rase aku perlukan more energy dalam labour room tu. Ada bawa kurma tapi mana boleh makan dah masa sakit tu.. kan tak sempat habiskan kurma..contraction datang. Mau tercekik  aku hahaa

Perasaan 3
Untuk pertama kalinya juga aku marah kat doctor dalam labour room. .hihi doctor pakar pulak tu. Seb baik dia paham perangai pelik orang nak beranak nih..
Takde lah marah beria.. cuma aku tak bagi dia pegang atau sentuh perut or badan masa aku tengah contraction. Aku tak nak sape-sape kacau aku masa tu haa.. fefeeling nak tenangkan pikiran la konon. Padahal semestinya aku perlukan bantuan dia sepenuhnya nanti tu.
Hik hik.. sian dia aku siap tepis tangan dia sambil sound..
" doctor. . Boleh tak tolong jangan sentuh saya.."
Pahtu kali ke-2 aku sound gini lak
" doctor. . Jangan sentuh sayala.." takde dah ayat tolong-tolong tu..hihi maap doctor

perasaan 4

Ha haa... ok jangan pelik untuk perasaan ke -4 ni.
Buat pertama kalinya aku rase macam tak nak beranak dah lepas ni.. hahaa aipss. Biasanya tiap kali lepas beranak mesti aku akan kata..
"Ooo gini rasenya beranak.. ok lenkali boleh improve lagi dan boleh beranak lagi... " hihi.. baru lepas beranak dah pikir gitu.. itu perasaan je okeh.

okeh cukup 4 perasaan pelik. Kalu aku ingat lagi aku update lagi..

perasaan pelik tu timbul sebab si comel bambam  ni



scan 11 am..doctor anggar 3.3-3.7 kilo
Sekali keluar pukul 5 petang tu..nah kaww kaw.. 3.95.
Patutla pelik-pelik perasaan aku masa dalam labour room tu..

hihi hi.. ye ke tak nak beranak dah.. nanti addin tak de geng.. (pulak dah..hahaa)
Abaikan je lah perasaan pelik ni ..

Apa pun syukur alhamdulillah

Kata cite pendek eh.. tapi panjang juga rupenya.. hihi
Ok cite panjang akan menyusul kedian..tapi enggak tau bila dong

1 comment:

lia ummiirfan said...

alololo..comelnya babyyyy... putih gebu! :))

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini