Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, July 1, 2015

Contraction main-main

Alhamdulillah masih berpuasa hari ni 14 Ramadhan
dan today dah 39w 1 day.. ada lagi 6 hari to go.. Insha Allah

Braxton Hicks Contraction atau contraction main-main atau contraction acah-acah

Masa 37 weeks dah rasa contraction sebenarnya.. tapi just light je.. macam angin lalu je gitu. Tak macam masa contraction Dhia Zaara. Awal-awal memang rasa contraction setiap 20 minit gitu dan agak sakitla. Kali ni.. contractionnya macam yang aku bagitau tadi.. macam tak selesa perut je

Then masa 38 weks, dah start contraction yang terasa sikitla. Kejap-kejap ye datang, jap-jap hilang. Masa ye datang.. aku pujuk baby.. "Baby tunggu dulu tau.. next week boleh. Bagi can kat ibu puasa dan makan best-best masa berbuka dulu tau. "And its work tau! Tiap kali cakap, mesti sakit tu hilang. Hehe... alhamdulillah. (Maklumlah dady selalu request menu yang macam-macam bulan pose ni.. sambil main masak-masak dengan puteri Addinies, its soo fun! Kadang-kadang kami masak roti jala sama-sama, gulung popiah nestum, popiah ayam, ice blended kelapa, milo ice blended, tembikai ice blended, puding .. semua masak sama-sama addinies termasuklah dhia zaara.. seronok tau! Jadi hopefully kalau aku lambat lagi bersalin, kami ada banyak masa lagi untuk main masak-masak bersama dan terawikh sama-sama kat rumah. )

Tapi kadang-kadang berterusan jugakla dalam satu hari. Aku dah mula panik sebenarnya tiap kali sakit. Walaupun aku rasa sakit tu belum sampai tahap maksimum, aku risau kalau tiba-tiba terus sakit yang kuat kan.. Sebabnya masa dhia zaara dulu cenggitulah. Aku tiba-tiba je rase sakit selang 5 minit .. sakit yang rasenya aku tak boleh nak jalan masa sakit tu. Sib baik hubby ada masa tu dan sib baik masa tu weekend dan kami sama-sama tengah lepak pagi kat rumah je dan hubby pulak terus ajak ke hospital. Ikutkan aku malas lagi nak ke hospital sebab tak sure perlu pergi terus atau tunggu lagi hingga tahap maksimum haha.. maklumlah first time bersalin with contraction kan. Yang 3 orang sebelum tu kan seme induce. Jadi, masa dah sampai hospital tu doc cakap dah ada bukaan 8 cm ko..hahaa terkejut yang amat kami. Sib baik datang cepat.. kalau tak ada yang kena jadi mak bidan terjun kut hahaa

Masa bersalin Hasya lagi sendu cerita.. tetiba air ketuban pecah masa aku tengah syok tidur... Banyak pulak tu. Sib baik tengah malam dan kat rumah. Camne kalau tetiba air ketuban pecah masa aku tengah lecture ke..tak ke haru..

Jadi, thats why bila sakit-sakit kali ni aku jadi panik. risau jadi macam tu lagi. Dulu aku selalu kata cite-cite kat tv yang pasal mak buyung sakit-sakit eh pastu terus bersalin.. eh tipu aku kata. Mana ada orang sakit terus bersalin kan. Mesti dia sakit lama-lama dulu pahtu baru ke hospital kan.. Tapi kali ni bila dah jadi kat aku .. okeh aku percaya dah kat cite tv tu.. lain orang lain style sakitnya kan.

Kadang-kadang selalu pujuk baby, kalau rase sakit-sakit tu.. pujuk lagi.. "Baby.. tunggu abah ada eh.. or tunggu balik rumah dulu eh.. " Malu weh kalau tetiba sakit kuat or pecah air ketuban.. nak kena panggil ambulan or minta tolong kekawan jadi ambulan jap.

Apa-apa pun semua perancangan dariNya. Aku cuma pohon dipermudahkan dan sihat walafiat hendaknya kami ni.

So today, 39 weeks +, sakitnya masih main-main tapi lagi level sakitnya lagi tinggi compare masa sakit @ 38 weeks aritu. Tadi pun kelakar.. sebelum nak masuk kelas, sakit-sakit. Terus pujuk baby.. minggu depan ye kita jumpa .. terus hilang hihi. Pastu sakit lagi. Then masuk je kelas..pastu tak sedar dah sakit tu sampai abis kelas sakit main-main tu datang lagi. Ye .. betul dah rasenya .. perlukan sesuatu untuk alihkan perhatian rasa sakit tu.

Mmm.. baby.. next week ye. Esok ada misi berbuka puasa kat padang masjid. Malam ni nak main masak-masak puding oreo lak.. feveret kakak nih. Hubby pulak dah plan nak masak beger black pepper malam ni.. aduh . macam-macam menu dia nak...hehe tapi boleh aku makan sedap sekali. Jadi, kalau baby dah lahir.. terpaksalah aku kelip-kelip jer tengok orang makan best je.. huh..

Sorylaa.. asyik cerita pasal pregnancy jer lately ni.. ye lah itu jer misi utama setakat ni. Kalau boring tak perlu baca. Aku menulis hanya untuk kenanganku kelak.. :)

Have a nice day
Selamat memasak.. Memasak lagi puas hati compare beli siap kan. Walau kadang terlebih garam, tapi feel masak dan makan sama-sama tu yang paling seronok kan.. Alhamdulillah, hingga semalam, kami masih masak sama-sama, takde juadah dari bazar ramadhan lagi.

Opss selamat beribadat juga. Sekurang-kurangnya aku berpeluang juga beribadah serba sedikit memandangkan baby masih belum keluar ni.. tu yang aku mintak sebenarnya..Sama-samalah kita rebut peluang yang ada ni bersama-sama..inshaAllah

Belanja gambar kakak durrah sekeping yang selalu sama-sama pujuk baby supaya tunggu dan sabar.. hehe








1 comment:

fiza hasan said...

moga dipermudahkan semua urusan..besnya nak dapat baby..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini