Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, September 8, 2015

Esok mula bekerja semula

Alhamdulillah. .. memang sungguh indah cuti selama 2 bulan. Walaupun penat melayan kerenah addin addinies (wahhh entry kali ni dah boleh tambah perkataan addin.. biasanya addinies je kan.. well nikmat Allah manakah yang harus aku dustakan. .).. tapi ianya amat amat bermakna bagi seorang ibu.. (semua ibu camtu kan. )

Esok.. akan back to normal rutin. Bangun pagi, bersiap ke tempat keje, hantar amna ke sekolah, masuk ofis. Then.. keje..keje.. then lewat petang baru balik jenguk anak-anak semula. Aku guna perkataan jenguk sebab memang tu lah hakikatnya. Sampai rumah pukul 6, masak makan rehat jap pastu pukul 9 dah nak baring tidur. Pukul 10 waktu paling lewat tidur. Awal ke lewat? Ada setengah orang awal tapi ada setengah orang tu pun dah kira lewat kut. Bagi aku kalau lebih pukul 10 ..ianya dah lewat dan aku akan ngantuk esok.
Jadi memang balik jenguk anak sebab hanya beberapa jam bersama mereka.. pastu sambung esok pulak. Sedih kan.. but Itulah realiti ibu bekerjaya.

Mmm.. compare dengan waktu cuti 2 bulan ni.. tiap hari tiap detik aku bersama mereka. Walaupun kadang ada rasa macam nak dush dushhh pastu ikat kat pokok kelapa masing- masing yang buat perangai.. hahaa. Its normal bagi ibu beranak 5.. ikutkan hati gitulah tapi sure taknya .. akhirnya aku jugak yang peluk mereka sama-sama. Kalau anak sorang dua rasenya takdelah nak pikir lebih-lebih macam aku tu..haha haru tau cuti 2 bulan ni. Dahla hati jiwa raga kena bahagi sama rata untuk 5 +  1 + 1. Kadang- kadang fikir jugak.. rasenya kasih sayang aku sekarang hanya lebih utamakan 3 + 1. Dahla 1 tu nunn jauh kat sana. Lagi 2 kadang - kadang termiss. Huhu... sorry my loves .. Ni esok dah start keje lagilah pendek masa bersama mereka. Tak tau bila boleh bayar hutang masa kat mereka semua. InshaAllah I try my best ye..walaupun tak pasti boleh ke tak ni.

Ok.. persiapan untuk esok?

1. Timing baby menyusu & tidur siang - bereh

2. Mental preparation - 50%

3. Timing tidur malam baby - yang ni masih problem sebab baby memang tak tidur lena malam. Pagi esok mesti aku tak cukup tidur dan perlu tidur siang untuk cover balik waktu tidur. Tapi.. ishh ishh esok udah kerja.. huuu

4. Dhia zaara - biasanya dia bangub tidur tengok aku ada. Dah berapa kali pesan esok ibu keje ibu keje. . Harapnya dia tak nangisla kan. Tapi tak taula camne esok ni

Ok kena tulis cepat-cepat.  Tangan kanan riba ilman sambil susukan dia..sambil tangan kiri jap-jap belai tangan dia

Ok biar gambar bercerita
Daily activity

Main masak-masak

Aby tengah lukis jalan semut

Tangan aby cedera sebesar gigitan nyamuk je

Main sama sama

Cukur rambut ilman ..tukang urut yang buat

First day ilman di rumah

First day ilman admitted

Bonda pun datang melawat kami di hospital
Cabut rumput sambil kutip batu

Holiday di mini cameron genting highland

Oklah.. dah kena tidur ni. Moga semua urusan keje dan kehidupan seterusnya dipermudahkan Nya selalu.

Nite.
Mimpi indah alls

2 comments:

lia ummiirfan said...

selamat bekerja semula :))

Engku Artini said...

Tq lia.. dh start smlm.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini