Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, October 5, 2015

Perpustakaan SIber Ilmu @ AEON Bukit Mertajam

Jumaat lepas kami terkesini.. Mula tu plan nak ke taman tasik putra Kulim, tapi agak hampa dengan persekitarannya yang agak tidak terjaga, taman permainan yang rosak, berlubang sana sini dan berkarat. Mmmm... aku pun jom kita tukar ke tempat lain
Terus google.. Jusco Kulim. Then here we are.. pakcik google bawa kami ke sini AEON Bukit Mertajam. Kami pun follow je laa

Tengah window shopping dalam AEON tu.. tertiba jumpa perpustakaan. 
Then my Ahmad cakap.. its free acik..!!
Ehh biar betul.. mana ada benda free zaman gst ni kan.
Sekali lagi ahmad cakap.. iyer acikk... ahmad pernah masuk.. free jer.. acik gi la round-round dulu. Ahmad boleh baca buku kat sini dengan kak hasya dan amna


emm.. tengok macam selesa jer tempat ni. bersih, teratur dan banyak buku. Oklah, aku pun tinggalkan mereka dengan seketul hendset. Silentkan. Call kalau ada apa-apa penting jer.
Dalam 20 minit je kut tinggalkan diorang kat sini. Hasya baca buku Perempuan Lindungan Kaabah,(Wahh dah macam remaja kakak sekarang). Ahmad dan Amna baca buku kanak-kanak. 
Tu pun diorang macam tak nak balik. tak puas hati lagi. Suruh aku sambung shoping lagi.
Haha.. lenkali lah. kami ada misi mencari bintang pulak lepas tu.. kena balik cepat 

Bye library
Besrnye kalau ada library cam ni kat Kuantan. 
Memang ada library kat UTC Kuantan dan Library Kuantan.. tapi buku-bukunya mak aih.. buruk usuh lusang outdated koyak dan mmmm.. keciwa aku tiap kali nak ke situ bawa budak-budak

(bila tengok gambar kat atas, kakak memang suka peluk adik-adik camtu. Durrah memang suka sangat main dengan kakak sebab kakak suka peluk dan lambung dia.. Kakak pun memang suka sangat kalau aku peluk dia. Tiap malam dan pagi mesti dia minta aku peluk dia dan dia akan peluk aku semula.. Owhh kakak.. rindunnya ibu zaman ibu selalu timang kakak tinggi-tinggi dulu. 
Cepatnya masa berlalu)

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini