Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, November 26, 2015

Cuti sekolah bermula

Few days sebelom cuti sekolah akhir tahun bermula... Aku dan Hasya dah mula planning aktiviti cuti sekolah.

Yang paling utama adalah disiplinkan diri waktu solat dan bangun tidur. Walaupun boleh tidur lewat, solat kena awal waktu dan bangun tidur juga tak boleh lewat. Aku nak mereka berdisiplin.. haaaa..
Then nanti, kena kemas bilik dan sapu bilik (termasuk bilik aku hihi) setiap pagi.,, Yeaa!! yang ni aku suka.. bersihlah bilik aku tiap hari :)

Ok... takpelah itu aktiviti sampingan je
Yang penting adalah.. aktiviti yang paling digemari..Aktiviti masak-masak ..horeyy!!
Nak try buat kek, puding, kuih, agar, dan lain-lain dengan addinies ni..
Mmm sounds good kan!

Then nanti nak buat outdoor activities.
Weekend kat Terengganu nanti boleh buat macam-macam aktiviti. Ke Pantai Batu Buruk memang wajib, Kenyir, Air buah, kereta kuda, Masjid kristal, museum, Library, Mydin , makan roti paung, shoping pasar manir, makan gorpis kat sungai manir, ziarah pusara , dan macam-macam..
Mmmm soundsss sooo good kan!

Then nanti, boleh bawa diorang ke Petrosains Tanjung Lumpur. Kat sini memang best untuk kids.. tambahan its FREE!! 

Then wekend jer boleh buat outdoor activities lagi.. main layan-layan,, ke TC, Esplanade, Batu Hitam. ECM, Taman bandar, Sg Lembing dan lain-lain

Or boleh jugak pergi jauh siket ke Rompin, Gambang, Kl or makan angin out of Kuantan kan..
Wahhhh itss soundd soo GOOD kan!

Tapi.. First day cuti sekolah kami balik kampung dulu. Felda Chemomoi.
Bawa balik baju sikit je. Sehelai baju tido dan 2 helai baju siang. Thats all. Tujuannnya nak elakkan dari berlakunya perkara yang tak diingini.

Tapi yang tak diingini tu tetap berlaku.. mmmmmm

Mereka tak nak balik Kuantan. Nak duduk di kampung sebulan. 
Walaupun takde baju?? takpe ibu.. nanti pinjam baju Nini (sepupu mereka yang darjah 6)
Nanti ibu nak g jalan-jalan kat Trengganu..
Nak jalan-jalan around Kuantan wekend..
Takpe ibu.. takpe.. lenkali lahh

Taktik tetap gagal
Akhirnya aku terpaksa mengalah
Eventhough, aktiviti utama - disiplin tetap diteruskan. So far mereka berdisiplin di sana dengan jadual aktiviti yang dah aku listkan. Hihii... dah siap jadual aktiviti dari bangun tidur sampai tidur aku tulis..

Oklah.. so tinggallah anak.
Nanti ibu jalan-jalan dengan adik-adik je
Nanti ibu dapat dating dengan abah tanpa gangguan dah
Nanti adik-adik boleh bebas bercerita tanpa ikut turn lagi (memang kadang-kadang diorang perlu ikut turn kalau nak bercerita dengan aku .. sebab everyday masa pendek bersama mereka. Masa singkat tu lah mereka nak bercerita serentak.. so have to que sometimes huu)
Nanti ibu tak perlu dengar lagi suara adik-adik nangis kena usik dan bergaduh dengan kakak
Nanti bil eletrik ibu bulan ni jimat sebab sebulan bilik kakak takde sape akan on kan aircond.
Mmmmm... macam best jugak.. sunyi sikit rumah

Bye Kak Hasya dan Amna. Jaga diri baik-baik. Jangan tinggal solat. Hadiah Al-fatihah untuk ibu abah tiap hari ye.

Bye cinta hati ibu.. lagi berapa inchi nanti kita dah boleh tukar position. Ibu ke sekolah kakak ke kolej nak.. hik hik

Bye manja ibu ni. Jangan manja sangat nanti. Ibu pasti rindu suara Amna yang suka main gurau dengan adik adik.

Owhh.. baru 5 hari.. Lamanya menanti lagi 25 hari.

Semua plan yang sounds GOOD tu kena hold dulu.
Nak masak nasi pun dah tak lalu
Nak masak kuih pun dah terbayang-bayang kakak yang selalu akan pilih nak masak kuih apa 
Kejap-kejap pandang pintu bilik kakak ..sunyi dan gelap tanpa suara
Adik-adik pun kejap-kejap tanya.. bila kakak nak balik? brape hari lagi..?
Makan malam pun rase macam tak cukup corum kat meja makan

owhhh..
cepatlah masa berlalu..

Takpelah bil melambung sebab aircond
takpelah letih dengar suara berrebut-rebut nak bercerita
takpelah kejap-kejap dengar suara orang nangis, kejap dengar orang menjerit 
takpelah mereka nak berlari depan tv time aku nak berehat menonton tuan anas mikael dan chanel 703
takpelah ibu tak dapat dating dengan abah pun
takpelah semuanya.. 

ibu nak masa itu kembali semula .. back to normal routine!

Ibu rindu kamu!
Kamu pun begitu kan?.. ye ke?

Wachaaa!




Wednesday, November 25, 2015

Giant BEAR murah!!

One day.. (chewah omputih pulak..) ternampak kat fb akak Shilla Firdaus ni..
Dia jual Bear yang besar gedabak ni pada harga RM110. Termasuk pos dan bungkusan skali..

Wowwww terus aku macam...Ooo emmm jiiii
Kali ni kena bodek... kena kipas kuat gitu hahaaa

Since tak pernah dapat bear sepanjang kahwin (kecuali bear kecik kat bunga konvo hihi) & sebelum kawin pun tak pernah dapat bear.. (sian saya kan) hihi.. jadik.. apa lagi.. terus jadikan alasan ... 

"Hadiahkanlah Bear besar ini untuk ganti 12 tahun perkahwinan kita yang tak pernah dapat hadiah bear..... Kesiannya 12 tahun tunggu bear comel tak dapat-dapat. Lagipun wanita dengan bear mana boleh dipisahkan.. kan kann" ..

..cenggitu (tokok tambah cerita kat atas tu untuk sedapkan plot cerita hihi)

So, semalam.. posmen call..
"Puan,,rumah kat mane.? Nak hantar barang.."

Wowwww senyum lebar memanjang laaaaa aku..

Balik rumah terus snap gambar!

Tarraaa!! Memang besar.. Diorang tak larat nak angkat cik bear ni berdua.. berat dan padat.

See... keciknya Ilman kan..!

Terus Dhia buat main lompat-lompat!
video

Ha haaa.. akhirnya tercapai jugak hajat 12 tahun selama ni... Tq awak :)

Harga : RM110 termasuk pos
Retail : RM150

Nak order : contact kak shila kat fb ---> Shilla Firdaus (Barang beliau semua murah dan berkualiti)!

Monday, November 2, 2015

Resepi roti arab addinies

Tarraaa!! Tak tau laa jadi ke tak. Asal ada rupa sikit-sikit dan habis dijual kira ok je la. 
First try kan.. 
Ok ni resepi dari fb
Harap boleh baca ye. Dengan adunan ni dapat 55 doh kecik. Sengaja buat kecik sebab ramai pekerja hihi. Nanti ada yang complain takde keje hehe

Selepas 15 minit mulalah berebut-rebut nak uli pulak. Pening aku nak cari bende gelek. Hentam je lah apa yang ada kat dapur hihi



Hasya pekerja paling rajin sekali kali ni. Bersemangat waja kemain!

Bakar atas api hingga roti gelembung..dan dah boleh ngap dengan kari ikan nyum nyumm!!

Dah penat makan roti , oder dessert oulak. Cake chocolate moist resepi shila rusly



2 version topping & tak topping

Ni projek aritu. Kek gula hangus kukus. 

Oklah.. jumpa lagi. Bai


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini