Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, December 26, 2015

Teaser : My niece's wedding!

Today : Moga majlis berjalan lancar & do permudahkan
Moga perjalanan bonda & adikku dari K. Trg ke Felda Chemomoi juga selamat & dipermudahkan

Aminnn

Thursday, December 17, 2015

Saya ada driver ke pejabat

Dah 2 hari kete orange my darling ni rosak.. 
Mmmm jadi.. dah 2 hari jugak aku dihantar dan dijemput ke pejabat :)
Wahh wahhh !! Best jugak kan. 
Tiap hari boleh dating (sengih lagi)

Barulah perasaan keadaan sekeliling yang dah berubah wajah
Barulah perasaan Embassy dah bertukar kaler rupenya..

Ehh.. dulukan Embassy kaler ijau? Ni dah cantik kaler kelabu taik anjing pulok. Homei kan!
Suami pun kerling ke kiri
Ha ah laa.. bila masa pulak dia tukar cat ni

Eh ..bukan ke klinik chong pindah sini?
Dok lah.. kat sini kan hasya lahir. Bangunan dia sama je, yang tu homestay
Oooooo

Specialists baru kat sini ni bapokla besar kan. Depan ni mesti nak buat perumahan ork?
Bukan...mesti kedai ni. Dia mesti nak commercial kan tempat ni tu
Ye aa kan

Nok kuih dok ..boleh makan sambil drive kekgi?
Nok kuih badak dengan badak skali. Takde badak tak nak makan.
Keh keh keh

Haaa..simple conversation je pun
Tapi makes us happy!
La la laaa
Bukan senang nak dating pagi-pagi tanpa gangguan si kecik :)

Hahaa.. 

Peace skali abang supir...!

Yuhuuuu..cayalah. 
Esok cuti..sure tak dapat dating dah
Kwang kwang kwang

Tq ALLAH!

Wednesday, December 16, 2015

Berjumpa doctor handsome! hik hik!

kuang kuang kuangg!!
masa nak tulis entry ni pun masih terkekeh kekeh rasenya hahaa

Ringkas je citenya.

2 malam lepas ke poli klinik Al-Razi Balok. Hasya demam.
Masuk je bilik doctor, aku macam.. eh ye ke doctor ni?
Dahla muda, hensem lak tu.. tu yang tak menahan tu haha
Pastu yang buat dia jadi makin handsome sebab dia cuma berkolar leher bulat, not in kemeja.
Well, nampak cam tak formal je kan.. i like it! Doctor lokem kan gitulah pakaiannya.. sometimes
Dan beliau sangat ramah tamah hahaa..
Dan a bits funny..haha
Masih ingat certain words yang digunakan
Tapi yang penting is
Senyumannya sangat manis.. wakakakaaaa..
ampun pak..

Keluar bilik jer terus bisik kat Mr Daddy.. 
'Doctor handsome la.. hensem ngat ' pastu baru terkedu jap.. lupa sharing the memories dengan suami.. hehe.. tapi aku tau, he is ok.. (normally ok je ).. err.. i hope so!
Tapi kalu in my part, kalau si suami cakap cenggitu.. boleh accept ke eh? ohh hoo hooo

Opss.. lupa nak share lagi
Betapa handsomenya Doctor tu sampaikan rasa nak ajak doctor tu selpie sama-sama hasya dalam bilik rawatan . tapi kan perasan pulak doctor tuh.. hihi

Ok pendek cite.. first impression tu sangat penting.
Budi bahasa itu juga sangat penting
Semua melambangkan peribadi dan sahsiah diri.. (erk skima pulak dah)

Ok, takpelah. lupakanlah doctor handsome tu.

Kat rumah dah ada budak handsome ni.. :)

dan ini
Both of u are handsome in my mind..
Doctor Ilman & Daddy!



Tuesday, December 15, 2015

Aktiviti cuti sekolah yang free dan sangat enjoy!

First, Addinies dah balik.. clap clap clapp!! Horeyyy... senyum sampai telinga :)
Barulah rasa complete kat rumah
Barulah dapat tengok Durrah dan Dhia gelak berdekah dekah..sungguh-sungguh dia gelak, padahal takdelah lawak sangat pun kakak dia layan
Barulah tengok rumah sentiasa penuh..sana sini addinies hahaa
Pastu mulalah dengar sorang-sorang datang ngadu...'Ibu,.kakak buat, Ibu..amna buat" haha
Pastu Kakak dengan Amna pulak datang dengan mulut muncung sedepa.."Ibu.. abby tu.. bla blaa or yaya tu bla bla bla
Pastu tengok pulak orang lari sana, lompat sana sini
Pastu screen tv dah penuh dengan addinies je ke hulu hilir depan tv
hahahahaa...
takpe.. takpe..
jangan merungut

Ok back tu cerita aktiviti cuti sekolah yang dijanjikan..

Aktiviti pertama mereka, Day 1 balik terus ajak mereka ke sini:

1. Petrosains Tanjung Lumpur, FOC

Yes free ok. Sila datang beramai-ramai.
Lokasinya di Bangunan Yayasan Pahang.

Masa pergi kali ni, memang orang ramai. Bising, crowded.. aku pun cam lemas rasenya

Amna, Durrah & Dhia memang suka mewarna. Padahal kat rumah boleh warna haha.. Takpelah.. support je apa minat mereka kan.

Tapi yang agak kurang best adalah banyak alat yang dah rosak.

Games ni dah rosak.. alahai sayangnya.
Dan banyak lagi yang rosak dan disimpan kat tepi-tepi je. Ada jugak yang display je padahal rosak.

Banyak jugak dia open table, kaunter games. Yang ni game susun paku banyak-banyak supaya balance. Macam senang tapi perlukan daya imbangan yang tinggi.. hehe

Yang ni patung dinosour je. Oklah.. bolehlah aku cite kat Dhia, inilah dinosour macam dalam tv tu. Excited dia tau!

Haa.. yang ni tak sah kalau tak bergambar kat sini. Mirror effect. Sorry gambar tak clear. Sebenarnya Amna masuk ikut pintu belakang berdiri atas tangga je tu..

Ok.. yang lain-lain boleh cuba ye. Kalau first time datang memang excited. Kami ni yang dah datang kali ke 4, 5 ni.. dah boring sebab games yang sama je kat sini.Tapi memang bagus tau game dia.. Datang..datang!!

2. Main masak-masak 

Haaa... kan pernah cite dulu.. ni aktiviti yang paling aku dan kami suka. Dhia pun suka tau. Aku offer dia main kat luar rumah atau nak masak kuih? 
Terus dia jawab nak masak kuih.. wuhuuu terlopong aku jap. Almaklum kalau kakak yang cakap nak main masak-masak aku tak pelik sangat, tapi ni Dhia .. Wahhh, terus aku jom-jom!!

Ok, jom kacau-kacau.!

Kacau lagi.. dan lagi.. Wuhuuu memang seronok main dengan diorang ni!

Tarra... ini yang sebelum masak.
Selepas..? Alaa tak dang snap pulak
Takpe.. yang penting enjoy!


Ok, next aktiviti this weekend. Yang penting free dan enjoy :)
Terima kasih Allah.

Thursday, December 3, 2015

Teruskan bersinar sang Mentari!

Musim tengkujuh dah bermula
Di Utara dah mula banjir
Kelantan pun dah banjir
Minggu lepas, Balok pun banjir..
Owhh sangat menakutkan

Harini dan semalam.. mentari sangat terik.
Memudahkan perjalanan kami semua menghadiri Bengkel di KL semalam
Alhamdulillah..terima kasih Allah tuhan sekelian alam

Tapi kata kawan
Kadang Allah cuma pinjamkan cuaca yang baik ni seketika cuma
Supaya kita leka dan lalai dengan nikmat Allah bagi
Nanti bila-bila nikmat si Mentari yang bersinar ni akan ditarik bila-bila masa sahaja
Oh tidak.. janganlah menghilang lagi

Sejak detik banjir dulu 2013 dulu
Aku dah berjanji pada diri
Aku tak kan merungut lagi pada bahangnya mentari yang memeritkan kulit
Jangan berkeluh pada panasnya dingin malam hari
Bersyukur bersyukur bersyukur!
Teruskan bersyukur!
Kerna
Mentari ibarat bondamu
Dia menerangimu keranaNya
Dia melindungimu keranaNya
Dia mendoakanmu setiap detik keranaNya
Dia sentiasa bersedia memberikan sinar bahagianya walaupun dia pedih menderita dibakar haba panasnya sendiri

Eh.. dah dah
Sama-sama berdoa
Moga bumi kuantan dijauhkan dari bencana banjir
Jauhkanlah bumi Kuantan dari bencana banjir bauksit
Sejahterakanlah kami
Kasihanilah kami ini yang lemah dan tak mampu bertindak apa-apa atas keangkuhan mereka itu

Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami mengadu
Hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas segala-galanya
Dan Engkau jualah yang Maha Mengasihani dan Maha Pemurah

Aminnn

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini