Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, December 3, 2015

Teruskan bersinar sang Mentari!

Musim tengkujuh dah bermula
Di Utara dah mula banjir
Kelantan pun dah banjir
Minggu lepas, Balok pun banjir..
Owhh sangat menakutkan

Harini dan semalam.. mentari sangat terik.
Memudahkan perjalanan kami semua menghadiri Bengkel di KL semalam
Alhamdulillah..terima kasih Allah tuhan sekelian alam

Tapi kata kawan
Kadang Allah cuma pinjamkan cuaca yang baik ni seketika cuma
Supaya kita leka dan lalai dengan nikmat Allah bagi
Nanti bila-bila nikmat si Mentari yang bersinar ni akan ditarik bila-bila masa sahaja
Oh tidak.. janganlah menghilang lagi

Sejak detik banjir dulu 2013 dulu
Aku dah berjanji pada diri
Aku tak kan merungut lagi pada bahangnya mentari yang memeritkan kulit
Jangan berkeluh pada panasnya dingin malam hari
Bersyukur bersyukur bersyukur!
Teruskan bersyukur!
Kerna
Mentari ibarat bondamu
Dia menerangimu keranaNya
Dia melindungimu keranaNya
Dia mendoakanmu setiap detik keranaNya
Dia sentiasa bersedia memberikan sinar bahagianya walaupun dia pedih menderita dibakar haba panasnya sendiri

Eh.. dah dah
Sama-sama berdoa
Moga bumi kuantan dijauhkan dari bencana banjir
Jauhkanlah bumi Kuantan dari bencana banjir bauksit
Sejahterakanlah kami
Kasihanilah kami ini yang lemah dan tak mampu bertindak apa-apa atas keangkuhan mereka itu

Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami mengadu
Hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas segala-galanya
Dan Engkau jualah yang Maha Mengasihani dan Maha Pemurah

Aminnn

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini