Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, January 26, 2016

Bersalai semasa pantang bersalin

Entry ni dah lama duk dalam draft. Jadi.. up je lah terus kat sini walaupun cite lama. Maybe boleh jadi panduan untuk anak-anak kelak

Kampung aku di Terengganu .. Kampung Manir masih amalkan adat bersalai. Tapi tak semua la..ada yang buat ada yang tak. Aku bersalai pun masa anak pertama  & 2 je. Tapi kejap-kejap je pun. Pagi pukul 4-5 pagi aku bangunlah jap salai sebab masa ni anai-anak tidur lena.  Masa anak ke 3 & 4 tak buat pun. Alasan mudah tak de katil nak buat ataupun tak sempat nak buat sebab anak dah ramai.. nak layan yang kecik lagi yang besar lagi.. manakan masa nak masak lagi.. nak makan lagi kan

Pantang kali ke-5 ni nekad nak bersalai. Mintak husband sediakan tempat bersalai :
Katil bujang
Tikar mengkuang 
Bantal
Dapur dan gas
Batu sungai
Kuali leper / pan/ periuk tembikar

Tarraa... siap pun!
Katil untuk bersalai 

Kat bawah katil nanti pasang dapur gas portable tu. Aku pakai periuk tembikar yang memang dah sedia ada kat rumah. Letak batu sungai dalam tu. On kan dapur.
Nanti bila dah panas, wap batu tu akan naik ke atas.. meresap kat tulang belulang. Biasanya aku set alarm bersalai dalam 25-30 minit. Lepas mandi pagi dalam pukul 7.30 am gitu dan lepas mandi petang dalam pukul 5.30 pm. Masa tu badan masih sejuk lepas mandi..pastu kena wap panas ...wawhhh best.. sambil bersalai tu aku akan tungku sekali kat perut dan kat kaki. 
Periuk ni biasanya aku letak betul-betul bawah punggung. Nanti wap dia akan bakar hangat-hangat kat bahagian punggung.. bagi segar badan dan kata orang akan betulkan urat-urat kita yang dah banyak putus masa bersalin. 

Bagi aku yang penting aku rasa segar tiap kali bersalai ni.
Ada orang tak berapa suka bersalai sebab panas, berpeluh-peluh dan tak selesa. Bagi aku atas masing-masing. Macam aku, kali ni jer yang bersungguh sangat nyer hihi..yang sebelum ni hangat-hangat taik ayam jer. 
Kali ni rasa macam penting sangat bersalai ..sebab rasa dah tua kut. Badan tak berapa kuat masa mengandung. Selalu rasa penat dan lenguh badan.
So far, hingga hari ni, dah 6 bulan Ilman Khalish lahir, aku tak pernah lagi rasa lemah tubuh badan dan lenguh badan. Maybe jugak sebab jamu or shaklee atau bersalai ni sebagai salah satu faktor penyumbang kan

Okeh. ni yang ipar aku buat. Aku belajar dari dia. Dia belajar dari Mak Bidan Istimewa kampung kami.. Kak Sah namanya.
Batu sungai kecil campur dengan cengkih dan lada hitam untuk bau wangi semasa wap keluar dari batu tu, pan,  dapur portable dan gas

Aku skip part cengkih dan lada hitam.. hehe.. tak nak membazir kununnnn.. haha.. tapi kalau letak mesti harum je baunya kan

Ni pulak tempat bersalai kat kampung kami
Katil besi, para kayu
tikar mengkuang plastik
dapur arang

Yang ni lagi spesel sebab pakai dapur arang. Api panas dari dapur arang ni tak panas macam dapur gas. Api dia akan so sooo jer bakar. Tapi.. tak daya aku nak tiup hidupkan api setiap kali nak guna dapur arang ni kan. Nak mudahkan .. pakai jer dapur gas. hihi. Zaman moden kan

Lagi satu adalah katil dengan pangkin kayu atau para kayu. Barulah best sebab badan kita baring atas kayu (alas tikar). Bayangkan aku tidur atas katil besi aku kat atas tu.. dahla badan rasa besi berpetak-petak kat badan belakang.. pastu besi tu panah wewewwww.. jap jap alih sana.. jap alih sini. Aku letak kain batik tebal sket kat part  rangka besi katil supaya kurang rasa panas besi hihi
Katil aku takde para kayu. Yang ada katil queen je tu pun yang keliling dia ada border kayu tu. Kiranya kalau nak hidupkan api kena selak tilam dan para, buka dari atas , bukan buka dari bawah.. susah pulak kan. Jadi, guna je lah katil bujang yang ada. Besi pun besi lah. Adoi pun adoilah.. Berbekas besi sana sini pun biarlah. Nak sihat kan :)

Contoh gambar katil kayu kat rumah aku. 
Sumber : gogle


Okeh.. terpulang pada citarasa masing-masing.! Bagi aku ianya bagus untuk kesihatan dalaman
Cubalah dulu baru tau
Kalau tak silap ada jugak orang panggil bertangas. tapi yang tu duduk aatas kerusi yang bawah dia ada wap dari air rebusan herba kut kan

Rating :4.5 bintang

1 comment:

#5 said...

Bilik nyala yg Lisa booking aritu ye? Hik3

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini