Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, January 22, 2016

Hasil buat Aduan Pengguna KPDNKK berbaloi-baloi!

Assalamualaikum.. hehe.. rezeki jangan ditolak, lagikan pula memang hak kita
Masih ingat pesan lecturer marketing masa matrik dulu, 'Customer is always right! "

Pernah buat tuntutan aduan pengguna? Ini kali ke-4 tuntutan yang aku buat dan memang semuanya berbaloi. 

TUNTUTAN Ke-4 : Celcom
Tarikh tuntutan: 14 Dec 2015
Tuntutan selesai : 21 January 2016

Ini screenshot complaint aku kat celcom


Ini respond dari pihak kementerian pengguna KPDNKK

Ini turutan proses tindakan yang mereka dah buat
Petang semalam mereka call dan bagitau dah bayar tuntutan aku sebanyak RM6.50 dalam kredit celcom aku dan RM250 sebagai rebet, Jadi aku setuju dan tutup kes je lah.


Ok, ini complaint aku kat KPDNKK

1. Caj telefon sms dari no 39918, 33282 dan 33992. 

Pernah dapat sms camni tak? 
Sms ni memang tolak kredit. Walaupun nilai dia singgit atau 50sen je, kalau dah 10 kali dah berapa kan. Kalau 10,000 orang yang dapat sms camni, berapa banyak dia dapat kan?

Sebenarnya sms tu dihantar random oleh syarikat yang tak bertanggungjawab. Semua nombor mereka bermula dengan 33###. Setelah aduan dibuat, Celcom akan hubungi syarikat berkenaan untuk buat tuntutan dan block nombor mereka. Selagi kita tak buat aduan, mereka akan terus poww kredit kita .

Ini kali ke-2 aduan aku berkenaan caj oleh nombor 33### tu. Yang dulu pun dah dapat gantirugi.

2. Aduan penggunaan GPRS RM2,000.00

Gila ke apa guna intenet sampai DUA RIBU RINGGIT! ye dua ribu wokey.! Dalam bil dia caj RM2,000 untuk penggunaan GPRS pada bulan October 2015. Terus aku dail 1111. 
Katanya, 
Mungkin pengguna tertekan mobile data. Tapi takpe puan, celcom bagi promosi penggunaan celcom bulan ni dengan mengenakan caj maximum RM250 je untuk intenet walaupun penggunaan RM250 ke atas. Puan guna dua ribu ringgit, Celcom caj 250 je.

Masalahnya, kami tak pernah langgan Intenet Celcom. Biasanya cuma guna wifi maxis atau wifi ofis saja. Lagipun, takkanlah guna intenet sampai dua ribu kut. Tak logik langsung!.. Lagipun tak penah ada dalam bil penggunaan internet celcom ni bagi bulan-bulan sebelom ni tau!
So, rasa tertipu kan.. terus la aku complaint di http://complaint.cfm.org.my/index.cfm
Dan Tara... semalam, mereka kata caj RM250 tu dah jadi rebet..pendek cerita tak perlu bayar!! Yess syokkk kan! 

Aduan ke-3 : 
Beli meja tulis secara tunai tapi barang masih tak hantar 

Lokasi kedai : Balok

Aku beli meja tulis untuk Amna dan Hasya sebelum GST , dalam penghujung bulan Mac 2015. So, untuk elak GST, kami bayar terus secara tunai. Tuan kedai pun cakap ada stok dan akan hantar malam nanti.

Malam tu, dia hantar meja tulis Hasya je. Meja Amna takde stok dan akan sampai minggu depan. 
Ok, aku tunggu minggu depan,.. pun tak sampai. Call tak angkat, Hubby pergi kedai, katanya tokey takde, barang belum sampai. 

Hampir 2 minggu mereka tak hantar juga meja. Terus buat aduan. Tak lama kemudian KPDNKK call tanya samada barang dah sampai belum sebab diorang nak gi kedai. Aku cakap je belom.

Petang tu KPDNKK call lagi bagitau dah pergi kedai, tokey ada sekali. Meja baru sampai dan akan hantar malam nanti. Kalau tak hantar jugak suruh maklum semula.
Petang tu jugak terus mereka call kata nak hantar barang malam tu... haaa tau takut kan.
Malam tu meja sampai, mereka suruh tarik balik aduan dan sign mengatakan aduan ditutup. 

Ni leh meja tulis Amna tu..

Aduan ke 2: Caj telefon dari no 33###

Aduan ni macam kat atas tu. Total tuntutan dalam RM10+. 
Semua tuntutan selesai dan dapat semua.

Aduan 1: Carrefour Kuantan

Aduan ni dah lama.. sekitar 2009 kut.
Kisahnya .. sekitar CNY akan dapat kupon RM8 untuk pembelian RM88 ke atas kut. So kupon tu aku tuntut sehari selepas tempoh beli barang. Tapi Customer Service cakap, kena tuntut pada hari yang sama pembelian dibuat. Kiranya beli hari tu, dapat kupon dan guna terus kupon tu. 
Adeh.. walaupun 8 ringgit je rasa macam terkena je. Bila bagitau takde pun cakap kena guna terus, dia pun tunjuk syarat kat kertas dia.. kecik yang amat.. manala nampak kan.
Esoknya terus buat aduan. Sebab secara online je kan.. hehe.. kalau kena menapak ke KPDNKK tu malas juga aku buat aduan.
Tak lama, KPDNKK call balik.. siasat-siasat.. dan aku dapat balik tunai RM8 dari carrefour. 
Hihi.. barulah berbaloi walaupun 8 hengget je dah boleh beli piza regular size hehe!

CUSTOMER is always right kan!

Pernah sekali aku beli lolipop di carrefour jugak, Harga tulis 80 sen, tapi bila bayar jadi 85 sen. Aku terus ke customer service. Sepatutnya dapatlah balik 5sen untuk 4 batang lolipop tu , total 20 sen kan. Tapi dia tutup mulut aku dengan Downy.. hihi terus aku tutup mulut dan cow cincau...!!

CUSTOMER is always right kan!

Apa lagi.. jangan lupa buat aduan tau... itu hak kita semua!
Bye..!


2 comments:

#5 said...

Waa mesranye dgn kpdnkk... Good job.

Aisha Sampao said...

assalamualaikum, saya mahu meminta pertolongan tuan sebab saya ditipu melalui internet, saya membeli iphone di laman instagram dan membankin duit sebanyak RM4850. saya ada semua bukti dan transaction saya dgn seller. kalau tuan sudi tolong saya tolong whatapp saya tuan hanya tuhan dpt membalas jasa tuan 01133864032 atau tuan bole email saya. terima kasih.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini