Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, January 12, 2016

Short Vacation #1 : Sungai Manir, Mydin Mall Gong Badak, Taman Rekreasi Pulau Kambing

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru 2016.

Walaupun dah hampir separuh bulan Januari, tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru. 
Semoga tahun ini lebih indah dan menggembirakan.
Cerita lama yang kusut masam itu.. simpanlah dan jadikan pedoman
Cerita lama yang 'happening' itu sama-sama kita pegang dan kenang sepanjang hayat kita
Manakala cerita lama yang sedih itu .. pejamkan mata, peluk erat mereka yang disayangi.. 
Remember, we are always with u...! we are always there for u..!

Ok, azam tahun baru kali ni.. nak upload semua gambar percutian.
Hah.. yang taun-taun lepas punya percutian ..2 kali ke Langkawi, tak pernah sekali pun update.. 
Rugi kan untuk kenang-kenangan
Family trips vacation ke Banting yang happening tu pun tak update
First percutian bersama Ilman ke Mini Cameron Highlands pun tak update!
Rugi kan..
At least sekeping gambar pun jadilah kan

Ok, ini our first short vacation!
Chewah ..sebenarnya kebetulan balik kampung,, macam biasa terusla kami jalan-jalan kan

1. Persisiran Sungai Manir Kuala Terengganu
(Rating :5 Bintang)


Tenangnya di sini! Sungguh!  Dua pagi berada di kampung, dua pagi jugaklah aku ke sini bersama Amna. 7.00 am dah ada di sini. Berdua saje. Yang lain lebih suka menikmati sejuknya pagi dengan berselimut tebal di rumah bonda saje. Rugi ..tapi itu pilihan masing-masing kan. Amna sporting dan menggembirakan.. segirang senyumannya.

2. Mydin Mall Gong Badak
(Rating :4.5 Bintang)

Tempat ni takdelah happening sangat.. barangnya tak banyak pilihan tapi senang parking.
Yang paling best datang time preggy.. ada parking khas untuk preggy mom :) Dekat dengan pintu utama.. wahhh suka sangat aku masa ni.
Yang istimewa tentang Mydin Mall ni adalah dia sangat menitikberatkan waktu Azan. Semua transaksi perniagaan di kaunter pembayaran akan dihentikan semasa azan berkumandang. Baguskan! Dulu ingatkan waktu azan Maghrib je, tapi few time pergi masa azan Zuhur dan Asar sama, Mmmm bannga jap jadi orang tengganu masa ni


Dah besar awak ye.. rindu masa awak baby tidur bawah ketiak ibu hik hik.. :)

3. Taman Rekreasi Pulau Kambing
(Rating :5 Bintang)

Bagi aku, Kuala Terengganu memang banyak playground yang best! 
Kat sini memang best.. samada untuk kids ataupun untuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik.
Playground banyak, secure, dalam pagar, ada tempat makan, view yang cantik especially masa senja matahari terbenam. Tiap kali lalu (lalu je.. bukan berhenti ) mesti kids jerit.. Wowwww bestnya kat sini..!
Kalau ke Terengganu wajib datang sini selain taman rekreasi Batu Buruk yang lagi happening!



Next, hajat nak ke Bukit Panorama tapi tak tercapai kali sebab jalan utama ditutup. Jalan dibuka untuk pejalan kaki saja.. apa sanggup ke deme nak jogging panjat bukit sambil kelek dan dukung anak .. ? ohh say no for today.. lain kali okeyh



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini