Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, January 27, 2016

Taman Botanikal Melaka - tempat rekreasi paling best di Melaka

Trowbek : September 2014
Lokasi : Taman Botanikal , Ayer Keroh Melaka

Maaf..yang ni koleksi dalam draf. Publishkan je lah kasi clear draft :)

See.. Dhia Zaara kecik lagi masa ni. Durrah khayla pun masih naik stroller

Tempat ni lebih kepada tempat rekreasi bersama keluarga. Kat dalam ada taman permainan, tasik, berkayak, Kampung Buku pun ada.

Yang paling best bagi aku adalah bermain basikal bersama kids. Amna masih tak pandai beroda dua. Jadi, kami sewa dua basikal je

Satu basikal besar yang ada tempat duduk kanak-kanak. Satu lagi basikal untuk Hasya.

Bolehlah aku kayuh basikal sambil kendong Durrah, Hasya kayuh satu basikal lain. Husband dan Amna terpaksalah berjalan sambil tolak stroller Dhia Zaara. hehe

Kat dalam Taman ni best. Ala-ala berkayuh kat kampung masa kecik-kecik dulu. Round kampung.. masuk hutan.. pastu singgah main playground..sambil kena gigit nyamuk (hehe adatlah kan ). It such a wonderful moment bila kita boleh share our moment main beskal masa kecik-kecik dulu dengan our children dan sharing the same memory dengan husband. Seronok sangat !!(for us la)

Sewa basikal ni murah je.. dalam 3-5 ringgit rasenya. as at Sept 2014

Buggy pun ada disediakan untuk disewa. Tapi dia akan guna laluan lain. 

Taman ni pun sangat bersih, ada banyak papan tanda yang membantu, Environment pun sangat indah.
Kena repeat kalau datang lagi ke Melaka. Oh ye.. nyamuk memang banyak dan juga monyet pun banyak berkeliaran especially dekat tong sampah

Rating : 4.5 star

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini