Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, February 4, 2016

Meraikan mereka

Trobeck : 2014

Masih entry dalam draf. Rasa rugi tak publishkan untuk ingatan aku kelak.


Hari ni kami di trg. Balik kg meraikan majlis perkahwinan sedara terdekat. Sebenarnya lebih kepada meraikan keluarga mereka yang banyak berjasa dalam kehidupannku sebagai anak yatim.

Arwah neneknya.. sentiasa  tak putus hadir dalam kehidupan kami. Hingga akhir hayatnya, aku sentiasa ingat jasanya.. pernah mengiringiku masuk matrik di seremban jauhnya, pernah juga hadir menghantarku nun di chemomoi sebagai seorang menantu baru di sana... Banyak.. tak terbilang jasanya. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.

Ibunya..
Jasanya juga tak terbilang. Aku.. diterima masuk bekerja di KL tanpa sebarang interview! Sape senang-senang nak bagi kerja tanpa tak dikenali kann? Atas dasar membantu anak yatim yang terkial-kial mencari kerja, ibunya meminta jasa baik abangnya di KL untuk berikan aku kerja. Memberikan rezeki pertama aku sebagai pemegang ijazah. Memberikan aku peluang menimba ilmu dan pengalaman untuk aku memúlakan karier. Dan memang betul. Karierku bermula di sini. Berkembang dan terus berkembang.. alhamdulillah. Terima kasih atas tangan dihulur untuk anak yatim ini...

Bapanya...
Siapa lagi kalau bukan dia yang selalu memberi kata perangsang untuk terus bekerjaya? Siapa yang tumpangkan aku jalan-jalan naik kereta ke tasik kenyir dulu-dulu? Aku yang jarang sekali dapat outing ni.. terus macam darat undang naik keta merah dia jalan-jalan keliling kampung jer. Aku pasti aku akan ingat itu. Ingatan kecil tapi sangat memberi impak daam kehidupanku.

Terima kasih semua-semua. Moga diberkati dan dirahmati selalu...
Juga selamat pengantin baru pengantin..Mira & Suami



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini