Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 29, 2016

Bunga samperit saya

Durrah khayla sangat suka bunga samperit ni.
aku pun suka.. hasya pun suka.
So first time try.. senang je rupanya tapi acuannya .. mak ai payahnyer nak tekan.
jadi.. bersungguhlah hasya main terap-terap pulak.




Amna pun rajin terap kuih.. tapi tak makan pun. dia kan tak makan kueh mueh ni..



Ni la.. yang paling semangat skali 


Aku cari acuan camni sebenarnya. tapi tak tak tau kat mane nak beli
Dulu mak aku ada acuan camni tapi dah tinggal batang jer.. kakas lain seme dah tak jumpa cari
mungkin acuan ni bagi kids lagi gigih nak buat kuih lepas ni ..
mmmmm hope so!!


Monday, March 28, 2016

Bunga-bunga kecil saya

Baru belajar tanam bunga..
dulu.. pernah juga tanam bunga matahari tapi yang tumbuh bunga lalang jer hihi




Thank you taman bunga Aina Zahra..

Wednesday, March 23, 2016

Kek pisang saya :)

Dah 2 hari pisang yang kak leha bagi takde sape yang makan. Sedap pisangnya.. kami bukanlah penggemar pisang tapi bolehla layan kan..

Jadi.. balik semalam rasa nak try masak kek pisang. Terus google resepi dan cek bahan semua ada kecuali soda. Terus hello hubby minta tolong belikan :) tq Darling !

Aku ikut resepi Azie Kitchen :Kek Pisang yang sangan lembap
Masak 40 minit je.. tadaaaaa!!

Oklah.. first trial kan. 
Pagi ni terus habis semua orang tapau.. hubby, hasya, durrah, aku & bagi kak leha sikit. 

Mmmmm alhamdulillah kenyang lagi sampai sekarang. 
Nak?? Meh datang bilik saya :)

Ini resepinya.. selamat mencuba.. !

Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Tuesday, March 22, 2016

Janji awak pada saya :)


Ianya isu yang sensitip bagi saya.. saya tak pasti bagi awak.
Kita tak pernah berbicara tentang isu ini.. sebab saya takut pada expectation yang tinggi di hati kecil saya ini
Tapi ianya seakan hint dari saya atau hint dari awak atau sebaliknya
Jadi saya rekodkan disini sekadar rakaman..bukti bicara awak tempohari yang sangat membuatkan hati saya berbunga riang .. sangat indah
Saya tuliskan disini sebab biasanya awak lupa tentang perkara yang dibicarakan.
Berapa kali saya perlu ingatkan saya suka makan pizza.. sangat suka . Saya juga tak nak pergi bercuti ke tempat yang sama dalam tempoh 5 tahun . Kita hanya akan ke CH dalam tempoh 3 tahun setengah lagi. Kita hanya akan ke Melaka lagi dalam tempoh 5 tahun lagi. Eh.. saya lupa.. awak sangat ingat tentang itu.. Sory awak

Tapi saya perasan dan sangat paham.. awak memang akan lupa tentang sesuatu perkara yang cuma dalam perancangan..dalam bayangan saya saja

Takpe.. kadang-kadang saya pun lupa .. tarikh kahwin kita.. 30 May. ye saya ingat 30 May. Tapi saya lupa tahun. Saya perlu mengira bila tahun Hasya dilahirkan.. eh bila ye.. opss baru teringat ic Hasya bermula 05.. means Hasya lahir tahun 2005. Maka, annyversary kita tahun 2003 rupanya.  Owh tahun ni dah 13 tahun kita kahwin. Huuu.. sungguh saya perlu kira untuk mengingati tahun kahwin kita hihi.. sorry darling.

Back tu janji awak pada saya. ini kali ke-2 saya sungguh-sungguh mengingatinya

19 Mac 2015

Kami lalu sebelah tanah bonda.. sangat hampir dengan masjid. Lalu aku bersuara dengan spontan

..Tanah ma ni dekat dengan masjid. Best jugak kan
Ha ahh 
Apa kata.. kalu kita beli tanah ni dengan ma.. nanti kita boleh buat rumah kat sini . Senang nak g masjid.
Ha ah.. betul jugak tu. Dah rumah yang dah ada atas tanah ni camne..
Kita roboh rumah ni.. kita buat rumah baru semua.. ok dok?
Ok gok tu...

See..? Hati sape tak berbunga riang kan?
Tapi saya tak tau samada awak ingat tak ucapan janji manis awak tu
Harapnya awak ingat.. ini saya rakamkan disini

Few years back

Kita berbicara ringkas je tentang tanah kebun arwah abah hadiah istimewa bonda untuk saya.

Tanah ni besar. Kalau anih nak buat kat sini biarlah dia buat dulu kan. Boleh kita buat kedian.
Ye la.. biarlah dia buat dulu. Tapi kalau nak buat rumah kat sini.. kena memanjang ke belakang la.. tak boleh lebar ke tepi. Nanti sorang depan sorang belakang
Betul jugak tu

Hints indah juga kan..!

Tak pasti awak ingat tak.
Tapi bagi saya ianya adalah sesuatu yang sangat serius dan saya akan ingat sampai bila-bila.

Terakam di sini sudah.
Jangan lari-lari aaaa.. nanti saya kejar dalam kebun duku abah.. hihi

Amin ramai-ramai semua
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki untuk itu

Wednesday, March 9, 2016

27 tahun

Aku suka membaca blognya.. memang sentiasa penuh berhemah dan puitis bahasanya. Mungkin penulisannya memberikan gambaran penuh dirinya.

Kalini.. penulisannya sangat menusuk kalbu.. pilu.. terasa ianya lahir ikhlas dari hati sanubarinya..

Owh.. baru perasan tak boleh copy paste rupanya..
Bolehlah sedara sedari semua membacanya disini.

Genap 10 tahun

Kadang bila membaca sesetengah penulisan.. yang berkisar kisah kehidupan yang beronak liku, kepayahan hidup, kesedihan dan keperitan yang dialami, ianya tidaklah secantik bahasa yang digunakan beliau ini. Kadang tu memang cantik gaya bahasa, tapi terselindung sedikit riak atau maksud tersembunyi. Tapi penulisan Nora ni.. sungguh ikhlas..

Dah baca?

InShaAllah akan ku cuba untuk berbakti selagi terdaya.. akan ku cuba membaiki diri selagi termampu.

Doakan aku menjadi yang terbaik untuk dia.

Oh ye.. 27 tahun tu anda tau...? ia signifikan dengan cerita Nora tadi.

27 + 11. Itulah kisah hidupku

Tuesday, March 1, 2016

Mimpi lagi

Ntah kali ke berapa..
semalam mimpikan dia lagi

datang.. dengan senyumannya.. kami sama-sama hadir majlis kenduri
dia memuji kebersihan rumah arwah tok anang
meninjau ke dalam bilik tidur utama
ada satu je katil
dia memesanku..
kita ni anak ramai.. kena tambah satu katil lagi dalam bilik kalau tak muat
sambil terus tersenyum
senyuman manisnya yang selalu itu

terus aku tersedar.

... kisah mimpi dulu.. klick sini

Al-fatihah
sungguh aku rindu..
tapi siapalah aku
mungkin anak-anak dan suaminya lebih merindukannya
dan mungkin juga ibunya yang sangat merindukannya..

Saya Demam

37.5

Ala.. demam je pun.. baru 37.5 kut. rilex aaa

Aku ni jarang demam. Alhamdulillah. Semasa pregnant pun, hanya sekali dua je demam rasenya. Masa mengandungkan Amna je. Yang lain tak demam. Kadangkan terpikir..hebatnya arwah wan, arwah abah, bonda dan arwah kak Tina mengasuh aku semasa aku kecil hingga aku ada antibody yang sangat kuat.Jarang demam, selesema dan sakit-sakit.. Hebatnya Kuasa Allah memberikan mereka keajaiban dapat mengasuh aku dari semasa aku belum pandai berjalan hinggalah dah dewasa dan dapat melahirkan dan membesarkan anak sendiri pulak. Apa lagi yang seorang gadis inginkan selain sebuah keluarga dan dikurniakan anak even anak-anak. Anak saja pun dah Alhamdulillah inikan pula aku yang dikurniakan 5 orang anak-anak yang comel semuanya. Allahuakbar.. Hebatnya Kuasamu!

Back to the cerita demam..
Demam adalah permulaan segala penyakit. Demam menunjukkan sistem badan breakdown. Sama macam mesin potostat yang rosak dan perlu dibaiki. Manusia juga begitu.

Tapi bagi aku demam adalah sangat menyakitkan. Seluruh badan akan rasa lemah.. sakit badan, kepala berat, mata pedih,. Semua akan jammed! Even nak makan pun kau nak dia yang suapkan (tapi sedihnya dia dah pergi kerja baru aku demam huu)

Demam buatkan aku sangat tak selesa. 

Demam adalah lebih sakit dari bersalin.. (erk ye ke?) Ye. Sebab sakit bersalin akan berakhir dengan kegembiraan. Kegembiraan menyambut orang baru membuatkan engkau lupa akan rasa sakit bersalin (walaupun masih terbayang sakit ehh bukan sakit..mmm susahnya melahirkan Ilman Khalish haritu).

Demam membuatkan engkau rasa tak daya nak melayan karenah anak. Semuanya aku main angguk jer. Suara pun tak keluar. Sungguh aku tak daya.

Ala.. baru 37.5 pun kan. Apatah lagi mereka yang demam 39-40 c tu kan.

Bersabarlah rtny! Ianya peringatan dari Allah bahawa Mati itu adalah semakin hampir dan sangat menyakitkan. 

 MC dapat sehari jer. Jomla ke kelas walaupun badan masih lemah.

(Demam kali ni sebab bengkak susu bukan sebab berjangkit virus. See.. betapa hebatnya mereka mendidik aku sedari aku masih di pangkuan bonda dan nenda. Aku demam bukan disebabkan jangkita virus.maksudnya antibody aku masih kuat...Semuanya atas Kuasa Allahi Taala. Allahuakbar!)

Terima kasih Allah atas peringatan ini..

entry demam 2013 klik sini ,  dan sini

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini