Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 22, 2016

Janji awak pada saya :)


Ianya isu yang sensitip bagi saya.. saya tak pasti bagi awak.
Kita tak pernah berbicara tentang isu ini.. sebab saya takut pada expectation yang tinggi di hati kecil saya ini
Tapi ianya seakan hint dari saya atau hint dari awak atau sebaliknya
Jadi saya rekodkan disini sekadar rakaman..bukti bicara awak tempohari yang sangat membuatkan hati saya berbunga riang .. sangat indah
Saya tuliskan disini sebab biasanya awak lupa tentang perkara yang dibicarakan.
Berapa kali saya perlu ingatkan saya suka makan pizza.. sangat suka . Saya juga tak nak pergi bercuti ke tempat yang sama dalam tempoh 5 tahun . Kita hanya akan ke CH dalam tempoh 3 tahun setengah lagi. Kita hanya akan ke Melaka lagi dalam tempoh 5 tahun lagi. Eh.. saya lupa.. awak sangat ingat tentang itu.. Sory awak

Tapi saya perasan dan sangat paham.. awak memang akan lupa tentang sesuatu perkara yang cuma dalam perancangan..dalam bayangan saya saja

Takpe.. kadang-kadang saya pun lupa .. tarikh kahwin kita.. 30 May. ye saya ingat 30 May. Tapi saya lupa tahun. Saya perlu mengira bila tahun Hasya dilahirkan.. eh bila ye.. opss baru teringat ic Hasya bermula 05.. means Hasya lahir tahun 2005. Maka, annyversary kita tahun 2003 rupanya.  Owh tahun ni dah 13 tahun kita kahwin. Huuu.. sungguh saya perlu kira untuk mengingati tahun kahwin kita hihi.. sorry darling.

Back tu janji awak pada saya. ini kali ke-2 saya sungguh-sungguh mengingatinya

19 Mac 2015

Kami lalu sebelah tanah bonda.. sangat hampir dengan masjid. Lalu aku bersuara dengan spontan

..Tanah ma ni dekat dengan masjid. Best jugak kan
Ha ahh 
Apa kata.. kalu kita beli tanah ni dengan ma.. nanti kita boleh buat rumah kat sini . Senang nak g masjid.
Ha ah.. betul jugak tu. Dah rumah yang dah ada atas tanah ni camne..
Kita roboh rumah ni.. kita buat rumah baru semua.. ok dok?
Ok gok tu...

See..? Hati sape tak berbunga riang kan?
Tapi saya tak tau samada awak ingat tak ucapan janji manis awak tu
Harapnya awak ingat.. ini saya rakamkan disini

Few years back

Kita berbicara ringkas je tentang tanah kebun arwah abah hadiah istimewa bonda untuk saya.

Tanah ni besar. Kalau anih nak buat kat sini biarlah dia buat dulu kan. Boleh kita buat kedian.
Ye la.. biarlah dia buat dulu. Tapi kalau nak buat rumah kat sini.. kena memanjang ke belakang la.. tak boleh lebar ke tepi. Nanti sorang depan sorang belakang
Betul jugak tu

Hints indah juga kan..!

Tak pasti awak ingat tak.
Tapi bagi saya ianya adalah sesuatu yang sangat serius dan saya akan ingat sampai bila-bila.

Terakam di sini sudah.
Jangan lari-lari aaaa.. nanti saya kejar dalam kebun duku abah.. hihi

Amin ramai-ramai semua
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki untuk itu

2 comments:

#5 said...

Hi my lovely double jiran...

Engku Artini said...

Hi.. amin2.! Hari2 leh mkn cct kekgi :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini