Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, March 23, 2016

Kek pisang saya :)

Dah 2 hari pisang yang kak leha bagi takde sape yang makan. Sedap pisangnya.. kami bukanlah penggemar pisang tapi bolehla layan kan..

Jadi.. balik semalam rasa nak try masak kek pisang. Terus google resepi dan cek bahan semua ada kecuali soda. Terus hello hubby minta tolong belikan :) tq Darling !

Aku ikut resepi Azie Kitchen :Kek Pisang yang sangan lembap
Masak 40 minit je.. tadaaaaa!!

Oklah.. first trial kan. 
Pagi ni terus habis semua orang tapau.. hubby, hasya, durrah, aku & bagi kak leha sikit. 

Mmmmm alhamdulillah kenyang lagi sampai sekarang. 
Nak?? Meh datang bilik saya :)

Ini resepinya.. selamat mencuba.. !

Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini