Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 1, 2016

Saya Demam

37.5

Ala.. demam je pun.. baru 37.5 kut. rilex aaa

Aku ni jarang demam. Alhamdulillah. Semasa pregnant pun, hanya sekali dua je demam rasenya. Masa mengandungkan Amna je. Yang lain tak demam. Kadangkan terpikir..hebatnya arwah wan, arwah abah, bonda dan arwah kak Tina mengasuh aku semasa aku kecil hingga aku ada antibody yang sangat kuat.Jarang demam, selesema dan sakit-sakit.. Hebatnya Kuasa Allah memberikan mereka keajaiban dapat mengasuh aku dari semasa aku belum pandai berjalan hinggalah dah dewasa dan dapat melahirkan dan membesarkan anak sendiri pulak. Apa lagi yang seorang gadis inginkan selain sebuah keluarga dan dikurniakan anak even anak-anak. Anak saja pun dah Alhamdulillah inikan pula aku yang dikurniakan 5 orang anak-anak yang comel semuanya. Allahuakbar.. Hebatnya Kuasamu!

Back to the cerita demam..
Demam adalah permulaan segala penyakit. Demam menunjukkan sistem badan breakdown. Sama macam mesin potostat yang rosak dan perlu dibaiki. Manusia juga begitu.

Tapi bagi aku demam adalah sangat menyakitkan. Seluruh badan akan rasa lemah.. sakit badan, kepala berat, mata pedih,. Semua akan jammed! Even nak makan pun kau nak dia yang suapkan (tapi sedihnya dia dah pergi kerja baru aku demam huu)

Demam buatkan aku sangat tak selesa. 

Demam adalah lebih sakit dari bersalin.. (erk ye ke?) Ye. Sebab sakit bersalin akan berakhir dengan kegembiraan. Kegembiraan menyambut orang baru membuatkan engkau lupa akan rasa sakit bersalin (walaupun masih terbayang sakit ehh bukan sakit..mmm susahnya melahirkan Ilman Khalish haritu).

Demam membuatkan engkau rasa tak daya nak melayan karenah anak. Semuanya aku main angguk jer. Suara pun tak keluar. Sungguh aku tak daya.

Ala.. baru 37.5 pun kan. Apatah lagi mereka yang demam 39-40 c tu kan.

Bersabarlah rtny! Ianya peringatan dari Allah bahawa Mati itu adalah semakin hampir dan sangat menyakitkan. 

 MC dapat sehari jer. Jomla ke kelas walaupun badan masih lemah.

(Demam kali ni sebab bengkak susu bukan sebab berjangkit virus. See.. betapa hebatnya mereka mendidik aku sedari aku masih di pangkuan bonda dan nenda. Aku demam bukan disebabkan jangkita virus.maksudnya antibody aku masih kuat...Semuanya atas Kuasa Allahi Taala. Allahuakbar!)

Terima kasih Allah atas peringatan ini..

entry demam 2013 klik sini ,  dan sini

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini