Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, April 30, 2016

DIY : Cat kereta wira sendiri lagi

Date : 28 April 2016
Dia dah mula dah... mula dah rasa rajin nak diy kereta dia.. jadi aku support je lah.. ilman pun kalau boleh tak sabar nak tolong spray cat 

Ini cerita diy cat kereta kancil dan wira sebelum ni.
Ini kisah semalam




Ni pulak kisah tengahari ni. Aku balik untuk lunch jap.. tengok tengoh dah siap spray kat tengah.
Kali ni nak buat belang silver dengan hitam pulak katenya..
Haip haipp janji happy! Ilman tak kisah kan.. :)



Ok next nanti update lagi key.

Friday, April 29, 2016

Selamat Pengantin Baru

23 April 2016
Paka

Both are my colleague.. Rashdan aka bob & Azira.  tapi bob lebih kepada adik-adik dan lebih rapat since kami same department dan same campus dulu. Azira baru kerja kat college kami.




2 April 2016
Dewan Jubli Perak Kuantan
Both are my x-students..Syed Muzaffar & 


Congratulations semua.. semoga kebahagian harini kekal ke akhir hayat.
Moga dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh yang membahagiakan ibu ayahnya ke akhir hayat jua!

Friday, April 15, 2016

Buzy

arghh..
ehh
mmmmmmm

jangan merungut
minggu ni macam arghh.. help me!
minggu ni je rasa macam nak duduk dalam dakapan bonda jer..seriously it is!
rasa macam nak jadi anak kecil.. duduk dalam ribaan bonda!
tak perlu fikir apa-apa.. main je dalam dukungan bonda
mmmm
lately selalu fikir
dan terbayang
macam ni lah.. bonda.. arwah nenda, arwah ayahanda, arwah kanda..
mendukung, menemani, mendodoi, memandikan, menyuap makan, mengajarku bertatih,
mengajarku bertutur,
memujuk tangisku, meredakan amukanku,
membelikan mainan, memasak makanan kegemaranku

macam ni lah.. mereka mendidikku.. mengasuhku
seperti mana aku mengasuh ilman khalish sekarang
menatang bak minyak yang penuh

mereka memanjakanku sepertimana aku memanjakan ilman
memanjakan addinies

tapi aku lupa itu
aku cuma perlu ingat
detik itu berlaku
sungguh manis dan indah
aku dalam pelukan bonda
menyusu bersama bonda
tidur dalam pelukan dan alunan merdu nyanyian bonda
arwah abah mesti selalu mengalunkan ayat suci quran seperti selalu
arrwah nenda mesti selalu menemaniku setiap masa

aku ingin begitu

walau bonda tak pernah memelukku ketika aku menjangkau dewasa ini
bonda tak pernah mempamerkan kasih sayangnya dengan sentuhan
bonda tak pernah memanjakanku dengan tangan
Hingga aku terpaksa bertekad pada satu hari.. dulu.. satu ketika dulu.. aku bertekad
Aku akan peluk dan cium bonda satu hari nanti..
Itu dulu
Betapa bonda tak pernah atau aku lupa yang bonda memeluk dengan penuh kasih sayang ketika aku kecil

Kasih sayang bonda terletak pada ...
Keikhlasannya menikahkanku
keizinannya melepaskanku bekerja di luar kampung halamannya
Kehadirannya pada setiap detik aku melahirkan cucunya
pada masakannya yang tak pernah putus ketika kami mengunjunginya sesekali.. ye sesekali cuma
Banyak kasih sayangnya yang tak dapat aku huraikan
Tak terhingga
Bukan hanya pada tiada pelukan kasih darinya
Bonda tidak membalas pelukanku
Bonda juga tidak membalas ciuman pipiku
Bonda tak pernah membelaiku dewasa ini
Tapi bondaku menatang aku bak minyak yang penuh dengan cara yang berbeza

Arg,, stress keje.. ginilah
membayangkan bonda dah menghilangkan gelora gundah gelana di hati

I Loove u Bonda
Really miss u
Miss your hug and kisses!

Wednesday, April 6, 2016

Baby Expo dan Festival Batik di Kuantan 2016

Baby Expo's Today (25-27 Mac 2016)

Ini kali ke-3 aku gi expo ni. Kali pertama tahun 2013 then 2014. 2015 takde expo. Frust betul takde sebab aku excited nak beli barang boboy masa tu.. siap message kat facebook tanya bila nak buat expo baby kat kuantan. Sekali dia cakap tak buat untuk tahun 2015.. kuangg kuanggg kuangg..

So, kali ni.. dengan harapan sama atau better dari tahun 2014. Tapi malangnya.. ye bagi aku malang... tak best.

Barang.. tak banyak
Kedai/ booth .. tak banyak (separuh dari expo dulu)
Kawasan .. tak besar.. thats why kedai tak banyak
Harga.. memang tak best .. dah zaman GST kan. Harga memang kebaboom haish..

Sebelum pergi.. gigihlah aku korek duit sana sini.. sebab plan nak beli baju raya budak-budak skali kan. Masa tu belum gaji.. jadi haruslah korek tabung huu. Gigih betul aku kan

Tapi apa yang aku beli kat sana?
1. Pampers.. takde jenama.. RM35/100 pcs saiz XL
2. Toys .. offer RM5
3. Baju little Pony saiz Dhia & Durrah RM10 x 2
TOTAL : RM60

Berapa lama kami shopping kat expo kali ni?
Sampai tepat 10.00 am sebab tak nak berebut dengan ramai orang kalau lambat.
Keluar tepat 10.30 am..terus ke AEON Big kat depan Expo

Sangat mengecewakan
Penat korek tabung

2014..
Aku dapat shopping baju gaun kids usia bawah setahun harga RM10 selai.. cantik dan banyak choice.
Shopping baju gaun kids usia 1-4 tahun sehelai RM20.. cantik, sangat berkualiti dan baaaanyak sangat pilihan. Siap boleh belikan untuk anak buah lain lagi.
Shopping accesories breast pump etc.. murah dan banyak kedai.
Shopping pampers... memang murah. banyak jugaklah borong masa tu
Promosi susu pun banyak dapat sample free.

2016
Baju gaun cuma ada untuk kids bawah setahun. tu pun RM15 dan tak banyak pilihan
Rompers kebanyakannya pada harga RM10-15.. mahal! Bagi aku .. boleh dapat lebih murah dan lebih berkualiti kainnya di kedai kuantan
Accesories bestpump.. tak jumpa pun. Kali ni  kedai fabolous mum pun takde.. tak best kan!
Pampers.. cuma ada drypers dan yang tak berjenama tu
Promosi susu.. tak banyak

Pendek kata.. disebabkan GST.. Harga pun dah tak bes..

Festival batik 1-3 April

Kali ni promosi kaw-kaw jugak
English cotton yang harga asal RM80 sepasang dah jadi RM100 untuk 3 pasang
Batik pun RM100/3 pasang

Berialah aku bawa duit lagi dengan harapan settle bahagian baju raya kali nih

Tapi.. mmmmm... maybe not my taste.. atau outdated or.. pendek cite kurang menarik mata aku dan encik suami dan Hasya.. (Hasya je bawa g jalan-jalan sekarang .. kut sesak kononnya )

Jadi.. berapa lama kami shopping?
Sampai kul 11.30 am
Keluar 11.50 am

Beli apa?
Beli innerhead RM5 untuk Hasya ..

Pendek kata.. GST menyebabkan aku tak dapat shopping raya lagi.. adeh..adeh


Tuesday, April 5, 2016

Bahaya ke HFM pada budak-budak?

29 Mac 2016
Cikgu Tadika Durrah call..
Durrah ada ulser dalam mulut. Kat tangan dia pun macam ada bintik. Minta tolong puan bawa Durrah ke klinik sebab ada kes HFM minggu lepas kat pelajar.

Ok.. zasss terus bawak ke klinik. Plan asal ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ang. Tapi bila receptionist cakap..
Puan sanggup tunggu turn lagi 1 jam 50 minit tak?
Oh nooo...
Terus ke Klinik biasa je

Yess.. ada HFM. Tapi sikit je sebab hanya ada 1 bintik kat tangan dan 1 bintik kat kaki. 
Bahaya tak doktor.?
Sambil sengih doktor jawab...
he he.. tak bahayalah. sikit je ni.. (macam sinis je)
Saya bagi ubat sapu untuk ulser dan sapu untuk bintik.

Balik rumah.. Dhia & Ilman pun demam, ada ulser dan ada bintik juga. Aku sapu ubat yang doctor bagi tadi dan ubat demam je. Dah mula tak nak makan dan susu

Malam.. makin kuat demam dan merengek-rengek. Maybe sakit mulut sebab ulser.
Pagi esok terus bawa diorang ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Yaw kat jalan Beserah pulak. Aku memang suka kat sini.. sebab banyak toys, luas dan environment best. Orang tak ramai kali ni

Mula-mula sampai.. aku cakap..
Kami tunggu kat dalam kereta je ..kut jangkit dengan budak-budak lain
Takpe kak.. boleh tunggu kat atas.. ada bilik khas untuk puan
Dalam bilik menunggu.. rasanya ni bilik rawatan 

Dalam bilik ni pun seronok diorang dapat main turun naik katil, tengok budak lalu lalang keluar masuk bilik doc.. hihi.. budak-budak kan.. asal tempat baru dan selain dari rumah je pun dah happy :)


Ok.. dalam setengah jam tunggu,  kami pun dipanggil jumpa doctor

Mula-mula cek Ilman
Ok.. ulser sikit je. bintik pun sikit je. 
Lama dia cek dada.. dada depan.. dada belakang...
Then lamaa tu baru dia cakap..

OK.. dia sihat

Mmmm.. so.. takde masalah ye doc

Takde.. nanti titik ubat kat lidah..tujuannya bagi lidah kebas dan dia tak rasa sakit ulser. Jadi masa tu boleh bagi dia susu dan makan. Lepas setengah jam, bagi ubat spray. yang ni untuk ulser. Ubat Demam bagi setiap 6 jam. Ubat titik dan spray tadi setiap 4 jam. 

Yang bintik tu camne doctor?

Owh.. biar kan saje..ini sikit je. Dia akan baik sendiri nanti dalam masa 7-10 hari.

Tapi semalam saya pergi klinik dia suh sapu ubat ni.. (terus aku tunjuk ubat sapu tu..)

Eh... ubat ni tak perlu sapu. Bahaya tau

Bahaya?? (aku dah mula ternganga jap)

Iya.. kalau saya rank from 1 to 10, ubat ni jatuh nombor 9 bahaya tau

Ada steroid ye?

Ye.. tak perlu sapu ubat ni lagi. Biar dia baik sendiri je.

Ok doc. Tapi semalam demam dia tinggi. 39', saya mandikan baru turun suhu. Then naik turun lagi.. camne doc?

Biasa demam untuk 2-3 hari pertama memang lambat baik. Takpe.. bagi ubat macam biasa. selalu lap badan dia ye

Ok.. oh ye doc.. Sebenarnya sakit ni bahaya tak?

HFM tak bahaya untuk bintik, ulser dan demam. Tapi SANGAT BAHAYA UNTUK JANTUNG DAN PARU-PARU. Kalau paru-paru, jantung dia OK, maknanya tak bahaya untuk dia. Tapi kalau tak ok, maknanya BAHAYA. 
Puan jangan risau.. paru-paru dia ok, saya dah cek tadi (ooo patutlah aku perasan dia cek lama kat dada Ilman tadi)

Next Dhia..

Lepas periksa mulut dan dada

Mmmmm... ulser dia sangat teruk. Ni kira sangat sakit ooo.. Nanti kena bagi ubat titik dan spray macam tadi.. dan kena ambik antibiotik sekali. Yang lain paru-paru semua OK. No Problem puan.

Owh.. lega dengar penjelasan Doc.

Kesimpulannya..

HFM bahaya jika menyerang jantung dan paru-paru pesakit. Yang lain ... demam, ulser, bintik-bintik merah di tangan, kaki dan sekeliling tempat diapers adalah tak bahaya. Dapatkan rawatan untuk demam dan ulser macam biasa. Pemeriksaan jantung dan paru-paru SANGAT PENTING bagi memastikan mereka sihat dan tidak terdedah risiko HFM.

Sampai je di rumah, dah ada pegawai kesihatan dari kementerian kesihatan alor akar datang buat tinjauan dan pemeriksaan.Mereka baru balik dari Tadika Durrah untuk buat pemeriksaan dan tinjauan. Mereka dapat maklumat dari Klinik yang aku pergi semalam. Katanya semua klinik swasta atau kerajaan kena maklumakan pada mereka jika ada sebarang penyakit berjangkit. Oooooo... patutlah mereka datang rumah

Mereka cek serba sedikit, tanya itu ini. Aku pun tanya lagi mereka..

Bahaya tak HFM ni?

Setakat di Semenanjung tak bahaya. Takde lagi rekod di Semenanjung sampai meninggal. Tapi kalau di Sabah Sarawak ye.. memang bahaya. Diorang sangat berisiko 

Ok.. nak tanya lagi.. kalau anak demam tinggi, saya bagi ubat minum macam biasa .. tapi tak turun juga suhu. Jadi saya masuk ubat punggung. Berapa lama jarak masa nak letak ubat punggung dengan ubat minum tu ?

Biasanya kalau dah bagi ubat minum.. dalam sejam suhu masih tak turun, terus bagi ubat punggung atau sub namanya. Ubat minum teruskan bagi macam biasa. Contohnya ubat minum kena bagi setiap 6 jam, jadi teruskan bagi setiap 6 jam walaupun dah masuk sub dalam tempoh masa tu.
Sub tu untuk turunkan suhu tinggi dengan cepat je.. dia bukan ubat untuk baik demam. Ubat minum tu baru ubat untuk baikkan demam. Jadi jangan miss bagi ubat minum sehingga dia baik .. ok Puan

Owh.. ok,. macamana kalau tiba-tiba demam dan sawan (mintak dijauhkan Allah )

Kalau sawan, terus ke hospital. Tak perlu ke klinik sebab nanti dia akan refer hospital juga.

Okeh.. clearlah aku di situ..
Terima kasih atas penjelasan semua..

Hope bermanfaat untuk aku kelak.. tak kisahlah demam, ulser, atau HFM

Alhamdulillah.. lepas 4 hari ambik ubat doctor Yaw, budak-budak dah sihat sepenuhnya..dah berselera makan.. dan dah boleh buli kakak-kakak Addinies semula dah.. hihi.. horeyy!


Jumlah bil:
Consultation RM2 0x 2 orang = RM40
Ubat                                        = RM86
TOTAL                                   = RM126


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini