Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, April 5, 2016

Bahaya ke HFM pada budak-budak?

29 Mac 2016
Cikgu Tadika Durrah call..
Durrah ada ulser dalam mulut. Kat tangan dia pun macam ada bintik. Minta tolong puan bawa Durrah ke klinik sebab ada kes HFM minggu lepas kat pelajar.

Ok.. zasss terus bawak ke klinik. Plan asal ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ang. Tapi bila receptionist cakap..
Puan sanggup tunggu turn lagi 1 jam 50 minit tak?
Oh nooo...
Terus ke Klinik biasa je

Yess.. ada HFM. Tapi sikit je sebab hanya ada 1 bintik kat tangan dan 1 bintik kat kaki. 
Bahaya tak doktor.?
Sambil sengih doktor jawab...
he he.. tak bahayalah. sikit je ni.. (macam sinis je)
Saya bagi ubat sapu untuk ulser dan sapu untuk bintik.

Balik rumah.. Dhia & Ilman pun demam, ada ulser dan ada bintik juga. Aku sapu ubat yang doctor bagi tadi dan ubat demam je. Dah mula tak nak makan dan susu

Malam.. makin kuat demam dan merengek-rengek. Maybe sakit mulut sebab ulser.
Pagi esok terus bawa diorang ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Yaw kat jalan Beserah pulak. Aku memang suka kat sini.. sebab banyak toys, luas dan environment best. Orang tak ramai kali ni

Mula-mula sampai.. aku cakap..
Kami tunggu kat dalam kereta je ..kut jangkit dengan budak-budak lain
Takpe kak.. boleh tunggu kat atas.. ada bilik khas untuk puan
Dalam bilik menunggu.. rasanya ni bilik rawatan 

Dalam bilik ni pun seronok diorang dapat main turun naik katil, tengok budak lalu lalang keluar masuk bilik doc.. hihi.. budak-budak kan.. asal tempat baru dan selain dari rumah je pun dah happy :)


Ok.. dalam setengah jam tunggu,  kami pun dipanggil jumpa doctor

Mula-mula cek Ilman
Ok.. ulser sikit je. bintik pun sikit je. 
Lama dia cek dada.. dada depan.. dada belakang...
Then lamaa tu baru dia cakap..

OK.. dia sihat

Mmmm.. so.. takde masalah ye doc

Takde.. nanti titik ubat kat lidah..tujuannya bagi lidah kebas dan dia tak rasa sakit ulser. Jadi masa tu boleh bagi dia susu dan makan. Lepas setengah jam, bagi ubat spray. yang ni untuk ulser. Ubat Demam bagi setiap 6 jam. Ubat titik dan spray tadi setiap 4 jam. 

Yang bintik tu camne doctor?

Owh.. biar kan saje..ini sikit je. Dia akan baik sendiri nanti dalam masa 7-10 hari.

Tapi semalam saya pergi klinik dia suh sapu ubat ni.. (terus aku tunjuk ubat sapu tu..)

Eh... ubat ni tak perlu sapu. Bahaya tau

Bahaya?? (aku dah mula ternganga jap)

Iya.. kalau saya rank from 1 to 10, ubat ni jatuh nombor 9 bahaya tau

Ada steroid ye?

Ye.. tak perlu sapu ubat ni lagi. Biar dia baik sendiri je.

Ok doc. Tapi semalam demam dia tinggi. 39', saya mandikan baru turun suhu. Then naik turun lagi.. camne doc?

Biasa demam untuk 2-3 hari pertama memang lambat baik. Takpe.. bagi ubat macam biasa. selalu lap badan dia ye

Ok.. oh ye doc.. Sebenarnya sakit ni bahaya tak?

HFM tak bahaya untuk bintik, ulser dan demam. Tapi SANGAT BAHAYA UNTUK JANTUNG DAN PARU-PARU. Kalau paru-paru, jantung dia OK, maknanya tak bahaya untuk dia. Tapi kalau tak ok, maknanya BAHAYA. 
Puan jangan risau.. paru-paru dia ok, saya dah cek tadi (ooo patutlah aku perasan dia cek lama kat dada Ilman tadi)

Next Dhia..

Lepas periksa mulut dan dada

Mmmmm... ulser dia sangat teruk. Ni kira sangat sakit ooo.. Nanti kena bagi ubat titik dan spray macam tadi.. dan kena ambik antibiotik sekali. Yang lain paru-paru semua OK. No Problem puan.

Owh.. lega dengar penjelasan Doc.

Kesimpulannya..

HFM bahaya jika menyerang jantung dan paru-paru pesakit. Yang lain ... demam, ulser, bintik-bintik merah di tangan, kaki dan sekeliling tempat diapers adalah tak bahaya. Dapatkan rawatan untuk demam dan ulser macam biasa. Pemeriksaan jantung dan paru-paru SANGAT PENTING bagi memastikan mereka sihat dan tidak terdedah risiko HFM.

Sampai je di rumah, dah ada pegawai kesihatan dari kementerian kesihatan alor akar datang buat tinjauan dan pemeriksaan.Mereka baru balik dari Tadika Durrah untuk buat pemeriksaan dan tinjauan. Mereka dapat maklumat dari Klinik yang aku pergi semalam. Katanya semua klinik swasta atau kerajaan kena maklumakan pada mereka jika ada sebarang penyakit berjangkit. Oooooo... patutlah mereka datang rumah

Mereka cek serba sedikit, tanya itu ini. Aku pun tanya lagi mereka..

Bahaya tak HFM ni?

Setakat di Semenanjung tak bahaya. Takde lagi rekod di Semenanjung sampai meninggal. Tapi kalau di Sabah Sarawak ye.. memang bahaya. Diorang sangat berisiko 

Ok.. nak tanya lagi.. kalau anak demam tinggi, saya bagi ubat minum macam biasa .. tapi tak turun juga suhu. Jadi saya masuk ubat punggung. Berapa lama jarak masa nak letak ubat punggung dengan ubat minum tu ?

Biasanya kalau dah bagi ubat minum.. dalam sejam suhu masih tak turun, terus bagi ubat punggung atau sub namanya. Ubat minum teruskan bagi macam biasa. Contohnya ubat minum kena bagi setiap 6 jam, jadi teruskan bagi setiap 6 jam walaupun dah masuk sub dalam tempoh masa tu.
Sub tu untuk turunkan suhu tinggi dengan cepat je.. dia bukan ubat untuk baik demam. Ubat minum tu baru ubat untuk baikkan demam. Jadi jangan miss bagi ubat minum sehingga dia baik .. ok Puan

Owh.. ok,. macamana kalau tiba-tiba demam dan sawan (mintak dijauhkan Allah )

Kalau sawan, terus ke hospital. Tak perlu ke klinik sebab nanti dia akan refer hospital juga.

Okeh.. clearlah aku di situ..
Terima kasih atas penjelasan semua..

Hope bermanfaat untuk aku kelak.. tak kisahlah demam, ulser, atau HFM

Alhamdulillah.. lepas 4 hari ambik ubat doctor Yaw, budak-budak dah sihat sepenuhnya..dah berselera makan.. dan dah boleh buli kakak-kakak Addinies semula dah.. hihi.. horeyy!


Jumlah bil:
Consultation RM2 0x 2 orang = RM40
Ubat                                        = RM86
TOTAL                                   = RM126


2 comments:

#5 said...

Ambe br tau (Anak dah 4 pun...) Utk redekan demam, mandi/lap dgn air yg suam2 skit rupanye... Tau ms fateh dlm Kuat thn lepas hat hospital kulim.

Engku Artini said...

Betul2.. suhu air tak boleh suhu air paip biasa. Kena suhu suam2 sikit je supaya anak tak terkejut masa mandikan dia... thank you remind. :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini