Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, May 30, 2016

Happy birthday Princess Hasya Addini!

Today.. 30 May 2016.. Happy birthday sayang..

Kali ni tulis surat cinta ..  8 muka surat gitu.. handwriting lagi supaya telus, ikhlas dari hati sanubariku sendiri hahaa!


Semoga Hasya Addini paham maksud, doa dan ingatan dalam surat cinta tu

p/s.. untuk hubby pun aku tak pernah tulis surat cinta panjang berjela gitu.. hik hik..

Saturday, May 7, 2016

Throwback - Short vacation : Mini Cameron & Genting Highland August 2015

Date : 28 August 2015
(Masa ni  masih cuti berpantang.. lagi seminggu nak naik kerja semula)

Masa ni kami ke Bentong, rumah ipar. Jadinya kami buat plan ke sini kejap. Day trip je.
Lokasinya cuma half way nak naik ke Genting.. belah kanan
Tempatnya kecik je tapi nice! Siap boleh petik strawberry dan angin sepoi-sepoi ala-ala cameron jer.


Semua excited nak petik strawberry. Bayaran kalau tak salah ikut gram. Tak ingat bayarannya berapa. Kena bayar deposit dulu.. then dah petik baru timbang semula dan bayar ikut harga timbang. 

Layan gambar dulu yezzaaa!











Macam panas dalam gambar kan.. tapi sebenarnya tak panas sangat pun.. sejuk berangin jer. 

Dah petik strawberry, timbang, terus makan kat situ. Ada small cafe kat sini. Beli coklat dan eskrem strawbery skali kat sini. Bolehlah berangan jap duk kat cameron hik hik!

Berapa bintang nak kasi untuk short vacation ke Mini Cameron ni?
Pemandangan : 3 bintang
Kebersihan : 4 bintang
Pengalaman & layanan : 4.5 bintang


Lepas ke mini cameron, terus mendaki ke genting. Jauh lagi pendakiannya.. tapi dah alang-alang separuh jalan.. teruskan je lah. Dah lama tak naik situ. Last pergi masa durrah baby. Jadi hampir 4 tahun dah tak ke sana. Entah apa yang menarik kat sana. Aku cuba usha info dari x-student yang pernah keje sini, katanya takde apa yang menarik kat genting sekarang. Sebab masih renovation.
Tapi takpelah.. nak rasa angin genting jugak kali ni.. hihi

Ni dalam kereta .. perjalanan ke genting.


Sesat juga masa sampai atas ni. Banyak sangat construction. Sesat mencari tempat parking sebenarnya.
Sampai jer, seperti yang telah dimaklumkan.. takde apa yang menarik. Kids main tempat yang masuk token tu je. Cuaca pun takdelah sejuk sangat pun. Aku tak pakai jaket pun.





Apa jadi pada outdoor yang best tu?
Tengok ni..

Macam padang jarak padang tekukur.. kosong.. takde apa yang menarik.
Cuma nampak bumbung warna-warni arena of stars je..
Rasenya lagi 2-3 tahun baru siap outdoor baru then barulah boleh ke sini lagi.
Katanya outdoor baru nanti nak buat ala-ala USS..mmm kalau betul, tak perlulah bazir duit buat pasport bagai untuk ke Singapore or overseas untuk ke USS kan..
Hope so..well see later!

Berapa bintang nak kasi untuk ke Genting Highland?
Hmmm.. tak perlu bagi bintang lagilah sebab tak siap lagi kan.. Dah siap outdoor bagai baru kita review semula okeh.. takkan setakan indoor game main token pun nak bagi bintang kan.. hi hi..
Chaloo... ada rezeki kita ke sini lagi kids!




Friday, May 6, 2016

E-mail from my lovely daughter, Hasya

Hasya Addini dah Darjah 5. Baru ni dia ada subject yang belajar buat e-mail. Dia pun start tulis emel kat aku dan mr daddy.
Aku pun excited dapat emel dari dia sebenarnya. Ye lah walaupun selalu jumpa.. tiap-tiap hari peluk kiss bagai, tapi emel ni buat feeling tu rasa lain sket.. jakun jap dapat surat anak kesayangan through internet hehe..

Ok, so aku reply.. short emel je pun.. reply kut BI. Saje je nak bagi dia excited jugak.

Then pagi ni dia reply.. ce baca.. ce baca.. (aku dah 10 kali baca terkekeh-kekeh sorang)

Emel Hasya : Assalamualaikum ibu. Kakak dah bukaemail dah. Ibu tengah buat apa tu?

Aku : Waalaikumussalam Hai sayang.. glad to receive your email :). I am planning to....

Hasya : Ibu, must i speak english if i email-amail to you?
Hasya lagi : Ibu, nanti ibu bwk blk laptop ya. Kakak nak bukak email. oh, ya. Sedap nasi goreng tadi

Kah kah kah... sila baca lagi dan lagi... 

Adoi kakak sayang..
1. Do not use short form ye
2. who is your english teacher ? 
3. Banyak typing error dan tecnical error eg spacing

Petang ni kena ajar dia how to write proper emel.
Dan kena start wrting and communicate in english too ni .. ishh looking for tuisyen too nih.. 

Oh yea, anyway happynya dapat emel Hasya. Lagi-lagi bila dia bodek cakap bekal nasi goreng tadi sedap hihi..

Ini emel Hasya..:
hamahayudin@yes.my

Dont forget to send emel to her too to yea!
TQ in advance!

Thursday, May 5, 2016

Peluklah mereka

Kali ni diberikan peluang dan rezeki bersama mereka. Agak lama juga tak ke sana.

Seperti biasa.. aku akan mengusap kepala mereka. Bertanya khabar. Bertanya hal sekolah. Melihat buku sekolah mereka.

Seperti kebiasaan juga,. aku mendukung si kecil. Sedari dia kehilangan maknya,, setiap kali itulah aku akan mendukungnya jika berkesempatan. Dia tak pernah menolak pelukan dan dukunganku. Aku menyuapnya nasi.. Walaupun beberapa kali cuma..tapi aku puas. Aku mengusap kepala mereka.. berkali-kali , sambil bertanyakan hal sekolah mereka.. Mereka girang bercerita hal cikgu gemuk menangkap adik mereka di sekolah. Ohh si kecil dah bersekolah rupanya. Cepatnya masa berlalu..

Melihat mereka sentiasa tersenyum.
Semacam tiada duka. tiada kehilangan.
Tipu.. mereka menipu diri mereka
Aku tau itu..
Aku paham itu ..
Ianya jelas dari kaca mata mereka
Mereka berbicara riang sekali
Tetapi seperti sesuatu yang dirindui.. yang pasti takkan kembali lagi
Ianya pinjaman sementara yang telah dikembalikan kepada yang maha berhak

Mana mungkin mereka melupakannya
Sedangkan aku yang sesekali cuma ke sana..
sentiasa terbayangkanya..
Ye.. sofa hijau tu pilihan hatinya
Design kabinet dapur tu.. direkanya sendirinya
Langsir yang cantik itu,, dijahitnya sendiri.
Cermin besat itu.. atas permintaannya
dan pelbagai lagi yang mungkin di luar ingatanku
Banyak
Mungkin hampir kesemua dalam rumah itu adalah dari bayangannya
Ya Allah.. she was there.. everywhere

Betapa pedihnya kehilangan
Seperti aku yang kehilangan juga di ketika usia 11 tahun.
Tapi hilang bapa mungkin tak sama dengan kehilangan ibu
Ibu adalah tunggak dan pengurus dalam kehidupan
Ayah adalah Ketua segalanya
Semuanya memainkan peranannya sendiri
Hilang satu, patahlah perjalanan kehidupan yang indah itu

Yang hidup perlu diteruskan
Yang pergi haruslah diiringi dengan doa setiap masa
Doa dari anak yang soleh

Mungkin hidup mereka kini kosong
Sekosong-kosongnya
Jika dulu mereka menunggu indahnya kehidupan sejurus pulang dari sekolah
Tapi kini... mereka tak menunggu apa-apa lagi
Hidup mereka sama saja usai balik dari sekolah
Mungkin kini.. mereka menunggu sesuatu yang lagi indah dari kak long mereka
Menunggu kak long pulang di hujung semester
bukan lagi di setiap hari.

Sabarlah
Kak long akan pulang dengan sesuatu yang amat indah satu hari nanti!




Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini