Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, May 7, 2016

Throwback - Short vacation : Mini Cameron & Genting Highland August 2015

Date : 28 August 2015
(Masa ni  masih cuti berpantang.. lagi seminggu nak naik kerja semula)

Masa ni kami ke Bentong, rumah ipar. Jadinya kami buat plan ke sini kejap. Day trip je.
Lokasinya cuma half way nak naik ke Genting.. belah kanan
Tempatnya kecik je tapi nice! Siap boleh petik strawberry dan angin sepoi-sepoi ala-ala cameron jer.


Semua excited nak petik strawberry. Bayaran kalau tak salah ikut gram. Tak ingat bayarannya berapa. Kena bayar deposit dulu.. then dah petik baru timbang semula dan bayar ikut harga timbang. 

Layan gambar dulu yezzaaa!











Macam panas dalam gambar kan.. tapi sebenarnya tak panas sangat pun.. sejuk berangin jer. 

Dah petik strawberry, timbang, terus makan kat situ. Ada small cafe kat sini. Beli coklat dan eskrem strawbery skali kat sini. Bolehlah berangan jap duk kat cameron hik hik!

Berapa bintang nak kasi untuk short vacation ke Mini Cameron ni?
Pemandangan : 3 bintang
Kebersihan : 4 bintang
Pengalaman & layanan : 4.5 bintang


Lepas ke mini cameron, terus mendaki ke genting. Jauh lagi pendakiannya.. tapi dah alang-alang separuh jalan.. teruskan je lah. Dah lama tak naik situ. Last pergi masa durrah baby. Jadi hampir 4 tahun dah tak ke sana. Entah apa yang menarik kat sana. Aku cuba usha info dari x-student yang pernah keje sini, katanya takde apa yang menarik kat genting sekarang. Sebab masih renovation.
Tapi takpelah.. nak rasa angin genting jugak kali ni.. hihi

Ni dalam kereta .. perjalanan ke genting.


Sesat juga masa sampai atas ni. Banyak sangat construction. Sesat mencari tempat parking sebenarnya.
Sampai jer, seperti yang telah dimaklumkan.. takde apa yang menarik. Kids main tempat yang masuk token tu je. Cuaca pun takdelah sejuk sangat pun. Aku tak pakai jaket pun.





Apa jadi pada outdoor yang best tu?
Tengok ni..

Macam padang jarak padang tekukur.. kosong.. takde apa yang menarik.
Cuma nampak bumbung warna-warni arena of stars je..
Rasenya lagi 2-3 tahun baru siap outdoor baru then barulah boleh ke sini lagi.
Katanya outdoor baru nanti nak buat ala-ala USS..mmm kalau betul, tak perlulah bazir duit buat pasport bagai untuk ke Singapore or overseas untuk ke USS kan..
Hope so..well see later!

Berapa bintang nak kasi untuk ke Genting Highland?
Hmmm.. tak perlu bagi bintang lagilah sebab tak siap lagi kan.. Dah siap outdoor bagai baru kita review semula okeh.. takkan setakan indoor game main token pun nak bagi bintang kan.. hi hi..
Chaloo... ada rezeki kita ke sini lagi kids!




No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini