Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, June 30, 2016

Teaser : Skirt raya kids

Nak balik raya awal kan..
gigihla aku semalam aku jahit dress ni. Kul 11 baru start.
Kat kul 12 baru siap macam ni. 
Lambat bab nak buat kedut-kedut kat kain tu.. 

Ni untuk Amna. Belum letak getah pinggang dan lipat kat bawah. 
Pagi tadi suh Amna try.. ok ngam-ngam dah. Tak besar dan tak kecik sangat. 
Senyumm mewwet try pakai. Tu baru try.. ish ish anak owhh anak.. memang riang sentiasa... best kan!

Aritu dah try skali buat skirt ni untuk Hasya.senang je 

Ilman khalis suka sangat kacau kakak. Durrah Khayla.. mmm rasanya dia tak puas hati sebab tak jait skirt raya untuk dia.. hihi.. sabau ye nak

Yang ni pakai cotton murah je.. first try kan..hehe

Close up sket... 

Asalkan jimat.. aku harung jer.. kih kih..
Malam ni kenalah gigih lagi pulun jait lagi.. adehh .. 
nak balik lambat ada orang tak kasi.. nak gi tangkap lembu katanya..
(kwangg kwangg.. lembu pun tak cukup umur lagi bebeh, nak tangkap wat ape huuu)

Tuesday, June 28, 2016

Tukar duit raya 2016

Jumaat 19 Ramadhan husband pergi Maybank Beserah.. ada urusan. Aku minta dia tanya waktu tukar duit, katanya ikut waktu pejabat..adehla.. aku rasa dia tak tanya tu... huuu

So Monday,  22 Ramadhan aku singgah ke Maybank pukul 11.30. Terang-terang ada tulis nota atas meja kaunter tempat ambik nombor giliran

Waktu tukar duit raya
Isnin - Jumaat (1 July)
9.30 am - 11.30 am
Tempat : Kaunter 1, Tingkat 1

So, today, Selasa 23 Ramadhan tepat jam 9.30 pagi aku dah sampai kat Maybank Beserah. Ambik borang tukar duit pastu terus naik tingkat 1. Aku que yang ke 6-7.

Then tengok yang que depan skali tu.. dekat kaunter tukar duit la.. mak aih.. lamanya. Mmmm dan memang lama.. tup tup siap duit raya.. Waahh haaa haaa.. menimbun tinggi. Aku rasa mau kat 4k untuk duit singgit je sebab ada 4 ketul untuk duit singgit. Seketul tu aku rasa 1k. Tu belum masuk duit hijau dan duit merah lagi. Fuhhh terkesima jap aku..Datin mana lah ni gamaknya kan.. Bila dia beredar je.. aku perati lagi. Nak tengok muka mak datin tu.. then nampaklah kat baju dia ada cop Perodua. Owh.. maybe duit raya Perodua nak edarkan kut... patutla..

Then orang seterusnya.. mmm boleh tahan jugak banyak

Then next, yang ni tebal juga duit dia nak tukar. Tapi belum isi borang pulak. Adeh.. terpaksa tunggu dia isi borang pulak.. then baru settle.

Next, yang ni rasenya lebih kurang aku je tukar duit. tak banyak.. hehe.. segan jugak sebenarnya kut aku sorang je yang sikit. hih

Next
Next

Then tiba turn aku.. zup zap.. kejap je dia buat. Dah siap. Sengih manjang aku sebab hampir 25 minit juga tunggu turn.

Dah selesai tu baru pusing belakang.. Mak aihhh panjangnya barisan.. Rasanya hampir 30 orang kut beratur.. Sempat ke duit tu. Silap haribulan, dah sampai turn, duit tukar dah habis. Haru betul..

Contoh duit raya. Yang seringgit tu rasanya RM1000 kut. yang merah dan hijau tu mesti lebih 1k. Tadi yang orang perodua tu tukar yang biru tu dalam 4 ketul.. fuhhh dasyat kan

Ni lagi contoh duit raya. Yang tukar kat bank tadi pun takde lah duit baru sangat dan takde lah duit buruk pun. Oklah untuk bagi kat orang kan.

Duit yang aku tukar tadi .. mmm tak perlulah tepek sini. Segan ehh.. sebab nipis jer hihi.. Apa pun atas niat masing-masinglah untuk bersedekah di hari raya.

Yang lagi best, kat kaunter tu ada tampal iklan tukar duit raya,,
Siap tulis suh bagi duit raya ELEKTRONIK untuk menjaga alam sekitar.. hahaa.. 
What do you think about dis idea?
Bagi aku.. of course no! Kena bagi secara tradisional barulah ada kick kan!

Selamat Menyambut Hari Raya semua
Maaf Zahir Batin

Thursday, June 23, 2016

Happy Birthday Princess Dhia Zaara 22 Jun 2016

Semalam, genap usia Yaya 3 tahun . Kejap je masa berlalu. Kami plan nak celebrate dengan Tok Ma, tapi atas faktor masa, kedai kek tak jumpa,, dan terpaksa bergegas balik semula ke Kuantan semalam, jadi celebrate sederhana saje di rumah..sekadar ingatan dan kenangan manis bersama mereka



Besarnya.. seberat beras guni hihi.. tak daya dah nak dukung anak ibu yang comel ni.

Gambar seterusnya ni saje korek balik gambar hari lahir Yaya masa umur 2 & 1 tahun.

Yang ni masa tahun lepas, 2 tahun. Pun celebrate kat rumah je. Masa ni tengah sarat pregnant Ilman Khalish.



Next gambar masa umur 1 tahun. Celebrate kat pantai batu hitam dan have dinner kat pizza hut jer.

Comeinya masa ni.. geram tengok kan.


 

Cepatnya masa berlalu
Sesungguhnya masa tu tak menunggu kita.
 Kitalah yang perlu menggunakan masa tu sebaik-baiknya.

Dhia.. Ibu abah sangat sayangkan yaya..
Selalulah menjadi yang terbaik dalam keluarga kita
Sayangilah dan hormatilah kak Hasya, Kak Amna dan Kak Durrah
Ibu abah sentiasa mendoakan Yaya berjaya di dunia dan akhirat, menjadi muslimah sejati, sentiasa menghormati ibu abah dan orang tua
dan jangan sesekali mementingkan diri sendiri dalam segala perkara
Hiduplah bersama keluarga yang telah dibina dengan penuh kasih sayang ini.
Keluarga kita bukanlah 7 orang ini sahaja
Kita ada keluarga yang besar ..
Hormati dan sayangilah mereka sepenuh hati seperti mana ibu & abah menyayangi mereka
Tanpa mereka, pancilah hidup kita
Kera sumbanglah kita
Moga anak-anak ibu abah mengerti..

Dhia Zaara kesayangan ibu abah
Manja ibu abah setiap masa
Jagalah maruah diri dan peribadi setiap masa
Hiduplah berteraskan agama
Sentiasa berprasangka baik
Moga kesihatan dan kesejahteraan milik Dhia
Dirahmati dan diberkati Ilahi selalu

Tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kasih sayang ibu pada Dhia sama juga seperti tiada pelukan dan ucapan kasih sayang dari tokma untuk ibu sebagai bukti sayangnya pada ibu...(tetap sedih tapi ibu redha itu walau masih mengharap pelukan kasih sayang darinya..)

p/s.. ucapan untuk putri addinies..dan ingatan diri sendiri.. moga yang terbaik dalam hidup kami 

Friday, June 17, 2016

Menu 10 Ramadhan

Alhamdulillah dah 11 Ramadhan arini..
sungguh cepat masa berlalu
Ramadhan dah menganjak pertengahan bulan

Apa yang dah kita peroleh sepanjang 11 Ramadhan ini?
Untuk ingatan aku jua

Semalam.. masih sempat menikmati indahnya Ramadhan.. syukur

Menu semalam:
Spagheti Carbonara with Fries

First try.. senang jer rupenya masak
Aku ikut resepi Azie kitchen.. klik sini untuk resepi

Menu hari ni..? Tak pasti lagi
ada lagi 2 jam sebelum sampai rumah nak masak

Selamat menjalani ibadah puasa

Friday, June 10, 2016

Menu 4 Ramadhan

Menu:
Carrot susu (kaler macam jagung.. tapi memang sedap rasa carrot, pelik pulak camne kedai buat air ni kaler oren tapi aku punya jadi kaler kuning.. diorang letak kaler ke eh?
Bubur jagung manis neting (puasa kan.. huuu)
Pancake chocolate lagi (Amna request.. so wajib kena buat)
Sayur campur
Gulai bunga ros ikan aya

Alhamdulillah.. jiran bagi gulai sardin semalam tak sempat snap.

Syukur dengan nikmat yang diberikan. Syukur dapat jiran yang selalu ambil berat dan ringan tangan pada kami. Bersyukur.. hidup perlu selalu rendah diri.. perlu selalu menghormati orang tua, dan bertegur sapa dengan mereka..

Sikap kita melambangkan didikan orang tua.. buruk perangai kita.. jatuhlah maruah mereka.
Ibu dan Arwah abahku dah mendidikku dengan baik sekali.. haruslah aku menjaga nama baik mereka menjadi anak yang baik, buang ego diri .. menjaga maruah diri .. bertegur sapa dengan semua orang .. tidak berprasangka buruk selalu..

.. Ingatan untuk diri sendiri je nih.. dan juga untuk anak-anak ibu abah yang sangat ibu sayang setiap detik dan saat berlalu (tetiba pulak rasa nak bagi speech.. hihi)

Addin Addinies ibu yang ibu sayangi

Sentiasa ingat asal usul kita,,
Kita datang dari keluarga yang biasa jer..
Tidak kaya dan tidak terlalu susah
Ibu dan abah perlu bekerja untuk kehidupan kita yang serba sederhana ini
tapi yang paling istimewa adalah
hidup kita sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan doa restu keluarga
MEREKA tak pernah putus mendoakan untuk kita
silaturrahim kita tetap erat.. tak pernah terputus..
dan janganlah sesekali anak ibu teringin memutuskannya


Sentiasalah tunduk pandang ke bawah
Walau kejayaan datang bergolek,
 Sentiasalah hormati ibu abah maupun mereka yang berada di sekeliling.. dan sesiapa saje yang berada di sekeliling kita
Sentiasa pimpin tangan ibu abah dan adik-adik walau setinggi mana pun kejayaan dan kekayaan yang dimiliki.. semua tu pinjaman cuma
Sentiasalah merendah diri, bertolak ansur dan bertanggungjawab atas semua perkara yang dilakukan
Usahlah sesekali bercakap takbur dan meninggikan suara pada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaanmu dunia akhirat

Prinsip hidup ibu mudah ,
Sentiasalah berpikiran positive.
Kalau ibu masak manis neting.. mungkin maksudnya ibu puasa hihi (dan bukan nak bagi semua orang kena kencing manis)
Kalau abah balik keje lambat, mungkin abah sangkut jam bazzar ramadhan yang banyak sepanjang jalan balik (dan bukan abah gi shopping sorang-sorang tak ajak ibu kih kih)

Ingat kesayangan ibu,
Jika kita dilemparkan dengan batu, balaslah dengan bunga.
Balaslah dengan bunga sahaja
THINK POSITIVE bebeh!

Ibu dan abah bukanlah hebat.. tapi kami cuba yang terbaik untuk kesayangan ibu abah ni
Ibu abah sentiasa mendoakan agar kejayaan dan kebahagian dunia akhirat milikmu..
berjaya dan bahagia bersama ibu abah dan keluarga di dunia dan hingga ke syurga. Kongsilah bersama ahli keluarga agar ia akan menjadi lebih diberkati.

Semoga Allah sentiasa menjaga anak-anak ibu menjadi insan yang baik-baik, dihormati dan disayangi oleh semua yang menyayangimu

Semoga anak-anak ibu akan menjadi kebanggan kita sekeluarga selalu..Ameenn!

Mungkin sekarang anak ibu masih kecil, masih belum terpengaruh dengan dunia luar, dunia teknologi  dan dunia dari pakcik Google.. 
Tika itu mungkin nasihat dari ibu abah seperti angin lalu cuma
Tapi ingatlah..
Sentiasalah berpegang pada ajaran agama
Belajar erti keberkatan dan rahmat dariNya
Berpegang teguhlah pada ajaran agama
Insha Allah.. kita akan sentiasa dilindungi dari hasutan syaitan yang kejam itu


Sorrylah.. lari pulak topik menu ke emo pulak.. hihi.. tetiba kan teringnin menulis.. teruskan je lah.. untuk ingatan aku dan anak-anak. Takde kena mengena dengan Didi, Ana, Olaf, dan sesape-sape..

Anda makan lauk apa? Semoga berkat rezki di bulan ramadhan
Oh ye.. semalam mimpikan sekaya sedap bonda.. alahai.. sape boleh kirim?

Thursday, June 9, 2016

Menu 3 Ramadhan

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya menyambut Ramadhan

Menu :
Masak lemak pucuk manis dan udang kering (tengah)
Dari atas ikut arah jam:
Ikan goreng
Pancake strawberry & chocolate
Timun cina
Ikan bilis & kentang (jiran bagi)
Lobak masin dengan ayam (jiran bagi)
Sambal Sotong

Menu Amna:
Berbuka: Pancake dan kentang
Sahur : Cucur lemak manis adabi

Oh ye semalam tak gi terawikh .. hubs demam, selesema & sakit urat. Jangkit jemaah masjid katanya.. sian pulak puasa-puasa ni sakit.
Moga cepat sihat ye

Selamat meneruskan ibadah puasa


Wednesday, June 8, 2016

Menu 2 Ramadhan

Alhamdulillah.. semalam  sempat lagi tarawikh dengan Amna , Hasya & Hubs. Durrah nak ikut juga.. tapi mayne next time aku bawa kut. Sekarang ni masjid penuh rghumbu orang.. tunggu lengang sikit baru boleh bawa InsyaAllah

Menu semalam (Alhamdulillah masih homemade):
Ikan Bawal 5 rasa hehe
Kerabu Sotong
Popia goreng
Jiran sebelah bagi sira labu & Sandwich telur.
Carrot susu,
Sunquick ice blended Hasya
Timun cina
Balik tarawikh sempat makan nangka dan popia juga..

Punyelah nak kejar masa kan.. tugas Hasya parut halus carrot. Alahai punyalah lama dia nak parut buang kulit dulu.. takpe.. slow2 belajar kakak. Dah siap prepare barang semua..terus goreng inti popia, then serah kat dia je 100% untuk gulung dan toouch up semua... dah siap gulung terus goreng jer.. Haa senang ada anak dara nih. Amna Hasya Durrah Dhia semua kerja keras siapkan gulung popia .. Diorang memang suka bab-bab gulung popia ni sebab dah selalu buat popia nestum sama-sama.

Okeh.. menu Amna semalam :
Berbuka : Kentang goreng + Mayonis
Sahur : Roti coklat gardenia.

p/s... tak sempat snap menu lagi sebab dah penat masak.. dah siap.. rehat jap.. terus ready untuk berbuka

Tuesday, June 7, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya menyahut Ramadhan lagi kali ni.

Malam pertama tarawikh.. aku ajak Amna &  Hasya sekali. Macam-macam Amna tanya
Iktikaf tu apa
Kenapa kena buat tarawikh
brape rakaat
Niat solat tarawikh

So.. hari pertama sahur, kami panaskan lauk nasi kuning pemberian bonda. Sedap gulai ikannya.

Sepanjang bulan puasa ni aku hanya risaukan pemakanan Amna. Dia kan memang tak makan nasi. Jadi risau dia tak larat, tak cukup zat dan sebagainya, Tapi Alhamdulillah sepanjang tahun lepas dia puasa penuh tau.. Amazing juga kan tak makan nasi tapi tenaga dia sama macam orang makan nasi..

Dan semalam aku terjumpa info ni

Makanan sahur yang paling tahan lama:
1. Oat
2. BISKUT
3. Pasta
4. Nasi putih
5. Mi

Haa .. patutla amna boleh puasa dengan jayanya. Sahur pertama Amna makan biskut Cream cracker cicah milo je. Actually tu lah makanan tengaharinya setiap hari di rumah pengasuh.. letih tengok kan.. Tapi tulah feveretnya. . Harapnya begitulah juga sepanjang puasa ni.. dia mampu puasa hingga habis.

Ok.. so semalam balik kerja pukul 5 petang. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni balik kerja pukul 4.30. Alahai syoknya kalau balik 4.30 ..jalan pun tak jamm, tapi apakan daya peraturan baru perlulah ikut..

So balik pukul 5, singgah TMG beli Isomil untuk Ilman sebab dah nak habis dan Susu segar HL untuk buat puding. Tu je beli tapi sampai rumah dah pukul 5.45. Tak sempat nak main-main jap dengan kids.. terus ke dapur.. sediakan bahan untuk puding caramel. Zup zappp pastu buat kuah percik.. pastu bakar ikan sambil percik kuah.. Sib baik hubby tolong skali.. sian ikan, dan goreng telur omelete. Hasya pun aku panggil skali suruh sediakan periuk kukus, pecahkan telur tolong serba sedikit .. oh ye.. siap tolong basuh pinggan mangkuk segala peralatan yang guna time nak masak tu. Milo ice blended pun Hasya dah siap-siap blend.. wahh ringan sikit kerja aku.

Ringkasnya, menu Day 1 : Ikan percik + omelette + Puding caramel + Milo ice blended

Oh ye Amna? Berbuka dengan 4 ketul donat chocolate rice. Itu aje.. dah kenyang katanya.. huu

Malam ke-2 tarawikh.. Amna tak ikut. Aku, Hasya dan Hubby jer.

Sahur .. panaskan ikan percik plus makan puding je.
Menu sahur amna? Fries cicah mayonis sahaja..

Menu malam ni? Plan for ikan bawal tiga rasa.. dessert tak sure lagi. Kena masak kuih yang cepat siap..

Selamat Berpuasa semua
Menu apa hari ni dan semalam?

Monday, June 6, 2016

Senarai barang murah di GM Klang

Focus utama shopping kali ni adalah untuk settlekan bahagian baju raya kids.
Errr.. imagine 5 orang anak..

Normal expenses for Hari Raya untuk seorang anak (Belanja ni aku letak anggaran harga semasa je ye)

- Kasut                                                                                                          RM40
  (pernah beli yang harga RM20 kat Mydin tapi memang sangat kurang
   kualiti..Jadi beli yang branded sikit bagi tahan lama )                                
- Blouse / tshirt sehelai
  (Biasanya beli 2 helai seorang untuk tukar-tukar)                                     RM30-50 x 2 helai
- Seluar atau skirt pun biasanya 2 helai untuk match dengan blouse           RM 40-60 x 2 helai
- Handbeg                                                                                                     RM20
 (not necessary tapi kesian pulak tengok dia kelip-kelip tengok orang
  lain bawa hanbag tapi dia takde ..sian kan. Jadi kena la beli
TOTAL (ambik pada harga minimum je)                                                     RM200

Seorang around 200 .. darab 5 orang.. then belum masuk tudung raya, extra baju dan lain-lain..
Kalau size Hasya & Amna.. mau cecah dekat 250 seorang..
Tu belum masuk GST lagi..
Adeh.. tercekik leher

So now.. sebelum puasa kami nekad ke GM Klang. Sebelum ni pun dah pernah ke Baby Fair , Expo dan sales area Kuantan.. memang terkedu jap tengok harga. Kalau yang murah memang terkedu jugak tengok kualiti kain. kuang kuanggg...

Kami pernah pegi ke GM a week before.. singgah jap masa otw balik dari cuti-cuti di Morib. Dan suprisingly.. memang harga baju kat sana memang murah dan sangat ok kualitinya.      

So.. di sini aku senaraikan barang yang aku rasa sangat murah dan berbaloi untuk beli

1. Blouse / T.shirt / kemeja untuk anak umur 5-9 tahun - RM20-25
    Aku boleh dapatkan baju ni pada harga separuh dari harga biasa aku survey di Kuantan. Yang penting kualiti baju memang tip top. Ada banyak pilihan, size, corak, pattern.. pendek kata.. aku pulak kena control duit supaya tak terlebih beli. Bila dah cukup 2 helai sorang.. kami sapu lagi 1-2 lai tambahan sebab sangat murah dan berbaloi..

2. Gaun untuk anak umur 3-7 tahun - RM15-30
Bayangkan aku boleh dapatkan branded gaun untuk Durrah & Dhia pada harga RM15 je selai. Tak ke pengsan .. rasa macam nak borong satu kedai untuk buat stok kat rumah. Hahaa.. sib baik leh control nafsu lagi.

3. Kasut untuk anak umur 3-11 tahun - RM20-25


Yess.. kasutnya sangat lembut, ringan, berkualiti dan pattern terkini. Memang tak menyesal beli. Kasut frozen tu RM20 jer. Suka..?

3. Hanbeg untuk kids RM 5


Ok.. tak tipu.. aku beli hanbeg frozen yang style sling ni pada harga RM10 untuk 2 beg. Kiranya RM5 satu. Dahla murah, kain tebal, span ok, corak frozen.. memang menjerit-jerit kids suka masa tengok beg tu.. Aku pun nak menjerit-jerit masa time beli tu. Berbaloi sungguh

4. Baju Baby - RM15-25
Memang murah.. kainnya sangat best, lembut, tak panas, banyak pilihan dan puas hati.
Set keperluan baby dari baju, rompers, tilam dan macam-macam semua ada.. murah murah!!

5. Cadar patchwork RM65 untuk size super single
Aku tak sure harga kat luar lagi murah atau lagi mahal. Aku beli satu je jadi tak sempat nak compare dengan harga kedai luar.

6. Unbranded Handbeg / wallet
Aku tak survey harga. Tapi ada banyak sangat pilihan.

7. Kasut roda
Yess.. yang ni pun murah. Bayangkan aku tanya kat kedai biasa..
Kasut roda tayar plastik dan kasut tak berjahit .. harga RM100
Kasut roda tayar getah dan kasut berjahit                      RM140

Tapi kat GM..
Kasut roda tayar plastik dan kasut tak berjahit              RM59.90
Kasut roda tayar getah dan kasut berjahit                      RM70

Murah kan. Kami boleh beli 2 pasang kasut roda untuk bajet sepasang kasut roda tayar getah..
so far kualitinya sama je

8. Toys..
Memang banyak.. aku tak survey harga.. sebab memang tak nak beli.. hehe.. maybe murah kut

Tapi.. bagi aku ada juga barang yang kurang best. 

1. Blouse dewasa
Maybe bukan taste aku kut. Kebanyakannya size besar .

2. Blouse / Shirt untuk kids umur 11-15 tahun
Bagi aku takde banyak pilihan.. atau almost takde pun blouse yang aku boleh beli untuk Hasya. Samada kecik sangat sebab saiz budak atau besar sangat untuk size dewasa. Jadi misi baju raya Hasya je yang belom selesai kali ni.. takpe boleh cari banyak blouse remaja kat sini cuma harga la nanti.. huu

3. Brooch
Ada banyak .. tapi bagi aku lebih murah di Jalan Tar

4. Tudung
Bagi aku tak banyak pilihan dan agak mahal. Tudung yang murah tu kebanyakannya nipis dan macam dah lama. Tudung keknis tu harga RM15 selai.. sedangkan aku beli kat pasar malam beserah dengan harga RM10 selai. Jadi maybe di Jalan Tar lagi murah.

5. Jam
Banyak sangat pilihan jam.. Tapi kebanyakannya yang takde jenama. Untuk pakai suka-suka bolehla kut.. kids suka sangat dapat jam tapi balik rumah dah patah tempat nak kancing jam.. haru. Huu . Tapi memang cantik dan banyakkkkk choice untuk kids.

6. Perfume
Ada jugak.. tapi aku tak survey sangat

7. Barang dapur eg periuk, sudip, pisau
Tak banyak kedai

8. Barang eletrik
Ada jugak tapi tak banyak. Harga aku tak survey

9. Barang kawin
Ada jugak.. tapi tak banyak kat bangunan baru ni . Ada satu building GM Klang lama yang jual barang kawin je..maybe murah kut

10. Karpet
Ada jugak.. tapi aku tak pasti harga

11. Accesories tudung
Murah kalau beli pada harga borong

12. Telekung
Kebanyakannya telekung yang agak mahal . Rasenya kalau nak cari yang murah..kat Jalan Tar lagi banyak pilihan

13. Sampin / somgkok
Aku jumpa satu kedai je yang jual sampin budak.. songkok pun tak nampak.. sampin pun tak banyak

14. Pelikat / Kain batik
Ada juga.. tapi tak banyak pilihan.. dan harga aku tak pasti

15. T.shirt dewasa
Bagi aku tak banyak dan kurang best.

16. Kasut for ladies / henbeg
Pun bagi aku kurang menarik di mata aku

17. Lace baju
Ada jugak.. tapi harga akan murah kalau beli lebih dari 4-5 meter ke atas kut. Aku nak beli 1.5 meter je jadik rege agak mahal bagi aku

18. Cermin besar, catridge, memory kad, getah rambut, accesories kereta, periuk besar, charger kereta
Antara list barang yang aku nak beli tapi takde. Takde atau aku tak jumpa.. lagipun rasenya ni bukan tempat jual barang tu. maybe Nilai atau Rantau Panjang , mydin,  or kedai yang sesuai ada jual. ..salah tempat beb hihi

19. Acuan kuih samperit RM38
Ada satu je kedai yang jual acuan aluminium ni.. tapi yang kurang best nya acuan bentuk kuih dari plastik.. jadi aku tak beli. Nak tengok kat kuantan je

20. Pants / Palazo / Skirt labuh
Ada banyak.. tapi harga biasa-biasa je. Maybe jugak bukan aim utama nak beli jadi tak survey sangat.

Okeh.. overal barang yang ok beli kat sini adalah untuk keperluan anak dari baby hingga umur 9-10 tahun. Yang anak ramai macam aku nih (bagi aku ramailah kalau 5 orang tu hiihii) memang berbaloi. Aku dapat save separuh dari bajet sebenar.. Bayangkan kalau kebanyakan harga barang adalah separuh dari harga normal yang kita beli. Harga kat sini pun akan jadi lagi murah kalau beli borong.

(Harga-harga aku bagi tu sekadar rujukan aku jer.. mungkin ada yang lagi murah dan mahal..bukan nak menunjuk atau berlagak dan sebagainya.. sekadar menulis untuk ingatan aku.

Kami sampai tepat pukul 10 pagi.. balik pukul 5 petang. Penat sangat tapi berbaloi-baloi. Alhamdulillah setle bab kids.. lepas ni boleh focus pada Ramadhan jer.. Hope so..

Ok.. selamat berpuasa

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini