Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, June 23, 2016

Happy Birthday Princess Dhia Zaara 22 Jun 2016

Semalam, genap usia Yaya 3 tahun . Kejap je masa berlalu. Kami plan nak celebrate dengan Tok Ma, tapi atas faktor masa, kedai kek tak jumpa,, dan terpaksa bergegas balik semula ke Kuantan semalam, jadi celebrate sederhana saje di rumah..sekadar ingatan dan kenangan manis bersama mereka



Besarnya.. seberat beras guni hihi.. tak daya dah nak dukung anak ibu yang comel ni.

Gambar seterusnya ni saje korek balik gambar hari lahir Yaya masa umur 2 & 1 tahun.

Yang ni masa tahun lepas, 2 tahun. Pun celebrate kat rumah je. Masa ni tengah sarat pregnant Ilman Khalish.



Next gambar masa umur 1 tahun. Celebrate kat pantai batu hitam dan have dinner kat pizza hut jer.

Comeinya masa ni.. geram tengok kan.


 

Cepatnya masa berlalu
Sesungguhnya masa tu tak menunggu kita.
 Kitalah yang perlu menggunakan masa tu sebaik-baiknya.

Dhia.. Ibu abah sangat sayangkan yaya..
Selalulah menjadi yang terbaik dalam keluarga kita
Sayangilah dan hormatilah kak Hasya, Kak Amna dan Kak Durrah
Ibu abah sentiasa mendoakan Yaya berjaya di dunia dan akhirat, menjadi muslimah sejati, sentiasa menghormati ibu abah dan orang tua
dan jangan sesekali mementingkan diri sendiri dalam segala perkara
Hiduplah bersama keluarga yang telah dibina dengan penuh kasih sayang ini.
Keluarga kita bukanlah 7 orang ini sahaja
Kita ada keluarga yang besar ..
Hormati dan sayangilah mereka sepenuh hati seperti mana ibu & abah menyayangi mereka
Tanpa mereka, pancilah hidup kita
Kera sumbanglah kita
Moga anak-anak ibu abah mengerti..

Dhia Zaara kesayangan ibu abah
Manja ibu abah setiap masa
Jagalah maruah diri dan peribadi setiap masa
Hiduplah berteraskan agama
Sentiasa berprasangka baik
Moga kesihatan dan kesejahteraan milik Dhia
Dirahmati dan diberkati Ilahi selalu

Tiada ayat yang dapat menggambarkan perasaan kasih sayang ibu pada Dhia sama juga seperti tiada pelukan dan ucapan kasih sayang dari tokma untuk ibu sebagai bukti sayangnya pada ibu...(tetap sedih tapi ibu redha itu walau masih mengharap pelukan kasih sayang darinya..)

p/s.. ucapan untuk putri addinies..dan ingatan diri sendiri.. moga yang terbaik dalam hidup kami 

2 comments:

Laura Azura Zainal said...

Happy birthday dear Dhia Zaara. Acik laura doakan may only the precious will be yours

Engku Artini said...

Tq auntie laura..nanti akak sampaikan untuk dhia

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini