Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, June 10, 2016

Menu 4 Ramadhan

Menu:
Carrot susu (kaler macam jagung.. tapi memang sedap rasa carrot, pelik pulak camne kedai buat air ni kaler oren tapi aku punya jadi kaler kuning.. diorang letak kaler ke eh?
Bubur jagung manis neting (puasa kan.. huuu)
Pancake chocolate lagi (Amna request.. so wajib kena buat)
Sayur campur
Gulai bunga ros ikan aya

Alhamdulillah.. jiran bagi gulai sardin semalam tak sempat snap.

Syukur dengan nikmat yang diberikan. Syukur dapat jiran yang selalu ambil berat dan ringan tangan pada kami. Bersyukur.. hidup perlu selalu rendah diri.. perlu selalu menghormati orang tua, dan bertegur sapa dengan mereka..

Sikap kita melambangkan didikan orang tua.. buruk perangai kita.. jatuhlah maruah mereka.
Ibu dan Arwah abahku dah mendidikku dengan baik sekali.. haruslah aku menjaga nama baik mereka menjadi anak yang baik, buang ego diri .. menjaga maruah diri .. bertegur sapa dengan semua orang .. tidak berprasangka buruk selalu..

.. Ingatan untuk diri sendiri je nih.. dan juga untuk anak-anak ibu abah yang sangat ibu sayang setiap detik dan saat berlalu (tetiba pulak rasa nak bagi speech.. hihi)

Addin Addinies ibu yang ibu sayangi

Sentiasa ingat asal usul kita,,
Kita datang dari keluarga yang biasa jer..
Tidak kaya dan tidak terlalu susah
Ibu dan abah perlu bekerja untuk kehidupan kita yang serba sederhana ini
tapi yang paling istimewa adalah
hidup kita sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan doa restu keluarga
MEREKA tak pernah putus mendoakan untuk kita
silaturrahim kita tetap erat.. tak pernah terputus..
dan janganlah sesekali anak ibu teringin memutuskannya


Sentiasalah tunduk pandang ke bawah
Walau kejayaan datang bergolek,
 Sentiasalah hormati ibu abah maupun mereka yang berada di sekeliling.. dan sesiapa saje yang berada di sekeliling kita
Sentiasa pimpin tangan ibu abah dan adik-adik walau setinggi mana pun kejayaan dan kekayaan yang dimiliki.. semua tu pinjaman cuma
Sentiasalah merendah diri, bertolak ansur dan bertanggungjawab atas semua perkara yang dilakukan
Usahlah sesekali bercakap takbur dan meninggikan suara pada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaanmu dunia akhirat

Prinsip hidup ibu mudah ,
Sentiasalah berpikiran positive.
Kalau ibu masak manis neting.. mungkin maksudnya ibu puasa hihi (dan bukan nak bagi semua orang kena kencing manis)
Kalau abah balik keje lambat, mungkin abah sangkut jam bazzar ramadhan yang banyak sepanjang jalan balik (dan bukan abah gi shopping sorang-sorang tak ajak ibu kih kih)

Ingat kesayangan ibu,
Jika kita dilemparkan dengan batu, balaslah dengan bunga.
Balaslah dengan bunga sahaja
THINK POSITIVE bebeh!

Ibu dan abah bukanlah hebat.. tapi kami cuba yang terbaik untuk kesayangan ibu abah ni
Ibu abah sentiasa mendoakan agar kejayaan dan kebahagian dunia akhirat milikmu..
berjaya dan bahagia bersama ibu abah dan keluarga di dunia dan hingga ke syurga. Kongsilah bersama ahli keluarga agar ia akan menjadi lebih diberkati.

Semoga Allah sentiasa menjaga anak-anak ibu menjadi insan yang baik-baik, dihormati dan disayangi oleh semua yang menyayangimu

Semoga anak-anak ibu akan menjadi kebanggan kita sekeluarga selalu..Ameenn!

Mungkin sekarang anak ibu masih kecil, masih belum terpengaruh dengan dunia luar, dunia teknologi  dan dunia dari pakcik Google.. 
Tika itu mungkin nasihat dari ibu abah seperti angin lalu cuma
Tapi ingatlah..
Sentiasalah berpegang pada ajaran agama
Belajar erti keberkatan dan rahmat dariNya
Berpegang teguhlah pada ajaran agama
Insha Allah.. kita akan sentiasa dilindungi dari hasutan syaitan yang kejam itu


Sorrylah.. lari pulak topik menu ke emo pulak.. hihi.. tetiba kan teringnin menulis.. teruskan je lah.. untuk ingatan aku dan anak-anak. Takde kena mengena dengan Didi, Ana, Olaf, dan sesape-sape..

Anda makan lauk apa? Semoga berkat rezki di bulan ramadhan
Oh ye.. semalam mimpikan sekaya sedap bonda.. alahai.. sape boleh kirim?

1 comment:

#5 said...

Pancake chocolate 21 butir skali...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini