Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, June 7, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya menyahut Ramadhan lagi kali ni.

Malam pertama tarawikh.. aku ajak Amna &  Hasya sekali. Macam-macam Amna tanya
Iktikaf tu apa
Kenapa kena buat tarawikh
brape rakaat
Niat solat tarawikh

So.. hari pertama sahur, kami panaskan lauk nasi kuning pemberian bonda. Sedap gulai ikannya.

Sepanjang bulan puasa ni aku hanya risaukan pemakanan Amna. Dia kan memang tak makan nasi. Jadi risau dia tak larat, tak cukup zat dan sebagainya, Tapi Alhamdulillah sepanjang tahun lepas dia puasa penuh tau.. Amazing juga kan tak makan nasi tapi tenaga dia sama macam orang makan nasi..

Dan semalam aku terjumpa info ni

Makanan sahur yang paling tahan lama:
1. Oat
2. BISKUT
3. Pasta
4. Nasi putih
5. Mi

Haa .. patutla amna boleh puasa dengan jayanya. Sahur pertama Amna makan biskut Cream cracker cicah milo je. Actually tu lah makanan tengaharinya setiap hari di rumah pengasuh.. letih tengok kan.. Tapi tulah feveretnya. . Harapnya begitulah juga sepanjang puasa ni.. dia mampu puasa hingga habis.

Ok.. so semalam balik kerja pukul 5 petang. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni balik kerja pukul 4.30. Alahai syoknya kalau balik 4.30 ..jalan pun tak jamm, tapi apakan daya peraturan baru perlulah ikut..

So balik pukul 5, singgah TMG beli Isomil untuk Ilman sebab dah nak habis dan Susu segar HL untuk buat puding. Tu je beli tapi sampai rumah dah pukul 5.45. Tak sempat nak main-main jap dengan kids.. terus ke dapur.. sediakan bahan untuk puding caramel. Zup zappp pastu buat kuah percik.. pastu bakar ikan sambil percik kuah.. Sib baik hubby tolong skali.. sian ikan, dan goreng telur omelete. Hasya pun aku panggil skali suruh sediakan periuk kukus, pecahkan telur tolong serba sedikit .. oh ye.. siap tolong basuh pinggan mangkuk segala peralatan yang guna time nak masak tu. Milo ice blended pun Hasya dah siap-siap blend.. wahh ringan sikit kerja aku.

Ringkasnya, menu Day 1 : Ikan percik + omelette + Puding caramel + Milo ice blended

Oh ye Amna? Berbuka dengan 4 ketul donat chocolate rice. Itu aje.. dah kenyang katanya.. huu

Malam ke-2 tarawikh.. Amna tak ikut. Aku, Hasya dan Hubby jer.

Sahur .. panaskan ikan percik plus makan puding je.
Menu sahur amna? Fries cicah mayonis sahaja..

Menu malam ni? Plan for ikan bawal tiga rasa.. dessert tak sure lagi. Kena masak kuih yang cepat siap..

Selamat Berpuasa semua
Menu apa hari ni dan semalam?

2 comments:

lia ummiirfan said...

Ramadhan Kareem.. semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa ☺️

Engku Artini said...

Slamat menjalani ibadah puas jg lia.. tq singgah sini :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini