Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, June 28, 2016

Tukar duit raya 2016

Jumaat 19 Ramadhan husband pergi Maybank Beserah.. ada urusan. Aku minta dia tanya waktu tukar duit, katanya ikut waktu pejabat..adehla.. aku rasa dia tak tanya tu... huuu

So Monday,  22 Ramadhan aku singgah ke Maybank pukul 11.30. Terang-terang ada tulis nota atas meja kaunter tempat ambik nombor giliran

Waktu tukar duit raya
Isnin - Jumaat (1 July)
9.30 am - 11.30 am
Tempat : Kaunter 1, Tingkat 1

So, today, Selasa 23 Ramadhan tepat jam 9.30 pagi aku dah sampai kat Maybank Beserah. Ambik borang tukar duit pastu terus naik tingkat 1. Aku que yang ke 6-7.

Then tengok yang que depan skali tu.. dekat kaunter tukar duit la.. mak aih.. lamanya. Mmmm dan memang lama.. tup tup siap duit raya.. Waahh haaa haaa.. menimbun tinggi. Aku rasa mau kat 4k untuk duit singgit je sebab ada 4 ketul untuk duit singgit. Seketul tu aku rasa 1k. Tu belum masuk duit hijau dan duit merah lagi. Fuhhh terkesima jap aku..Datin mana lah ni gamaknya kan.. Bila dia beredar je.. aku perati lagi. Nak tengok muka mak datin tu.. then nampaklah kat baju dia ada cop Perodua. Owh.. maybe duit raya Perodua nak edarkan kut... patutla..

Then orang seterusnya.. mmm boleh tahan jugak banyak

Then next, yang ni tebal juga duit dia nak tukar. Tapi belum isi borang pulak. Adeh.. terpaksa tunggu dia isi borang pulak.. then baru settle.

Next, yang ni rasenya lebih kurang aku je tukar duit. tak banyak.. hehe.. segan jugak sebenarnya kut aku sorang je yang sikit. hih

Next
Next

Then tiba turn aku.. zup zap.. kejap je dia buat. Dah siap. Sengih manjang aku sebab hampir 25 minit juga tunggu turn.

Dah selesai tu baru pusing belakang.. Mak aihhh panjangnya barisan.. Rasanya hampir 30 orang kut beratur.. Sempat ke duit tu. Silap haribulan, dah sampai turn, duit tukar dah habis. Haru betul..

Contoh duit raya. Yang seringgit tu rasanya RM1000 kut. yang merah dan hijau tu mesti lebih 1k. Tadi yang orang perodua tu tukar yang biru tu dalam 4 ketul.. fuhhh dasyat kan

Ni lagi contoh duit raya. Yang tukar kat bank tadi pun takde lah duit baru sangat dan takde lah duit buruk pun. Oklah untuk bagi kat orang kan.

Duit yang aku tukar tadi .. mmm tak perlulah tepek sini. Segan ehh.. sebab nipis jer hihi.. Apa pun atas niat masing-masinglah untuk bersedekah di hari raya.

Yang lagi best, kat kaunter tu ada tampal iklan tukar duit raya,,
Siap tulis suh bagi duit raya ELEKTRONIK untuk menjaga alam sekitar.. hahaa.. 
What do you think about dis idea?
Bagi aku.. of course no! Kena bagi secara tradisional barulah ada kick kan!

Selamat Menyambut Hari Raya semua
Maaf Zahir Batin

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini