Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, July 28, 2016

Bicara gadis kecik molek

Gambar raya baru ni.. seronok sungguh mereka..!
Left : Aizul, Hasya, Alia, Lala, Durrah, Unis, Dhia & Amna

Hasya

Kerap dah jugak borak pasal something yang serious dengan Hasya..

Issue GST 
Kakak rasa tak patutla harga naik tinggi sangat sekarang kan ibu. Macam barang ni , dulu harga seratus. Bila ada GST sepatutnya naik jadi 106 je, tapi kenapa harga dia lebih dari 106? kadang sampai 120,130 kan ibu? Bukan ke kerajaan kata kerajaan bayar balik GST, GST tak bebankan pengguna.. tapi dah jadi makin beban adalah kan ibu?

Cikgu main wassap dalam kelas
Cikgu kakak selalu main wassap dalam kelas.
Mana kakak tau.. maybe dia baca emel ke atau baca benda penting kut. Ibu pun kadang terpaksa baca wasap juga masa dalam kelas sebab kalau tak tengok mesti akan mis benda penting. Tapi ibu tengok bab keje je lah. Yang tak penting tu ibu tak baca pun lagi..
Kakak nampak ibu. Lagipun takkanlah benda tu penting sebab cikgu baca sambil gelak-gelak. Penting apa gitu..

Fesyen, cerita or movie especially drama.. banyak benda yang kami.. yeass ladies .. boleh share together.

Oh ye.. semalam dia bagitau ada buat ujian kesihatan kat sekolah
Tinggi : 145 cm
Berat : 41kg (naik 2 kg sebelum puasa)

Well done kakak.. 
Tinggi ibu : 150cm
Berat : 44 kg

Well.. nanti kita boleh share baju pulak kerh hihi.. Alahai sayang. Tahun depan confirm gambar raya kakak akan lebih tinggi dari ibu.. owh.. cepatnya membesar sayang!

Durrah Khayla

Tapi dengan Durraah ni lain sikit.. Dia lagi banyak tanya dan nak tau sesuatu yang baru..
Baru ni soklan dia best.. 
Masa tu duk tengok drama then adalah orang ngandung..

Ibu... camne nanti baby tu nak keluar ibu?

Aku dah mula tengok kiri kanan cari penyelamat.. owh takde sape yang boleh bantu. Yang ada cuma Ilman dan Dhia je... Kalau ada Hasya or Amna, aku tak taulah nak cite camne. Aku pun spontan jawap..

Nanti kan.. baby tu akan bagitaulah kak mak dia.. ibu.. nak kuar!!  nak kuar!! Pastu nanti dia lompat terus kuar dari perut mak dia...zasss kuar cepat-cepat!

Muka dia pelik. Dhia pun buat muka pelik!

Eh ye ke ibu? Camne dia nak lompat? Pandai ke baby tu terus nak lompat?

Aku pun dah ..errr camne eh nak explain? hahaaa nak tergelak pun ada

Iye.. baby tu pandai lompat sendiri.. 
Camne ibu?
Sebab tu lah ada doctor skali .. nanti dia tolong baby tu lompat 
Durrah tak ingat ke durrah lompat dulu camne.?

Sambil sengih dia jawab...
Mane la nak ingat ibu.. 

Semalam tengok cite lisa surihani dengan yusri .. ape tu pasal pedia baby tu apa ntah tajuk dia kan.. adalah ibu ngandung tu.. macam gemuk semacam jer .. aku pun tengok pelik je sebab dia duduk lagilah nampak gemuk pelik je
Terus durrah tanya

Ibu.. kenapa perut dia tu ibu?
Owhh.. kan ada baby dalam perut dia .. dia mengandung la tu..
Oooooo .. eh ibu.. camne baby ada dalam perut? Camne nak buat baby ada dalam perut ibu?

Opss.. tercekik jap aku.. masa tu sama macam situasi kat atas. Cuma ada aku, durrah, dhia dan ilman. Hasya & Amna buat homework dalam bilik. Hubby solat. 

Dah kena pikir spontan lagi aku kali ni.. apa nak jawab pulak ni..?

Haaaa... gini... nantikan.. tiup je perut tu kuat-kuat bagi dia kembung. Bila dah kembung nanti adalah baby dalam tu.. (hahaaaa.. golek-golek aku rasa nak gelak bagi jawapan ni)
Ooooo gitu (kali ni acceptable terus tapi masih macam muka confuse dengan jawapan aku)

Then, terus aku tukar topik lain bagi mengelakkan keluar lagi soklan cepu mas gini... Hahahaaa

Jawapan bagi kids umur 3-5 taun.. bolehla gitu buat cite macam tiup belon .. Dah besar nanti camne la nak karang cite ye? Setakat ni tak pernah lagi Hasya  or Amna tanya soklan macam ni. 

Korang ada pengalaman yang sama macam aku? Ce share sama-sama neh...



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini